UIAM Bangunkan Aplikasi Pengesahan Ijazah Ke-2

Melalui petikan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Feb 2019, sebanyak 30-40 kes sebulan dikenalpasti dalam kes penipuan ijazah dan keadaan ini sangat membimbangkan. Oleh kerana ini, sebuah platform aplikasi E-Skrol telah dibangunkan bagi mengatasi masalah ini.




Buat pengetahuan, platform aplikasi E-Skrol menggunakan teknologi blockchain ini akan digunakan oleh para graduan UIAM dan aplikasi ini telah dibangunkan oleh IIUM Advanced Technologies Sdn.Bhd (IAT), salah sebuah anak syarikat UIAM yang pakar dalam pembangunan teknologi. 


E-Skrol ini dibangunkan bagi mengatasi masalah ijazah palsu yang mana aplikasi ini memudahkan proses pengesahan ijazah yang sebelum ini dilakukan secara manual. Ia dibangunkan berdasarkan teknologi blockchain di mana platform ini menyimpan, mengesah dan memaparkan maklumat ijazah yang boleh dicapai melalui aplikasi web di seluruh dunia secara pantas, telus tanpa sebarang gangguan.


November 2018 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menubuhkan sebuah konsortium yang terdiri daripada universiti-universiti awam yang diketuai oleh UIAM melalui IAT bekerjasama dengan pembangunan perisian blok rantai NEM, telah berjaya melancarkan aplikasi e-Skrol pertama di Malaysia pada September 2019.


Untuk aplikasi yang kedua ini, banyak penambahbaikan yang telah dijalankan dan ianya berbeza dengan aplikasi terdahulu. Platform E-Skrol ini dibangunkan sepenuhnya oleh IAT menggunakan blok rantaian Ethereum.


Projek ini akan dibiayai dengan geran Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Geran penyelidikan tersebut membolehkan penyelidik, inovator dan usahawan menguji produk dan perkhidmatan dan seterusnya membawa produk ke pasaran.


Platform ini akan dipasarkan ke seluruh universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membolehkan graduan-graduan mereka mencapai maklumat ijazah mereka dengan pantas dan efisien.



Dalam perancangan di masa hadapan, aplikasi ini dirancang untuk diperluaskan bagi pengesahan akreditasi sijil Diploma, SPM, STPM dan Tahfiz di seluruh negara. Selain itu sistem E-Skrol ini seterusnya akan dibangunkan di platform Hyperledger dan ditambah dengan pelbagai fungsi seperti paparan transkrip akademik, pertauliahan mikro (microcredential) dan tokenisasi.


Selain dari itu, aplikasi ini juga akan menjadi satu aplikasi yang mampu berkomunikasi dengan pelbagai jenis platform rantaian blok. Ini bagi mencapai matlamat untuk bergerak ke arah platform blok rantaian bersekutu (Federated Blockchain).


Hadir sama pada majlis oni ialah Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, pegawai-pegawai kanan Universiti dan wakil dari Kementerian

Post a Comment

0 Comments