Video Niche DiRaja Raih Jutaan Views Di TikTok Dan Facebook Reels

Sudah menjadi trend masakini untuk mengupload video di TikTok dan selepas TikTok, Instagram dan Facebook turut mengikut jejak langkah dengan menyediakan video pendek yang diberi nama Reels.



Memahami trend anak muda sekarang yang suka melihat video pendek berbanding video-video yang panjang, TikTok dan Reels sangat-sangat mendapat sambutan hangat dan boleh dikatakan rata-rata sekarang mempunyai akaun TikTok apatah lagi Facebook dan Instagram, cuma bezanya anak-anak muda lebih gemar berada di TikTok dan golongan pertengahan dan yang lebih tua suka berada di Facebook.



Video Niche DiRaja Raih Jutaan Views Di TikTok Dan Facebook Reels


Mempunyai akaun TikTok sejak 2018, aku sebenarnya bukanlah penggemar TikTok pada asalnya kerana ketika TikTok mula-mula bertapak di Malaysia video-video di TikTok kebanyakannya lebih menonjolkan tarian. 


Sehinggalah ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan selama 2 tahun, TikTok semakin popular dan pelbagai video menarik mula muncul tidak terhad hanya pada tarian. Pelbagai tips, ilmu dan isu semasa boleh dilihat di TikTok dan TikTok  menjadi semakin menarik. 


Aku juga ketika itu suka berkongsi video-video masakan di TikTok. Namun benarlah, untuk mendapat view yang banyak dan konsisten kita perlu mempunyai 'niche' atau tema atau hala tuju. Itu yang aku alami sendiri kerana ketika aku mengupload video-video yang caca merba terkadang video masakan, terkadang video kecantikan, terkadang video kucing memang view atau jumlah tontonannya tidak banyak.


Sehinggalah aku mula menetapkan 'niche' DiRaja barulah jumlah tontonan mendadak naik. Bukan hanya jumlah tontonan malah jumlah pengikut juga naik secara mendadak. 


Kisahnya bermula bila aku menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh Permaisuri Selangor dan aku mengupload video Permaisuri Selangor di TikTok. Namun alangkah terkejutnya aku kerana tidak sampai 24 jam video tersebut meraih tontonan sehingga 1 juta tontonan, begitu juga bila aku mengupload video kedua dan ketiga.


Sejak itu aku mula menetapkan niche DiRaja untuk akaun TikTok aku dan aku sering mengupload video berkaitan keluarga DiRaja. Sehingga kini sudah terdapa 6 video yang mencecah jutaan tontonan dan 2 daripada video tersebut sudah meraih sehingga 3 juta tontonan serta pengikut di akaun TikTok kini sudah mencecah 41,000.





Lebih Viral di Facebook Reels


Facebook Reels baru juga dilancarkan dan jika tidak silap aku sekitar tahun 2022 baru wujud Facebook Reels. Tidak mahu mensia-siakan video yang sudah ada, aku turut mengupload video-video yang aku upload di TikTok ke FB Reels dan ternyata sambutannya lebih dahsyat.


Penonton FB Reels aku sifatkan lebih 'ganas' dan sehingga kini 15 buah video sudah meraih jutaan tontonan berbanding di TikTok hanya 6 buah video sahaja. Inbox juga dihujani dengan pelbagai permintaan termasuk dari keluarga DiRaja sendiri yang mungkin ingin mengabadikan kenangan dari ahli keluarga mereka yang telah pergi.


Malah pengikut di Facebook juga tikdak kurang hebatnya berbanding di TikTok dan sehingga kini pengikut di Facebook telah pun mencecah 33,000 orang.


Secara jujurnya aku bukanlah mengejar populariti namun sebenarnya aku adalah peminat sejarah jadi aku suka sebenarnya berkongsi gambar-gambar lama. Walaupun turut mendapat kecaman dari sesetengah netizen kerana memaparkan wajah-wajah isteri pemerintah yang tidak berhijab, aku sebenarnya juga tiada daya kerana sememangnya mereka tidak berhijab dan wajah-wajah 'formal' mereka yang menjadi urusan rasmi turut tidak berhijab jadi aku hanya berkongsi wajah sebenar mereka. 


Apa pun terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan menonton video-video aku di TikTok dan FB Reels. Tanpa sokongan anda, aku tidak mungkin akan sampai ke tahap sekarang. 


Post a Comment

0 Comments