IC Boy Dalam Kenangan

Kehilangan kucing kesayangan bukanlah mudah. Hanya pecinta kucing yang tahu perasaan ini. Mungkin bagi orang 'alaaa..kucing je pun' tapi bagi aku dia bukan sekadar kucing tapi anak! Sungguh tak mudah untuk terima.


IC Boy Dalam Kenangan

IC Boy pergi secara mengejut pada maghrib Isnin (8/11/21). Hati mana yang tak luluh, nampak dia keluar rumah dalam keadaan sihat, tak sampai setengah jam keluar tiba-tiba suami bagi tau IC Boy dah mati kena langgar. Meraung sekejap aku ketika itu.


IC Boy anak yang baik. Jarang sangat dia buat hal. Biasanya dia sangat mendengar kata. Kalau kita tak bagi keluar, dia tak akan keluar. Tapi senja tu entah kenapa dia degil. Aku pula sebab baru balik rumah, agak penat jadi aku biar je dia keluar dengan harapan dia takkan keluar dari pagar.


Kebiasaannya dia, tiap kali ditegah keluar dia akan berada dalam pagar rumah je. Paling jauh dia akan berada betul-betul di hadapan pagar. Dengan anggapan dia tidak keluarlah maka aku memang tak tangkap dia untuk masuk ke dalam rumah.


Mungkin aku yang alpa atau memang ini ketentuanNya, tak sampai setengah jam dia keluar dia kena langgar. Tuhannya tahu betapa luluhnya hati ini bila tengok dia dah tak benyawa. Maklumlah, keluar dalam keadaan sihat dan balik dah terkulai tidak bernyawa. Ibu manalah yang tak sedih. 


Hingga saat ini, ketika aku menaip artikel ini air mata tak berhenti turun. Rindu! Itu je mampu aku gambarkan. Dia la yang manja sangat dengan aku. Tiap kali aku memasak di dapur, dia akan panjat tong sampah tepi sinki untuk teman aku memasak. Kalau aku masuk bilik air untuk mandi, dia pasti akan tunggu di depan pintu bilik air. Kalau aku berbaring atas sofa, dia akan datang minta dipeluk dan kadang-kadang memang tidur atas dada aku. Manjanya di Allah je yang tahu.


IC Boy Dalam Kenangan

Bukan setakat manja malah cerdik! Dari dulu dia memang tak menyusahkan hidup aku. Buang air memang dalam bilik air (dia akan buang air dalam bathtub, sudahnya bathtub tu aku dah tak pernah guna). Kalau kita cakap apa pun dia sangat mendengar kata. Tak banyak bunyi, jarang sangat dia mengiau melainkan dia berleter tiap kali aku tinggalkan dia.


Huhu..rindunya. Mujur masih ada adik yang menemani hari-hari yang sunyi tanpa IC Boy...

Post a Comment

10 Comments

  1. Alahai...sedihnya.
    Ammi tak minat kucing tapi memang paham sangat sbb arwah mama pencinta kucing. Kucing demam pun mama boleh nangis. so taulah mcm mana

    ReplyDelete
  2. comey nya boy ni. gebu bulu dia <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dia mmg comel sgt n baik sgt tp tu la..huhu..sekejap je Allah bg pinjam huhu

      Delete
  3. ala sedih. itu tak tahan kalau ada binatang peliharaan tu.. sakit betul kalau tiba-tiba hilang

    ReplyDelete
  4. Sedih baca kisah boy, sampai mengalir mata sikit, memang sakit bila kehilangan haiwan yg kita jaga,

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..sedih sangat..sampai sekarang masih rindu sangat

      Delete
  5. Memang sedih bila kucing peliharaan kita mati

    ReplyDelete