SugarBomb Bootcamp 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula

Bertempat di Setia City Convention Centre, Seramai 300 peniaga dan usahawan telah berkumpul dalam program SugarBomb BootCamp 2021 anjuran SugarBomb bagi membantu golongan usahawan untuk bangkit kembali selepas mengalami pandemik yang panjang.


SugarBomb Bootcamp 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pemilik SugarBomb ;

“SugarBomb Bootcamp 2021’ telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan. Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan-rakan media lain turut sama menyertainya. Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagilagi dalam musim pandemik COVID-19. Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka”.


SugarBomb Bootcamp 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula
Gambar kenangan bersama Boss A


 

Menariknya bootcamp ini lebih bertemakan konsep santai di mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peserta akan melakukan aktiviti mengikut kumpulan mereka. Antara program yang diadakan sepanjang hari itu termasuklah sesi perkongsian mengenai ‘marketing’ dan ‘perfume profiling & perfume making’ yang mana para peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi mencipta minyak wangi mereka sendiri. 


SugarBomb Bootcamp 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula


Terdapat lebih 10 orang ahli kimia yang turut membantu ketika sesi 'Perfume Making' dimana para peserta diberi tugasan untuk membuat minyak wangi sendiri berdasarkan formula Fragrance Oil + Elliadore Oil = Perfume.


SugarBomb Bootcamp 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula


Turut memeriahkan ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ ialah kumpulan hip hop Malaysia, Ruffedge yang menangkap perhatian ramai menerusi persembahan lagu-lagu hit seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, iaitu “Kau Memang Da Bomb”.



Sedikit Mengenai SugarBomb


SugarBomb ditubuhkan pada tahun 2017 yang bermula dari belakang oleh Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Boss A yang ketika itu baru pulang dari menamatkan pengajiannya di UK Bristol.

Bermula dengan hanya 3 orang pekerja, 5 orang pengedar dan 300 botol perfume pada tahun 2017 dan kini pada tahun 2021 SugarBomb bangkit dengan mempunyai 220 orang pekerja, 10,000 pengedar seluruh Malaysia dan penghasilan lebih 30 juta botol perfume dalam masa setahun dan mempunyai sebuah Pejabat Urusan, sebuah gudang dan 3 kilang pembuatan.

Misi SugarBomb adalah ;

  • Menjadi jenama wangian terkenal di dalam industri wangian sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • Menawarkan harga terendah untuk wangian berkualiti supaya emua orang dapat menikmati wangian yang unik.
  • Menjaga kualiti produk, melancarkan sistem bagi mengurangkan kos dan mempunyai saluran pengedaran yang jelas.
  • Menjadi syarikat yang terbaik untuk bekerja yang mana pekerja dianggap sebahagian daripada keluarga yang besar.
Manakala visi SugarBombom pula ialah menjadi pengedar wangian terkemuka yang menghasilkan pelbagai wangian berkelulusan peringkat antarabangsa menjadikan SugarBomb berbaloi dengan pembelian.


SugarBomb Bootcamp 2021 Bantu Usahawan Bangkit Semula



Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SugarBomb bolehlah melayari mereka di ;

Facebook : SugarBomb
Instagram : sugarbombhq

 

Post a Comment

2 Comments

  1. inilah perkara yang saya suka.....sebagai ahli perniagaan saya sangat faham bagaimana untuk bangkit semula selepas kejatuhan

    ReplyDelete
  2. pernah beli perfume sugarbomb ni. wangi sangat sangat. boleh luruh bulu hidung

    ReplyDelete