Sedar tak sedar kini usia Guardian sudah pun menjangkau 54 tahun. Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-54 selepas dua tahun berdepan dengan ujian berikutan ancaman wabak, Guardian Malaysia hari ini melancarkan inisiatif #guardiancare untuk memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan para pelanggan dan masyarakat.
Angela
Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd berkata:
“#guardiancare adalah sebuah inisiatif yang lestari, yang prihatin terhadap
pelanggan kami, keluarga mereka, pilihan membeli-belah yang mereka miliki dan
juga komuniti dimana mereka tinggal.
“Kami
ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan dalam membuat pilihan yang
sihat dan lestari ketika memilih jenama-jenama kesihatan dan kecantikan yang
mereka percayai di Guardian. Paling utama, kami ingin pelanggan untuk ‘peduli’
tentang apa yang mereka beli dan seterusnya menjadikan persekitaran lebih baik.
“Di
Guardian, kami percaya bahawa kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih
untuk peduli, bersama-sama kita dapat melakukan perubahan.”
“Oleh
itu, inisiatif ini berpaksi pada sentimen ‘kerana saya peduli’, dan akan
memfokuskan kepada tiga teras utama yang berkaitan dengan tujuan jenama
Guardian. Teras tersebut adalah:
1.
Kesihatan
– kesihatan
dan kesejahteraan pelanggan dan komuniti yang baik
2.
Komuniti – mendidik masyarakat
tentang masalah kesihatan mereka
3. Alam
Sekitar –
menggalakkan penggunaan dan amalan-amalan pengeluaran yang bertanggungjawab,
mengurangkan penggunaan plastik sekali guna
Teras
kedua iaitu Komuniti dan kesihatan mereka. Guardian, yang mempunyai
jaringan ahli farmasi terbesar di Asia Tenggara, akan mendidik komuniti secara
aktif tentang isu-isu kesihatan utama, terutamanya dalam musim Covid-19
menerusi platform media sosial Guardian dan pengaktifan di stor.
Guardian
telah memulakan program Bantuan Ahli Farmasi Komuniti menerusi segmen
Facebook Live dan Instagram dimana para pengikut boleh menanyakan soalan-soalan
berkaitan masalah kesihatan secara ‘langsung’ kepada ahli farmasi dan mendapat
jawapan serta-merta.
Selain
itu, Guardian juga akan mendidik pelanggan tentang produk yang menawarkan ‘Clean
Beauty’ dengan bahan-bahan semula jadi dan produk ‘bebas kekejaman’ (diuji
tanpa menggunakan haiwan) dan dengan pembungkusan yang lestari, produk yang
dibungkus dengan pembungkus boleh dikitar semula atau diguna semula.
Untuk
menjaga Alam Sekitar, Guardian telah memperkenalkan beg #guardiancare
mesra alam dan boleh diguna semula di stor mereka yang kini dijual dengan
harga hanya RM1.
Bersempena
dengan Hari Alam Sekitar Kebangsaan Malaysia yang disambut pada 21 Oktober
2021, kami ingin mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di stor dengan
menggalakkan pelanggan untuk menggunakan beg #guardiancare yang boleh diguna
semula berkali-kali dan tahan lama. Beg-beg ini mampu menampung lebih banyak
beban berbanding beg plastik sekali guna. Dengan cara ini, kedua-dua pelanggan
dan Guardian dapat bersama-sama menjaga alam sekitar,” jelas Angela.
“Kami
berharap pelanggan dapat turut serta dan menyokong usaha #guardiancare ini.
Seperti yang dapat anda saksikan, terdapat banyak program iCare yang sedang
dijalankan dan kami akan terus memperkenalkan lebih banyak lagi usaha sebegini
pada tahun 2022 bagi memastikan #guardiancare menjadi satu aspek penting yang
bermanfaat besar dalam kehidupan mereka, keluarga dan masyarakat,” tambah
Angela.
Untuk
memberi lebih ganjaran kepada pelanggan, dalam bulan Ulang Tahun ini, Guardian
telah mengadakan Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54, di semua
platform media sosialnya, dengan tawaran hebat potongan 54% untuk pembelian
item kedua bagi barangan penjagaan diri, penjagaan kesihatan dan penjagaan
kulit, produk rambut dan mandian Botaneco. Terdapat juga promosi Beli 1 Percuma
1 untuk produk kosmetik termasuk peraduan Beli & Menang di Facebook
Guardian dimana pelanggan hanya perlu ‘like’ posting Beli & Menang Bonanza
Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54 dan menghantarkan resit pembelian mereka di
Guardian dari 1 Oktober hingga 27 Oktober untuk merebut peluang memenangi lima
hadiah berupa Kotak Kejutan bernilai RM400 sekotak.
Terdapat
juga peraduan Beli, Wave dan Menang dengan MyDebit yang berlangsung pada 1
Oktober hingga 31 Disember 2021. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian
minimum RM30 dalam satu resit menggunakan kad ATM MyDebit mereka dan berpeluang
untuk memenangi sebahagian daripada hadiah menarik bernilai RM520,000 dalam
tiga cabutan bulanan. Selain itu, terdapat juga tawaran GrabPay dimana
pelanggan akan menerima diskaun RM6 apabila berbelanja minimum sebanyak RM60
dalam satu resit menggunakan GrabPay yang sah dari 1 sehingga 31 Oktober 2021.
Untuk
maklumat lanjut, pelanggan boleh mengakses paparan #guardiancare di laman web
Guardian di www.guardian.com.my atau
mana-mana platform media sosial, FB, Instagram dan Tik Tok.
#guardiancare
#guardianmy
0 Comments