Bermula 16hb Oktober lepas, FRIM Forest Skywalk telah memulakan semula operasi setelah berdepan dengan penutupan akibat pandemik COVID-19.
Anda bakal menikmati pemandangan yang indah terutama dari puncak 50m. Jika anda datang ketika musim durian, anda akan dapat nikmati pemandangan dusun durian yang dipenuhi dengan raja buah tersebut.
Tapi aku nak ingatkan, untuk datang ke Forest Skywalk ini anda harus menggunakan kasut sukan ye! Jangan sesekali datang dengan menggunakan kasut tumit tinggi atau pun selipar. Menggunakan kasut sukan adalah paling selamat kerana mengikut pengalaman aku, tangga agak licin terutama ketika turun. Jadi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku aku nasihatkan untuk hanya memakai kasut sukan.
Tower |
Tower
Height (H) |
Platform
Length (L) |
1 |
18m |
20m |
2 |
24m |
22m |
3 |
28m |
26m |
4 |
33m |
46m |
5 |
50m |
46m |
6 |
39m |
26m |
7 |
31m |
22m |
8 |
26m |
22m |
9 |
|
22m |
Peraturan Ketika Berada di FRIM Forest Skywalk
- Hanya seorang pelawat dibenarkan untuk menaiki setiap 2 tingkat tangga. Ini bermaksud anda tidak boleh naik ke atas secara serentak
- Hanya 5 orang pelawat dibenarkan berada di setiap jambatan dalam satu masa
- Pelawat tidak dibenarkan berbaring atas jambatan
- Tidak boleh berkumpul dalam satu kumpulan yang ramai
- Tidak dibenarkan berlari, melompat atau menggoyangkan jambatan ketika berada di atas jambatan
- Tidak dibenarkan merokok dan membuat bising
- Kasut sukan
- Tuala Muka
- Topi
- Kamera
- Air Minuman
Harga tiket adalah seperti berikut ;
Kategori | MyKad (RM) | Tanpa MyKad (RM) |
Pelajar (7 hingga 17 tahun) | 8.00 | 25.00 |
FRIM’s Staff | 8.00 | - |
Warga emas | 10.00 | 40.00 |
Dewasa | 15.00 | 40.00 |
Caj tambahan untuk menara 50m (13 thn ke atas) | 5.00 | 10.00 |
Manakala waktu beroperasi adalah seperti berikut ;
Sabtu-Khamis : 8.30 pagi hingga 3.30 petang (bergantung pada keadaan cuaca)
Jumaat : TUTUP
Untuk maklumat lanjut mengenai FRIM Forest Skywalk boleh layari ;
Laman web : https://skywalk.frim.gov.my/
Email : frim_enquiry@frim.gov.my
Tel : 603-62797649
2 Comments
tak pernah lagi pergi sini
ReplyDeletethanks min..
ReplyDeletetak pernah tau pun kat FRIM ada Forst Skywalk. Abg ipar yg keje kat Jab. Hutan pun tak pernah cerita apa2 ishhh