Resipi Shakshuka

by - Wednesday, July 14, 2021


Shakshouka (Bahasa Arab: شكشوكة, juga dieja shakshuka, chakchouka) ialah hidangan telur pecah dalam sos tomato, lada cili, dan bawang. Ia popular di Timur Tengah dan Afrika Utara. Versi hidangan tanpa telur, yang dikenali sebagai galayet bandora, sangat popular di Jordan, Palestin dan di sekitar Laut Mati.


Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas. Jom aku kongsikan resipi Shakshuka yang sangat sedap.






Resipi Shakshuka


Bahan-bahannya :


1. 1 biji bawang besar/holland di potong dadu
2. 2 ulas bawang putih dicincang halus
3. 1 biji tomato dipotong dadu
4. 1-2 sudu tomato puree (ikut citarasa)
5. Cili besar / cili benggala dipotong dadu
6. 1 tin kecil kacang panggang
7. 200gm daging cincang
8. 2-3 biji telur
9. Sedikit minyak untuk menumis 
10. Garam secukup rasa


Cara-caranya ;

  • Panaskan minyak untuk menumis
  • Masukkan daging cincang dan goreng hingga daging empuk
  • Masukkan bawang putih
  • Masukkan bawang besar dan tumis hingga bawang betul-betul layu
  • Masukkan cili
  • Masukkan tomato puree
  • Masukkan tomato
  • Masukkan kacang panggang
  • Masukkan garam
  • Akhir sekali pecahkan telur dan tutup seketika dengan penutup periuk supaya telur masak cantik
  • Sedia dihidang bersama roti



Untuk lebih memahami cara memasak Shakshuka boleh rujuk video yang disediakan ini ;






Artikel berkaitan

11 comments

  1. Wow tak pernah makan lagi masakan ni. Boleh la try buat nanti. Tapi kacang panggang tu tak suka sangat tapi takpe kita cuba juga resipi ni.

    ReplyDelete
  2. Oooo namanya shakshuka kekdahnya. Hahaha memandai selama nie daku sebut sos. Ok. Nak suh my friend buat. Hik hik. Me memang tak reti.

    ReplyDelete
  3. menarik juga resepi ni. tak pernah makan tapi boleh try ikut resepi ni :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi resepi ni. Nampak menarik dan sedap. Eiza suka kacang panggang tu.

    ReplyDelete
  5. Dah agak mesti kena makan dengan roti. Nak cuba jugaklah masak sebab nampak sedap. Bahan pun tak susah dan cara nak masak pun senang. Tapi kenapa kuali tu pun nampak menarik jugak yer ? ehehehe

    ReplyDelete
  6. Perghhh ya rabbii, pebert ni kalau ada sos tomato gini oiii... sebab i tak makan sos cili, so bila ada resepi guna tomato, terujaaa.. nanti anak kat Shah alam balik, baru nak try laaaa... dia sukaa

    ReplyDelete
  7. you make it look so easy and delicious! i really miss having this dish when i was traveling, or even just for brunch around KL. super tasty!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kak min! Ruby suka masakan dan makanan Arab. Memang kena jiwa. Cicah Roti Gardenia pun cun. Nanti nak try ikot resepi akak. Nyummy!

    ReplyDelete
  9. fav anak2 ni.. nak masak pun xderla susah sangat.. janji sedap dan mengenyangkan

    ReplyDelete
  10. Wow resepi Arabian hehehe nice and good must try sangat mudah dan sedap nampak tu ada telur hehehe and cicah ngan roti canai atau prata sedap juga ni kan hurmm terliur....

    ReplyDelete
  11. Wow makanan arab hehehe kena cuba ni kalau dapat cicah dengan roti canai atau prata sedap juga ni hehehe ok must try...

    ReplyDelete