Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19

Mempunyai pengalaman kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 adalah antara pengalaman paling sedih yang aku alami sepanjang kehidupan ini. Bulan Ogos 2021 menyaksikan episod-episod sedih dalam kehidupan apabila anak saudara kesayangan aku disahkan positif COVID-19, selepas beberapa hari kakak kesayangan aku iaitu ibunya pula disahkan positif COVID-19.


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Pada 15hb Ogos kami mendapat perkhabaran yang anak saudara kami akan ditidurkan memandangkan tahap bacaan oksigennya terlalu rendah. Hari yang sama ibunya turut dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang.

 

Keadaan ibunya semakin pulih namun tidak anaknya. Pada 26hb Ogos kami sekeluarga berduka dengan pemergian Allahyarham anak saudara setelah 12 hari bertarung dan berjuang melawan COVID-19. Apalah daya kita sebagai hambaNya, walau pelbagai usaha dilakukan namun Allah lebih menyayanginya.


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Ikhtiar Tingkatkan Sistem Imun Badan 


Musim pandemik yang melanda negara sekarang ini menyebabkan kebanyakan daripada kita dihantui dengan rasa ketakutan dek kes dilaporkan semakin hari semakin meningkat dan kes kematian juga semakin tinggi, yang mana kita pun tidak tahu bila penghujung kepada semua ini. Kini, tua dan muda semua menjadi mangsa.

 

Jadi, apa yang patut anda lakukan?


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Perkara utama yang anda perlu lakukan adalah dengan meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri dan keluarga daripada jangkitan Covid-19.

Ia menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Rasulullah SAW pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

 

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

Maksudnya: Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakal.

Riwayat al-Tirmizi (2157) dan Ibn Hibban (708)

 

Rasulullah SAW memerintahkan kepadanya untuk melakukan usaha terlebih dahulu dan kemudian menyerahkan urusannya kepada Allah SWT. Justeru, hendaklah wujud usaha dalam sesuatu perkara di samping penyerahan urusan kepada Allah SWT.

 

Ini bermakna usaha dalam melakukan sesuatu termasuk berusaha dalam menangani jangkitan wabak COVID-19 adalah wajib atas kita sebelum bertawakal dan berserah kepada Allah.

 

Perkembangan nanoteknologi makanan kini memudahkan kita memanfaatkan khasiat daripada nutrisi yang terbaik dan menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan.

 

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)


Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Cerita daripada orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh pada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.


Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah dia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain tapi tumbuh secara sendirian.


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi.

 

Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

 

Cendawan Susu Harimau ini sememangnya khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. Eskayvie Diffenz diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.

 

 

Kebaikan:

● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.

● Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.

● Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


 

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)


Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu


Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Banyak kajian mendapati superfood ini mempunyai kandungan Vitamin C yang paling mudah diserap berbanding buahan yang lain. Lebih best, ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi dari buah oren! Disebabkan oleh khasiatnya yang melimpah ruah, buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

 

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini turut mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

 

Kebaikan:

●       Menguatkan sistem imun

●       Antioksidan dan anti-radang

●       Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak

●       Menstabilkan tekanan darah tinggi

●       Merangsang penghasilan kolagen

●       Mengawal gula darah

 


Vitamin D


Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan.

 

Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.

 

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Malah, ada golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

 

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun beberapa faktor lain juga boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

 

●   Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.

● Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc.

● Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai dari sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.

 

Yang paling penting, ia menurunkan risiko kematian COVID19 sebanyak 700%! (Irish Journal of Medical Science, 2020).

 

Vitamin C


Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 57% pesakit COVID19 yang berada di ICU telahpun pulih dan dibenarkan discaj (tanpa komplikasi) setelah diberi dos vitamin C yang tinggi. Hanya 14% kematian dilaporkan di kalangan mereka yang diberi Vitamin C, yang nyata lebih rendah berbanding 71% kematian di kalangan mereka yang tak diberi Vitamin C.

 

Bukan sahaja di Malaysia, malah menurut Nutrition Journal (2021), lebih 82% pesakit COVID19 yang kritikal mempunyai paras Vitamin C yang rendah. Pengambilan vitamin C boleh bantu elak jangkitan dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti seterusnya memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik.

 

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada makanan akan diserap ke dalam badan.

 

Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran. Dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

 

Malah dengan gaya hidup kini yang tidak terjaga, pencemaran persekitaran serta sesetengah keadaan seperti perokok, tekanan tidak terkawal dan mempunyai penyakit kronik akan menjadikan keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu mengatasi keradangan kronik dalam badan.

 

Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sehingga 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak dapat mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika kita tidak mengambil vitamin C dengan cukup, anda akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

 

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.


Sembuh COVID-19 Bukan Pengakhiran Derita Bekas Pesakit

 

“Kesan pandemik Covid-19 terhadap kesihatan mental dan fizikal akan berlarutan untuk jangka masa Panjang”, amaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).


Amaran itu dikeluarkan ketika pakar dan pemimpin meminta tindakan diambil terhadap kes kebimbangan dan tekanan berkaitan dengan Covid-19.


 

Apakah itu Long Covid atau Sindrom Post Covid?


Long Covid atau Sindrom Post Covid ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit Covid-19 masih menunjukkan gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih dan tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.

 

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.

 

Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit Covid-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post Covid.

 

Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) melibatkan 1,004 pesakit dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post Covid.

 

Antara lima simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam, batuk dan kegelisahan (anxiety). Lebih teruk ada yang mengalami kerosakan pada hati, buah pinggang dan paru-paru serta boleh menyebabkan penyakit metabolik seperti kencing manis.

 

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Berapa Lama Long Covid-19 Terjadi Dan Cara Untuk Mengatasinya?

 

Pemulihan Covid-19 bukan sekadar mencegah dan memberi vaksin pada semua individu, malah individu yang pernah dijangkiti dan sembuh juga perlu diberi perhatian.

 

Ramai sedia maklum bahawa virus ini masih boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan dan keupayaan fizikal mereka yang dijangkiti, dikenali sebagai long covid.

 

Beberapa kajian mendapati, wanita lebih cenderung mendapat risiko long covid berbanding lelaki. Ditambah faktor seperti berat badan berlebihan/obesiti dan usia melebihi 50 tahun dan ke atas.

 

Antara simptom yang sering dialami termasuk gangguan pernafasan, mudah mengah, batuk yang berpanjangan, penurunan kadar oksigen dalam darah dan sesak nafas.

 

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Bukan itu saja, ada sesetengah individu yang mungkin mengalami kesan jangka masa panjang yang lebih kronik seperti kerosakan paru-paru, gangguan tidur, masalah memori, gangguan kesihatan mental dan sistem imun yang lemah.

 

Justeru, individu yang pernah dijangkiti Covid-19 hendaklah menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat secara berterusan. Perhatikan simptom yang dialami dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

 


Tip Elak Long Covid

 

  1. Amalkan pemakanan yang seimbang mengikut porsi yang betul iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur.

 

  1. Elakkan pengambilan makanan segera dan terproses yang tinggi garam, lemak trans dan gula.

 

  1. Kekal aktif untuk melancarkan aliran darah, menguatkan otot dan menyihatkan sel-sel badan.

 

  1. Kekal hidrasi dengan pengambilan air putih yang mencukupi.

 

  1. Pengambilan protein dan antioksidan yang cukup amatlah penting. Sumber antioksidan daripada sayuran, buahan dan suplemen tambahan sangat baik untuk pemulihan dalaman dan mengelakkan masalah metabolik.


 

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19

 


Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.

 

Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


 

Eskayvie Diffenz Membantu:

1.      Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru

2.      Meningkatkan Sistem Imun Badan

3.      Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru

4.      Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema

5.      Menyokong Kesihatan Sendi

6.      Menyihatkan Jantung

7.      Memberikan Tenaga

8.      Mengawal Gula di Dalam Darah

9.      Mencantikan Kulit

10.  Anti Kanser & Anti Virus



 Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19

 

4 Kelebihan Eskayvie Diffenz

 

1. Kaya dengan Vitamin C dan D

Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

 

2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu

Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.

 

3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet

Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang sukar didapati dalam satu tablet mudah untuk perlindungan dari dalaman.

 

4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat

Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan virus dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.

 

Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D, yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.

 


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik COVID-19


Jom ikuti pengalaman Dr. Najman Mohamed yang telah disahkan berada di stage 5 COVID-19




SOALAN & JAWAPAN

 

Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

 

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

 

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

 

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

 

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

 

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.

 

Website: www.diffenz.com

Facebook: Eskayvie Malaysia

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

 

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita


Post a Comment

1 Comments

  1. Kita perlu usaha dan berikhtiar untuk meningkatkan imun tubuh badan kita

    ReplyDelete