Umum semua tahu, kita sekarang ni dah masuk fasa ke-4 pelan pemulihan negara dimana kita dah menuju ke endemik dari pandemik bermakna kita dah perlu hidup dengan Covid-19 seperti wabak lain seperti influenza A dan B.
Walau
pun telah lengkap divaksinasi kita masih lagi boleh dijangkiti dengan Covid-19
dan menjangkiti orang lain namun risiko untuk ke tahap yang berbahaya adalah
rendah berbanding mereka yang tidak divaksin.
Bagi
individu dewasa dan remaja 12 tahun ke atas rata-rata sekarang dah mula terima
vaksin. Tapi kanak-kanak bawah 12 tahun masih belum layak untuk terima vaksin
dan mereka ini merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Oleh yang demikian, kerajaan dan KKM juga tidak menggalakkan golongan ini
berada di tempat yang sesak.
Sebagai
ibu bapa kita memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak ini
terlindung daripada penyakit yang berbahaya dan mengelak berada di tempat awam
yang sesak.
Diffenz Junior Inovasi Terkini Tingkatkan Sistem Imun Badan Kanak-Kanak
Pada
Oktober lepas syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi
peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah
melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang
diadakan di Hotel St Regis, di ibu kota hari ini.
Produk
berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi
pandemik semasa COVID-19 menuju endemik.
“Diffenz
Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi
perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.
"Dalam
keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie
sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,”
kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.
Walaupun
Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi
individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat
perlindungan sepenuhnya.
"Justeru
mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz
Junior melengkapi keperluan itu.
"Tabiat
pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan
aktiviti
riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung
mengalami sistem imun yang lemah," katanya lagi.
Dr
Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan
anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.
Diffenz
Junior ini dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan
Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.
"Gabungan
ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi
perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.
"Tablet
kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun,
malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal
sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.
Untuk
pengetahuan korang, bahan yang terdapat dalam Diffenz Junior ni mempunyai bahan
yang sama yang digunakan dalam Diffenz keluaran Eskavyie. Aku pernah kongsikan
kebaikan produk ni sebelum ni dan ianya memang baik untuk tingkatkan sistem
imun badan lebih-lebih lagi pada individu yang positif Covid-19. Memang wajib
ambil Diffenz ni untuk melawan virus.
Pada
majlis tersebut juga, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah
pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan
November ini.
"Ia
untuk memberi kesedaran kepada pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi
keluarga terutamanya kanak-kanak.
“Selaras
dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan
jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi
untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada
2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.
Majlis
turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.
Pada
majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan
Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang
2021.
Cara Dapatkan Diffenz Junior
Bagi
ibu bapa yang mementingkan perlindungan anak-anak lagi-lagi ketika ini dengan
kes harian yang tidak nampak ada penurunan boleh lah dapatkan Diffenz Junior
untuk tingkatkan sistem imun mereka.
Kita
sebagai ibu bapa perlu berusaha untuk pastikan anak-anak ini terjamin kesihatan
mereka sebab kalau mereka sakit atau dijangkiti virus yang merbahaya kita juga
yang pening kepala dan susah hati.
FB
PAGE: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
INSTAGRAM:
Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/
3 Comments
bagusnya dah ada untuk kids.. ramai dah cuba yang dewasa punya. okay sesuai.. nak kena cuba kids punya la pulak.
ReplyDeletesemoga kita semua dijauhkan dari perkara tidak diingini...
ReplyDeletesentiasa sihat dan cergas sepanjang hari
Jom dapatkan diffenz sekarang 🥰
ReplyDelete