Putu Piring Tersedap Dari Dapur Binjai di Perdana KLCC

Bagi pembaca setiap blog aku pasti perasan, antara buffet Ramadan yang aku tak pernah missed adalah Perdana KLCC yang sebelum ini dikenali sebagai PNB Perdana Hotel & Suites On The Park.


Jujur, antara buffet Ramadan tersedap di Kuala Lumpur yang aku memang rekmenkan pada pembaca blog aku antaranya adalah Perdana KLCC. Sangat berbaloi belanja keluarga tersayang anda berbuka puasa di sini.



Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, pada tahun ini Perdana KLCC menghidangkan buffet Ramadan di 10Binjai yang berwajah baru.


Telah diubahsuai dengan konsep moden kontemporari, 10Binjai kini mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang.


Putu Piring Tersedap Dari Dapur Binjai di Perdana KLCC


Pada tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah, 10Binjai memghidangkan pelbagai jenis juadah yang sangat menyelerakan.


Tetapi ada sedikit kelainan di mana pada tahun ini 10Binjai turut menghidangkan putu piring yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.


Agak susah sekarang nak dapatkan putu piring apatah lagi yang betul-betul sedap. Tetapi di 10Binjai, Perdana KLCC ni putu piring yang dihidangkan memang betul-betul sedap dan sangat kena dengan selera aku.


Bukan sahaja gebu dan lembut malah intinya juga melimpah! Pendek kata memang sangat sedap dan wajib dicuba sendiri. Semalam, aku habiskan 4 biji putu piring ni dek kerana terlalu sedap.


Pada tahun ini, 10Binjai bakal menghidangkan 150 aneka juadah dan fokus utama mereka sudah pastilah kambing golek yang dimasak sempurna dengan hidangan sos lada hitam dan juga mint.



Terdapat juga resipi masakan Melayu seperti Ketam Masak Berlada, Daging Rendang Minang, Ayam Percik, Ayam Golek, Kambing Opor Bali, Udang Sambal Tumis dan tidak dilupakan pencuci mulut seperti Ais Kacang, Cendol, Apam Balik, Waffle dan pelbagai juadah enak.


Tapi jika ditanya pendapat peribadi aku, semua hidangan di sini sangat sedap dan aku secara peribadinya sangat menggemari Ayam Percik dan Daging Kerutup. Bak kata orang putih 'another level' dia punya tahap kesedapan.


Lebih menarik, terdapat juga 'station' kerabu di mana para pelanggan boleh memilih bahan-bahan kerabu kegemaran dan chef akan menyediakan kerabu mengikut citarasa pelanggan termasuklah kerabu meggi yang sangat popular kini.


Jadi, jika berkesempatan sila la datang berbuka puasa dengan yang tersayang di Restoran 10Binjai di Perdana KLCC kerana buffet Ramadan di sini adalah antara yang tersedap di Kuala Lumpur.


Boleh bersantai lama kerana surau yang selesa turut disediakan di aras 5 hotel ini. Jika anda ingin ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih, Masjid Asy-Syakirin hanya terletak bersebelah sahaja.


Harga buffet Ramadan di 10Binjai, Perdana KLCC adalah seperti berikut;

Harga Asal : RM118 seorang
Baucher Pembelian Awal (Early Bird) : RM100 seorang
Hubungi : 03-74903838

Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel & Ramadan  review https://t.me/hotelreviewbymin



Post a Comment

0 Comments