Apa Itu Maksud Sexual Grooming

by - Sunday, September 26, 2021

Kebelakangan ini isu sexual grooming mula menjadi perhatian dan ramai yang ingin tahu maksud sebenar sexual grooming


"Sexual grooming" atau antunan seksual bermaksud perbuatan dengan sengaja mendekati, berbaik dengan seseorang (mangsa) contohnya kanak-kanak dengan bagi membina hubungan emosi dengan TUJUAN mengurangkan penolakan sebarang perilaku seksual terhadap mangsa.


Perkara mungkin berlaku akibat terhutang budi, harta atau tautan emosi dengan pemangsa. 


Ada 6 peringkat "sexual grooming":-

1. Mendapatkan sasaran (cari mangsa yang fragile).
2. Dapatkan kepercayaan (tunjuk reputasi pemangsa).

3. Mengisi keperluan mangsa (beri apa keperluan mangsa yang tidak ada).
4. Mengasingkan mangsa (ajar mangsa merahsiakan).
5. Perilaku seksual.

6. Kekalkan penguasaan ke atas mangsa (ugutan, suapan). 



Terdapat banyak kes "sexual grooming" di dalam dan luar negara melibatkan mereka yang mempunyai gelaran, darjat, pengaruh dan status yang tinggi dalam kalangan masyarakat. 


Kebanyakkan kes sukar diselesaikan disebabkan stigma dan cara berfikir masyarakat setempat yang menilai seseorang pelaku (pemangsa) "Sexual Gromming" ini dituduh atau difitnah oleh mangsa atas alasan dengki berunsur khianat. 


Hal ini menyebabkan ramai mangsa dan saksi tidak berani untuk tampil disebabkan risau akan dikecam atau dicerca oleh masyarakat setempat.




Semoga masyarakat kita lebih peka dan terbuka dalam memperkatakan soal ini agar kejadian-kejadian yang tidak diingini tidak terjadi dalam keluarga kita akibat kurangnya kesedaran

Artikel berkaitan

2 comments

  1. semoga kita semua terhindar dari menjadi pelaku dan mangsa. Takut keselamatan anak-anak dizaman yg gadget tak sudah2 ni

    ReplyDelete