Kafe Sarawak Johor Hidangkan Menu Khas Sarawak Dan Johor Yang Enak

Minggu lepas aku berkesempatan untuk merasai sendiri masakan asli dari Sarawak seperti Laksa Sarawak dan Mee Kolok di restoran yang dikatakan sememangnya menghidangkan makanan asli dari Sarawak.


Restoran yang aku maksudkan ialah Kafe Sarawak Johor yang terletak di tepi sungai PWTC. Bukan hanya menghidangkan masakan asli Sarawak malah turut menghidangkan makanan dari selatan tanah air iaitu Johor.


Ketika ditanya kenapa memilih nama Kafe Sarawak Johor, pemiliknya memberitahu bahawa mereka suami isteri berasal dari 2 buah negeri ini iaitu Sarawak dan Johor.

Hidangan yang dihidangkan di Kafe Sarawak Johor antaranya ialah ;

➡️ Laksa Sarawak
➡️ Mee Kolok
➡️ Mee Kolok Goreng
➡️ Ikan Cencaru Sambal Terutuk
➡️ Asam Pedas Ayam
➡️ Soto
➡️ Lontong
➡️ Kuih Penyaram


Sempena bulan Ramadan ni, Kafe Sarawak Johor turut menyediakan buffet Ramadan pada harga ;

RM48.90/pax & 50% untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.


📍 Kafe Sarawak Johor (D' Sungai Cafe)
Jalan 1/64D Off Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur.


Oh ye! Kafe Sarawak Johor ni main outlet dia sebenarnya di Damansara Perdana. Jika anda tidak berkesempatan berkunjung ke outlet yang terletak di Kuala Lumpur, anda boleh juga ke outlet yang terletak di alamat ;


📍 Kafe Sarawak Johor (Damansara)
60-1, Jalan PJU 8/5b,
Damansara Perdana,
47820 Selangor

Post a Comment

3 Comments