Essential Oil Yang Membantu Kurangkan Masalah Dengkur

Masalah dengkur adalah masalah yang sering terjadi dikalangan kita. Mereka yang mengalami masalah tidur berdengkur ini kebanyakannya tidak perasan dan tidak mengetahui bahawa mereka menghadapi masalah ini sehinggalah di tegur oleh rakan, pasangan atau ahli keluarga terdekat.


Essential Oil Yang Membantu Kurangkan Masalah Dengkur


Masalah tidur berdengkur ini bukan hanya terjadi ke atas golongan lelaki, malah wanita tidak terkecuali menghadapi masalah ini. Menurut kajian Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat merekodkan lebih 6 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah tidur berdengkur ata Obstructive Sleep Apnea (OSA).



Apa Itu Berdengkur?


Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.


Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.


Sebab-sebab Terjadinya Dengkuran

 

  • Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak
  • Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
  • Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
  • Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

 

Komplikasi

 

“Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil ‘sleep apnea’ iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. ‘Sleep apnea’ boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

 


Bolehkah Dengkuran Yang Kuat Disembuhkan?
 

Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea’.

 

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.



Petua untuk mengurangkan dengkuran

 

  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang



Essential Oil Yang Membantu Kurangkan Masalah Dengkur


Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid“. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.


Antara ikhtiar lain untuk mengurangkan masalah dengkur adalah dengan menggunakan essential oil (EO). EO yang disyorkan bagi membantu mengurangkan masalah dengkur adalah EO R.C dan EO Thyme dari Young Living.


Essential Oil Yang Membantu Kurangkan Masalah Dengkur

EO R.C sangat membantu bagi membantu membuka saluran pernafasan dan menyokong kesihatan sistem paru-paru. Bagi mereka yang menghidap masalah resdung atau sinus juga sangat disyorkan agar menggunakan EO R.C yang mampu membantu merawat masalah hidung tersumbat, kegatalan dan alahan.


Apa yang perlu anda buat adalah menyapu EO R.C ini di bahagian dada dan di bahagian telapak kaki sebelum tidur. Juga boleh di diffuse agar pernafasan anda berjalan lancar ketika tidur dan sekaligus membantu kurangkan masalah dengkur.


Essential Oil Yang Membantu Kurangkan Masalah Dengkur

Seperti juga EO R.C, EO Thyme dari Young Living ini mampu membantu melancarkan pernafasan. Selain itu EO Thyme juga bersifat anti-viral, anti-aging dan anti-bacteria. Cuma EO ini agak panas dan disyorkan untuk dicampurkan terlebih dahulu dengan carrier oil sebelum dipakai.


Sapukan pada bahagian tapak kaki sebelum tidur sangat membantu untuk melancarkan tidur anda tanpa gangguan dengkuran yang terkadang sangat melemaskan teman tidur kita.


Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mengalami masalah tidur berdengkur.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Young Living bolehlah menghubungi saya di ;


Whatsapp : 017-2757517 atau boleh terus klik ke pautan ini https://bit.ly/3d6cjrN



 


 


Post a Comment

1 Comments

  1. Baguskan kak, kadang sapu eo atau balsem kat dada dan laluan udara bagi terbuka sikit rongga pernafasan. Nak adapt dengan dengkur boleh bikin sakit telinga. hahahaha.

    ReplyDelete