Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Robert Owen (1771-1858)

by - Thursday, September 30, 2021

Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai usia lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berusia 2 tahun.


Teori & Falsafah Robert Owen (1771-1858)


Pada peringkat ini kanak-kanak banyak menggunakan deria motor seperti menghisap, menangis dan menggenggam. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan 4 ciri iaitu ;

  1. Pengetahuan tentang objek
  2. Sebab-sebab sesuatu
  3. Ruang
  4. Masa

Kerana itu pendidikan awal kanak-kanak sangat penting. Pendidikan awal ini sebenarnya yang akan membentuk diri kanak-kanak untuk menghadapi masa hadapan.


Untuk artikel kali ini suka aku ingi berkongsikan tentang teori & falsafah Robert Owen.



Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Teori & Falsafah Robert Owen (1771-1858)



Owen adalah seorang environmentalis. Beliau percaya bahawa persekitaran tempat kanak-kanak diasuh dan dididik merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kepercayaan, tingkah laku dan pencapaian kanak-kanak tersebut. Baginya masyarakat dapat membentuk peribadi kanak-kanak. Owen percaya bahawa sahsiah yang baik perlu dipupuk sewaktu kanak-kanak masih kecil.

Teori & Falsafah Robert Owen (1771-1858)



Owen telah membuka sekolah kanank-kanak infant school pada tahun 1816 di New Lanark, Scotland. Sekolah itu diurusnya untuk memberi asuhan kepada 100 kanak-kanak yang berumur antara 18 bulan hingga 10 tahun sementara ibu bapa mereka bekerja di kilang kapas kepunyaannya.


Usaha Owen ini telah membawa kepada pembukaan sekolah yang sama di London pada tahun 1818. Di antara matlamat pembukaan  sekolah kanak-kanak ini ialah untuk membawa kanak-kanak keluar daripada ibu bapa mereka yang tidak berpelajaran di samping menyediakan pendidikan kepada para pekerjanya untuk menjadikan mereka manusia yang rasional. Untuk itu Owen membuka sekolah malam untuk mereka.


Sekolah kanak-kanak Owen telah mendahului kindergarten Froebel kira-kira lebih kurang suku abad. Idea dan amalannya telah mempengaruhi para pendidik dari segi kepentingan pendidikan awal dan hubungan di antara pendidikan dengan kemajuan sosial.


Kejayaan Robert Owen


Kejayaan terbesar Owen ialah usahanya dalam memperjuangkan pendidikan orang muda dan pengasuhan kanak-kanak. Sebagai perintis penjagaan bayi di Britain, terutamanya Scotland, Owen memberikan alternatif kepada "pendekatan autoritarian yang lazim digunakan untuk pendidikan kanak-kanak." Kanak-kanak yang dibesarkan di dalam sistem beliau rata-ratanya berbudi pekerti secara bersahaja; semuanya sihat, makmur dan bahagia belaka, hampir tiada kes ketagihan arak mahupun kelahiran anak luar nikah. Owen tetap menjalin hubungan erat dengan para pekerja, dan semua operasi kilang berjalan dengan lancar dan teratur. Lebih-lebih lagi, perniagaannya juga laku.


Beliau juga adalah pengasas pusat asuhan taman kanak-kanak.



Artikel berkaitan

2 comments

  1. Kadang dah bertahun ada anak ni, masih tak tau dan tak faham lagi mengenai ni Min.. ko kena selalu update dan jelaskan lebih lanjut.. kalau bukan untuk Sis, boleh manfaat buat mereka yang bakal menjadi ibu kann.. good job Min..

    ReplyDelete