Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara

Berita baik buat semua rakyat Malaysia apabila kini kita sudah pun berada di dalam Fasa 3 dan Fasa 4 yang akan berkuatkuasa bermula 18 Oktober 2021.


 Fasa 3 bermaksud semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi yang menyebabkan jangkitan COVID-19atau melibatkan keramaian.


Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara


Manakala Fasa 4 pula adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana rakyat seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian. 

Negeri yang berada dalam Fasa 3 adalah ;

  • Perlis
  • Terengganu
  • Sarawak
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Kelantan
  • Johor
  • Sabah


Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara



Negeri yang berada dalam Fasa 4 pula adalah ;

  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Melaka
  • Pahang
  • Negeri Sembilan
  • Wilayah Persekutuan Labuan

R&R Kini Dibenarkan Beroperasi 24 Jam


Ini pula berita baik bagi pengguna lebuhraya seluruh Malaysia apabila kerajaan mengumumkan bahawa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dibenarkan beroperasi 24 jam berkuatkuasa hari ini (16 Oktober 2021)

Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara



Kebenaran Melakukan Umrah


Berikutan dengan keputusan memansuhkan keperluan MyTravelPass untuk ke luar negara, kini rakyat Malaysia telah dibenarkan untuk melakukan ibadah umrah berkuatkuasa 18 Oktober 2021

Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara


Walaupun kita bergembira dengan keputusan yang diumumkan kerajaan ini, namun sentiasalah berwaspada dan menjaga SOP. Ingat! Hanya kita yang mampu memutuskan rantaian COVID-19.

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga Covid-19 segera berakhir walaupun dikatakan beralih ke endermik

    ReplyDelete