Sedar tak sedar sudah masuk minggu kedua umat Islam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.


Aku pasti, ramai yang sudah membuat persiapan raya memandangkan pada tahun ini Insyallah kita kembali bebas, tidak seperti tahun-tahun yang sudah selepas dilanda pandemik.



Bergaya Di Pagi Raya Dengan Lucca Vudor


Pagi raya, disunatkan kita untuk memakai pakaian yang baru. Pendek kata serba serbilah yang baru termasuk kasut.


Oleh kerana sudah 2 tahun kita tidak beraya dengan sempurna, maka pada tahun ini aku memilih untuk bergaya di pagi raya dengan Lucca Vudor iaitu satu jenama kasut yang terkenal mengeluarkan kasut kulit berkualiti.


Buat pengetahuan, jenama Lucca Vudor ini sebenarnya berasal dari negara jiran iaitu Singapura.


Apa yang menarik tentang kasut Lucca Vudor ini ialah ianya direka khas untuk keselesaan tanpa mengorbankan satu auns gaya. Maklum la, untuk mendapatkan kasut yang selesa kadangkala kita terpaksa berkorban tentang gaya.


Berlainan dengan Lucca Vudor yang menyediakan bukan sahaja kasut yang selesa tetapi juga kasut yang bergaya. Jadi, kenapa perlu pilih salah satu antara selesa dan bergaya jika boleh dapat kedua-duanya dengan Lucca Vudor?!



Lucca Vudor ini sungguh pun jenama dari negara jiran kita Singapura, namun ianya buatan tangan rekaan Itali. Apa yang dijanjikan oleh Lucca Vudor ialah ;

1. Kulit anak lembu Itali berkualiti tinggi untuk keselesaan lembut dan  kaki mudah bernafas

2. Ruang tambahan untuk jari kaki yang halus – tiada luka atau gosokan yang menyakitkan!

3. Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan. 



Kaki adalah salah satu anggota badan yang penting dan harus diberi perhatian. Kaki bukan sahaja membantu kita dalam pergerakkan seharian malah ia juga menjaga keseimbangan badan kita. 

Ramai diantara kita tidak memberi perhatian yang sewajarnya dalam penjagaan kaki. Namun tahukah anda bahawa kaki terdiri daripada 26 tulang, 33 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. 


Satu per empat daripada tulang di dalam badan kita terletak di kaki. Jadi, jika tulang-tulang ini tidak sejajar atau hilang keseimbangannya maka badan kita tidak stabil. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menimbulkan masalah pada kaki antaranya ialah pemilihan kasut yang salah



Kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja mencederakan kaki dan meninggalkan parut pada kaki melalui lepuh dan luka, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang. Sebab itu aku memilih Lucca Vudor sebagai kasut raya aku untuk tahun ini.


Insoles Lambskin Support – Insole Lucca Vudor Invention-Change Lambskin Support Insoles Lucca Vudor adalah satu-satunya pembuat kasut di dunia yang membuat kasut Lucca Vudor dengan terperinci dan sempurna.



Dengan  menggabungkan keselesaan dan kasutnyang penuh gaya menjadikan Lucca Vudor antara yang  paling popular di Singapura kini.



Pendapat Peribadi Aku Mengenai Lucca Vudor


Memandangkan sudah 2 tahun tidak beraya, jadi untuk tahun ini aku memilih 2 pasang kasut dari Lucca Vudor iaitu Serifina yang berwarna coklat dan Felice yang berwarna biru.



Aku memilih 2 kasut ini kerana aku sejak dari muda tak menggemari kasut yang bertumit tinggi. Dengan ketinggian aku, kasut jenis tidak bertumit tinggi rasanya sangat sesuai untuk aku.


Seperti yang aku jelaskan di atas tadi, sebenarnya agak sukar untuk memilih kasut yang selesa dan bergaya. Tetapi berlainan dengan Lucca Vudor kerana dengan memilih jenama ini aku mampu memiliki kedua-duanya sekali iaitu selesa dan bergaya.


Insolenya yang lembut sememangnya memberikan keselesaan kepada si pemakainya. Tambahan pula kasut-kasut yang aku pilih ini memang sangat selesa dan tidak menyakitkan.


Jika dulu seringkali kali kaki melepuh akibat kasut yang tidak selesa terutama di bahagian belakang, namun dengan Lucca Vudor Alhamdulillah aku tidak mengalami masalah kaki melepuh atau luka lagi!


Pendek kata memang sangat berbaloi membeli kasut kulit berkualiti dari Lucca Vudor. Kini terdapat jualan sale untuk sesetengah kasut yang berlangsung di laman web Lucca Vudor.


Kasut Serifina aku ini misalnya, harga asal adalah sebanyak SGD 129.90 tetapi kini harganya cuma SGD 79.90 (lebih kurang RM249)


Tetapi kasut aku yang Felice ini tiada sale, harganya SGD 119.90 (lebih kurang RM374). Kiranya memang agak berbaloi untuk melabur pada kasut yang selesa, tidak menyakitkan dan diperbuat dari kulit yang berkualiti serta bergaya.



Jika anda peminat kasut yang selesa dan bergaya juga mempunyai kualiti yang baik, jangan lupa untuk dapatkan kasut di Lucca Vudor di laman web mereka http://www.luccavudor.com/