Ramalan Cuaca Signifikan 31 Dis 2021 Sehingga 6 Jan 2022

Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), luruan monsun dijangka berterusan sehingga 3 Januari 2022. Pada masa yang sama, pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah sehingga 2 Januari 2022, manakala di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Johor sehingga 3 Januari 2022. Dalam pada itu, negeri-negeri di Pantai Barat (Selatan Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka) akan turut mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga ke malam.



Angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung termasuk timur Johor, sehingga 3 Jan 2022

Sarawak dan Sabah diramal berterusan sehingga 2 Januari 2022.

MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk dan Waspada) pada 3.50 petang, 30 Disember 2021. Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua platform media sosial untuk semakan lokasi yang berkaitan. Selain itu, orang awam juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Dikemas kini : 30 Disember 2021, pada 4.00 petang


Post a Comment

0 Comments