Coconut Shake Hipster di Cocoyeah

Musim panas terik ni apa yang paling popular ialah air kelapa. Tambahan dengan musim pandemik, permintaan untuk air kelapa memang sangat tinggi. Tahukah anda kenapa permintaan air kelapa di musim pandemik ini tinggi? 


Coconut Shake Hipster di Cocoyeah
Mr.Zison Teh, pemilik Cocoyeah


Air kelapa sebenarnya mempunyai pelbagai nutrisi dan bermanfaat kepada kesihatan manusia seperti kalori (46 kalori), karbohidrat (9 gram), serat (3 gram), vitamin C (10 peratus daripada keperluan seharian) dan magnesium (15 peratus daripada keperluan seharian).


Selain itu, ia juga menyumbang 17 peratus kalium daripada keperluan seharian selain natrium sebanyak 11 peratus.


Coconut Shake Hipster di Cocoyeah


Tapi kini zaman semakin moden dan air kelapa turut dihidangkan dengan pelbagai jenis cara dan menu dan yang lebih menarik ianya lebih hipster. 


Siapa je yang tak kenal coconut shake? Minuman air kelapa yang dihidangkan dengan ais krim memang menjadi kegilaan ramai terutama apabila tiba musim panas.


Namun agak berlainan di Cocoyeah kerana di Cocoyeah, coconut shake dihidangkan dengan lebih hipster, moden dan lebih menarik. Uniknya lagi kerana setiap hidangan coconut shake ini diperisakan dengan buah-buahan yang sebenar dan di Cocoyeah mereka menggunakan air kelapa pandan yang asli.


Coconut Shake Hipster di Cocoyeah

Buat pengetahuan, air kelapa pandan lebih enak dan lebih wangi rasanya. Dan air kelapa lebih manis dan lebih enak di minum pada musim panas kerana ketika tiba musim panas, walaupun airnya sedikit tetapi rasanya lebih manis berbanding ketika musim hujan. Ketika musim hujan, air kelapa biasanya akan lebih banyak namun rasanya kurang manis berbanding ketika tiba musim panas.


8 Perisa Unik Menggunakan Buah-buahan Sebenar


Tidak seperti kebanyakan coconut shake biasa yang hanya menghidangkan coconut shake dengan perasa original dan ais krim vanilla, di Cocoyeah mereka menghidangkan 8 jenis perisa unik dengan buah-buahan sebenar iaitu ;

  • Honey Lemon Coconut Shake
  • Passion Fruit Coconut Shake
  • Avocado Coconut Shake
  • Berries Coconut Shake
  • Original Coconut Shake
  • Macha Coconut Shake
  • Gula Melaka Coconut Shake
  • Oreo Coconut Shake

Coconut Shake Hipster di Cocoyeah


Untuk kesemua perisa ini dihidangkan bersama ais krim kelapa kecuali yang perisa asli sahaja dihidangkan bersama ais krim vanilla. Dan jika ditanya pendapat peribadi aku, kesemua 8 pilihan ini sangat sedap namun yang paling aku gemar ialah Honey Lemon Coconut Shake dan Passion Fruit Coconut Shake sebab rasanya yang menyegarkan.


Pada aku kalau ketika musim panas, 2 pilihan yang aku sebut tadi memang sangat-sangat menyegarkan dan mampu menghilangkan dahaga. 


Di sini anda boleh meminta minuman yang kurang manis, jadi mereka akan kurangkan gula mengikut permintaan pelanggan dan aku pastinya sukakan rasa yang kurang manis itu. Dari segi harga pula ianyanya sangat berpatutan kerana minuman coconut shake di sini dijual pada harga bermula dari RM7.90


Harga Istimewa Setiap Rabu 


Khas buat pelanggan Cocoyeah, setiap hari Rabu mereka menawarkan harga istimewa buat pelanggan mereka sperti berikut ;

Happy Wednesday

Double Happiness

Coco-Jumbo Happiness

15% off

Untuk semua jenis Coconut Shake

(12.30pm-8.30pm)

2 for RM9.90 (n.p:RM19.80)

Macha Coconut Shake & Passion Fruit Coconut Shake

(12.30pm – 5.30pm)

Buy any 2 get 25% off

(5.30pm-8.30pm)


Selain boleh datang ke premise mereka yang terletak di Bandar Sunway, nda juga boleh menempah minuman yang ada di sini melalu Food Panda, Grab Food dan juga Easi My.


Minuman Lain Selain Coconut Shake


Jika anda bukan peminat coconut shake jangan bimbang! kerana di sini, selain menghidangkan coconut shake mereka turut menghidangkan minuman lain namun turut berasaskan air kelapa iaitu ;

  • Coconut Lime Mocktail
  • Coconut Passion Fruit Mocktail
  • Coconut Strawberry Mocktail
  • Coconut Blackcurrant Mocktail

Bagi yang sukakan minuman yang sedikit bergas anda boleh memilih minuman sparkling untuk 4 jenis air di atas.


Tetapi minuman ini hanya akan dilancarkan pada bulan Oktober nanti! 


Coconut Shake Hipster di Cocoyeah


Alamat : Cocoyeah
No.6, PJS 11/28A, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia




Instagram : cocoyeahmalaysia
Facebook : cocoyeah malaysia
Whatsapp : 013-3580092

Post a Comment

10 Comments

  1. plg suka yg avocado tu.. sedap betul.. pekat dan padu.. dengan coconut shake

    ReplyDelete
  2. Huishh... banyaknya jenus coconut shake. Mesti teruja nak try

    ReplyDelete
  3. Huhuhu........baru last Monday I baca review Coco Yeah di blog someone. These shakes look good. You make me wanna try all flavors. Thank you for sharing, Cik Min.

    ReplyDelete
  4. Alaa jauh nyaaa. Bukak cawangan kat gombak please heheh sedap betulll kalau lah dapat minum time cuaca panas. Kompem hilang haus

    ReplyDelete
  5. Psst...kak min. Dorang tak nak buat cawangan dekat ipoh ke? Fav Mar ni coconut shake...aduhai sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  6. Semua sedap. Awat jauh benor. Buat saya di KL jilat skrin je tau. Dah lama tak minum air inspirasi dari coconut shake ni. Dahaga lah. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Ini kalau time sejuk nengok dan singga, mau semua perisa i order okay.. cuma agak istimewa laa rasa dia ekk. coconut shake campur dengan perisa buah lain.. ermmm interesting..

    ReplyDelete
  8. Rindu nak minum coconut shake tapi jauhlah pulak nak pergi kita cuci mata jerlah, tgk semua sedap2

    ReplyDelete
  9. aduh fav betul coconut shake ni. ada banyak pilihan plak tu. mocktail plak nampak cantik. harap buka cawangan di kota bharu

    ReplyDelete
  10. Sedapnya coconut shake ni! Siap ada innovation terbaru with 8 different choices bah! Mocktail pun ada! Serious menarik ni boleh g la nanti..

    ReplyDelete