Daging Salai Cik Lyn Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa Kerana Keunikannya

Sebut sahaja daging salai pasti kita terbayangkan rasa daging salai masak lemak cili api yang enak penuh dengan aroma salai. Kalau dulu nak dapatkan daging salai untuk dijadikan gulai lemak cili api ni memang susah! Kalau teringin sangat nak makan, terpaksalah pergi ke Negeri Sembilan.


Daging Salai Cik Lyn Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa Kerana Keunikannya


Tapi kini dunia dah moden. Nak dapatkan daging salai dah tak susah sebab dah ramai yang keluarkan daging salai secara frozen dan mudah nak dapatkan. Namun untuk mencari daging salai yang betul-betul sedap, lembut dan penuh aroma salai tu yang susah! 


Semalam Alhamdulillah sempat aku menghadiri majlis pelancaran Daging Salai Cik Lyn di Impiana KLCC yang telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar. Turut memeriahkan majlis ialah Dato Chef Ismail dan dihoskan oleh Maria Tunku Sabri.


Daging Salai Cik Lyn Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa Kerana Keunikannya


Demo masakan oleh Dato Chef Ismail menggunakan Daging Salai Cik Lyn turut dilakukan, malah Tan Sri Noh turut serta melakukan demo bagi membuktikan betapa mudahnya memasak menggunakan Daging Salai Cik Lyn ini.


Daging Salai Cik Lyn Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa Kerana Keunikannya


Perniagaan Daging Salai Cik Lyn telah di mulakan pada tahun 2020 sepenuhnya oleh pengasas syarikat iaitu Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew, seorang usahawanita yang gigih dalam bidang perniagaan. Berpendidikan dalam ijazah sarjana muda seni reka Dalaman & Luaran dan sebelum ini Puan Lynda pernah menjadi pereka seni bina kontena (Kontraktor) yang kebanyakan di dominasikan oleh kaum lelaki. Puan Lynda Chew juga terlibat dalam beberapa sukarelawan, koperasi & persatuan. Memberi bantuan & sumbangan di masa saat-saat getir pandemik. Beliau juga telah mencapai kejayaan dalam beberapa bidang perniagaan sebelum ini, mempunyai 2 buah iaitu kedai spa dan bengkel besi (fabrication). Apabila pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020, beliau telah menceburi dan menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan daging salainya dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2021 dan menubuhkan operasi rumah Salai (smoked house) di Besut, Terengganu.


Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew malah turut menerima Anugerah Outstanding Women Award Sabah 2022 sempena Hari Wanita Antarabangsa 2022


Daging Salai Cik Lyn Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa Kerana Keunikannya
Gambar kenangan bersama Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew


Buat pengetahuan, Daging Salai Cik Lyn 100% menggunakan tempurung kelapa asli berbeza dengan daging salai biasa yang menggunakan kayu dan gas atau oven. Daging Salai Lyn menggunakan daging premium yang berkualiti tinggi dan pembakarannya mengambil masa sehingga 4-5 jam.


Apa yang lebih menarik ialah Daging Salai Cik Lyn ini hanya mengandungi 5% lemak dimana ianya pilihan yang lebih sihat berbanding daging salai biasa. Antara keistimewaan lain Daging Salai Cik Lyn ini ;


  • Rempah ratus asli dan tidak menggunakan bahan tiruan
  • Tempurung kelapa sebagai bahan bakar secara tradisional
  • Dapur rekaan khas digunakan bagi mengekalkan pengasapan
  • Dimasak sempurna menggunakan rempah asli gabungan 3 negeri


Daging Salai Cik Lyn terdapat 3 perisa berbeza iaitu ;


  • Moist
  • Black Pepper
  • Spicy


Dan didatangkan dalam 4 saiz yang berbeza ;

  • 150gm (hanya ada di stensen minyak sahaja)
  • 200gm
  • 300gm
  • 500gm

Cara penyimpanannya pula, boleh simpan di dalam peti sejuk atau untuk tahan lebih lama boleh simpan di dalam peti sejuk beku.


Tidak hanya mengeluarkan daging salai, Daging Salai Cik Lyn turut memperkenalkan itik salai yang juga datang dalam 3 perisa di atas.


Buat pengetahuan, Daging Salai Cik Lyn ni memang dipasarkan dalam keadaan daging yang memang sudah dimasak. Jadi anda cuma perlu mengolah resipi mengikut citarasa anda menggunakan Daging Salai Cik Lyn dan tak semestinya hanya untuk Masak Lemak Cili Api. Semalam aku mencuba sushi Daging Salai Cik Lyn..memang sedap!


Daging Salai Cik Lyn Bakal Tembusi Pasaran Antarabangsa Kerana Keunikannya


Kini Daging Salai Cik Lyn  sudah mula berada di PASARAN dilokasi berikut :


 1. Pasaraya Merhaba 

2. Pasaraya Ikhwan 

3. Jaya Grocer 

4. Rosyam Mart 

5. Shell Seremban 

6. Shell Karak Highway (arah Kuantan) Bentong 

7. Shell Karaka arah KL (Bentong)

 8. Petronas Klang (Taman Rishna)


Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh ke laman web mereka atau social media mereka di ;


Website : www.mozlyn.com

Facebook : Daging Salai Cik Lyn

Instagram : dagingsalaiciklyn

Post a Comment

5 Comments

  1. menarik juga sushi daging salai tu. biasa makan daging salai masak lemak.

    ReplyDelete
  2. Dah terliur-liur dek tekak ni oii.. sedap nauuu.. Johor ada tak ek.. nanti nak try le tengok page dia..

    ReplyDelete
  3. Dah rasa! Dia punya bau smoked dr tempurung kelapa tu mmg ngam terukkk... Mmg memikat selera!

    ReplyDelete
  4. Dengar cerita sekarang direman untuk kes penipuan

    ReplyDelete