My Name Drama Bersiri Terbaru Di Netflix

Antara drama bersiri terbaru di Netflix yang menjadi perbualan hangat di sosial media adalah drama Korea yang bertajuk 'My Name' lakonan Han Soo Hee, Ahn Bo-hyun, Hee-Soon Park, Lee-Hak Joo dan Kim Sang-Ho.


My Name Drama Bersiri Terbaru Di Netflix


Bagi mereka yang masih membayangkan Han Soo Hee sebagai wanita penggoda di dalam drama The World of The Married, lupakan bayangan anda tersebut kerana kali ini kemunculan Han Soo Hee sangat berbeza. Tiada lagi aksi menggoda atau menyakitkan hati tetapi penuh dengan keganasan dan tragedi.


My Name Drama Bersiri Terbaru Di Netflix


My Name membawakan kisah Yoon Ji-woo (Han Soo Hee) yang berjuang demi menuntut bela atas kematian ayahnya, seorang gangster terkenal dari kumpulan kongsi gelap Dongcheon. Terbawa dengan emosi dan keazaman, Yoon Ji-woo sanggup melakukan apa sahaja demi menuntut bela.


Melihat keazaman Ji-Woo, muncul Choi Mu-jin (lakonan Park Hee-Soon) selaku ketua kumpulan Dongcheon yang membantu sehingga akhirnya Ji-Woo telah menjadi sebahagian anggota kumpulan Dongcheon. Pelbagai konflik dan tragedi berlaku untuk Ji-Woo membalas dendam terhadap kematian bapanya termasuk tragedi hampir dirogol oleh anggota kumpulan Dongcheon sendiri.


Namun akhirnya Ji-Woo bangkit dan kemudiannya diarahkan menjadi anggota polis yang menyalurkan maklumat perisikan kepada Choi Mu-Jin. Drama bersiri yang hanya mempunyai 8 episod ini semakin menarik apabila Ji-Woo akhirnya mengetahui kebenaran disebalik kematian bapanya dan siapakah pembunuh sebenar yang di cari selama ini.


My Name Drama Bersiri Terbaru Di Netflix


Pelbagai emosi dan konfliks berlaku terutama di episod terakhir drama ini. Kehilangan orang yang disayangi dan kehancuran sebuah kepercayaan menjadikan drama ini tidak bosan ditonton dari awal hingga habis.


Oleh kerana aku tidak mahu menjadi spoiler, apa kata anda tonton drama ini dan menilai sendiri kehebatan lakonan Han Soo Hee sebagai wanita yang penuh keazaman, berlainan dari lakonannya sebelum ini  di dalam drama The World of The Married. Aku bagi 5 bintang untuk drama ini.


My Name Drama Bersiri Terbaru Di Netflix
Antara barisan pelakon drama bersiri My Name


Post a Comment

1 Comments

  1. Fuhh saya suka giler Han Soo Hee ni sejak dia berlakon dalam drama The World of the Married tu. Usia muda, dia strike tanpa henti terus berlakon dengan lebih konsisten dan berkualiti. Dalam drama MY NAME ni memang luar kotak dari kebiasaan saya tengok dia berlakon. Selalu watak bimbo kan. MY NAME serius lain dari yang lain. Berat juga watak dia. Stamina kena kuat sebab kena buat banyak aksi belasah orang. hehehe.

    ReplyDelete