Hantoo Steamboat & Grill di Uptown Santai Setia Alam Hidangkan Menu 'Berhantu'

Agak jarang sebenarnya aku nak memuji hidangan steamboat sebab aku bukanlah peminat makanan steamboat ni. Tapi agak berlainan dengan Hantoo Steamboat & Grill yang terletak di Uptown Santai Setia Alam kerana rasanya memang agak memenuhi selera aku.



Hantoo Steamboat & Grill di Uptown Santai Setia Alam Hidangkan Menu 'Berhantu'


Beroperasi setiap hari bermula jam 7.30 malam sehingga 11 malam, Hantoo Steamboat & Grill menawarkan hidangan steamboat dan grill pada harga yang sangat berpatutan. Terdapat 2 jenis set yang ditawarkan iaitu ;


  • Set A (RM35) untuk hidangan 2-3 orang
  • Set B (RM70) untuk hidangan 4-5 orang


Manakala untuk sup pula terdapat 2 pilihan iaitu ;


  • Sup Tomyam
  • Sup Ayam


Untuk sos grill pula terdapat 3 jenis pilihan sos mengikut citarasa anda iaitu ;


  • BBQ Sos
  • Black Pepper Sos
  • Spicy Korean Sos

Hantoo Steamboat & Grill di Uptown Santai Setia Alam Hidangkan Menu 'Berhantu'


Bagi mereka yang datang ke Hantoo Steamboat & Grill tetapi tidak menggemari hidangan steamboat dan grill jangan bimbang kerana di Hantoo Steamboat & Grill ini terdapat pelbagai lagi menu-menu menarik yang wajib di cuba antaranya ;


  • Nasi Putih Spicy Korean Octopus
  • Nasi Putih Spicy Korean Kambing
  • Nasi Putih Spicy Korean Ayam
  • Nasi Putih Ikan Dory
  • Nasi Putih Ayam Popcorn
  • Bubur Nasi Baby Crab
  • Bubur Nasi Daging
  • Sotong Kangkung

Hantoo Steamboat & Grill di Uptown Santai Setia Alam Hidangkan Menu 'Berhantu'



Dan banyak lagi. Tapi antara menu yang korang kena cuba ialah Sotong Kangkung kerana istimewanya Sotong Kangkung di sini ialah sosnya menggunakan resipi turun temurun dan resipi ini sudah melebihi 30 tahun.


Siapa yang makan Sotong Kangkung di Hantoo Steamboat & Grill ni pasti akan mengakui keenakan rasa Sotong Kangkung di sini sama seperti yang terdapat di Pulau Pinang. Memang terasa betul keaslian rasa sos Sotong Kangkung! Jadi sekarang dah tak perlu pergi jauh hingga ke Pulau Pinang semata-mata untuk makan Sotong Kangkung.


Hantoo Steamboat & Grill di Uptown Santai Setia Alam Hidangkan Menu 'Berhantu'


Jika anda ingin merasa sendiri keenakan rasa makanan yang dihidangkan di Hantoo Steamboat & Grill ini, jangan lupa untuk datang ke Uptown  Santai Setia Alam. Untuk mencari gerai Hantoo Steamboat & Grill tidak lah susah kerana gerai ini terletak berhampiran dengan pentas utama (barisan gerai paling hujung di bahagian kiri pentas)

Hantoo Steamboat & Grill di Uptown Santai Setia Alam Hidangkan Menu 'Berhantu'

Hantoo Steamboat & Grill di Uptown Santai Setia Alam Hidangkan Menu 'Berhantu'


Waktu Operasi : 7.30 malam - 11.00 malam (di buka setiap hari)
Tempat : Uptown Santai Setia Alam


Post a Comment

4 Comments

  1. Perghhh naik antu aku nengok semua menu dia ni hahahaha.. bestnya makan tempatnya luas dan santai macamtu.. ada angin sepoi manyak syokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang best sis lepak sini..mmg santai betul la dh la food pun sedap

      Delete
  2. sedapnya...suka sangat makan steamboat... tapi takde geng...suami tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..saya pun bukan penggemar steamboat sangat..tapi yang ni sedap

      Delete