Resipi Muffin Oatmeal Oregon & Washington Blueberries (Resipi Asal Dari Georgen)

Oregon dan Washington adalah dua negeri penghasil blueberry  utama di Amerika Syarikat kerana tanah yang subur dan ideal, kedua-dua negeri ini menawarkan kualiti buah yang baik dan popular di seluruh dunia.



Bercerita tentang buah blueberry, rata-rata mengatakan bahawa buah ini sangat enak dimakan begitu saja atau dimasukkan dalam masakan atau dan dijadikan sebagai snek. Selain mempunyai rasa masam manis yang enak, buah blueberry yang sering dijadikan penyeri kek ini sebenarnya mempunya khasiat yang sangat baik untuk kesihatan.



Hasil kajian menunjukkan bahawa blueberry mengandungi antioksidan dan nutrien lain yang membantu tubuh kita untuk tetap sihat dan dapat membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan usia.

 




Fakta Pemakanan Blueberry & Faedah Kesihatan Oleh Georgen Thye


Ahli pemakanan bertauliah Georgen Thye berkongsi pelbagai fakta pemakanan blueberry dan faedah kesihatan;


1. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian anda, 14.4 miligram vitamin C.

  • Vitamin C adalah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang menstabilkan radikal bebas, sehingga membantu mencegah kerosakan sel.

  • Vitamin C membantu penghasilan kolagen; membantu penyerapan zat besi; dan membantu menyembuhkan luka dan menjaga kesihatan gusi anda.

  • Vitamin C dapat membantu menyokong sistem ketahanan badan.

 

2. Satu cawan (148g) blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian anda.

Serat makanan telah terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kadar lipid darah, mengatur glukosa darah, dan meningkatkan rasa kenyang (membuat anda merasa kenyang lebih lama)  yang dapat membantu menurunkan berat badan.

 

3. Blueberry kaya dengan antioksidan

Blueberry dipercayai mempunyai salah satu tahap antioksidan tertinggi dari semua buah dan sayur biasa.

Antioksidan melindungi tubuh anda dari radikal bebas, iaitu molekul yang tidak stabil yang dapat merosakkan sel anda dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit.

 

4. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 36% daripada nilai vitamin K harian anda, 28 mikromiligram vitamin K.

Pengambilan vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.


Blueberry disahkan sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh American Heart Association dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak kekal kuat.




Resipi Muffin Oatmeal Oregon & Washington Blueberries (resipi asal dari Georgen)

 

Bahan-bahan (Hidangan untuk 6 orang)

 

  • 200g Rolled Oat
  • 200g Oregon & Washington Blueberry
  • 50g Madu
  • ½ sdt Baking Soda
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • ¼ sudu kecil Garam
  • 2 Biji telur  
  • 1 biji Pisang  (besar)
  • 1 sudu kecilVanilla Essence
  • 80ml Minyak Zaitun  



Cara Memasak ;


  • Masukkan rolled oat ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus (seakan tepung)
  • Masukkan baking soda, serbuk penaik dan garam ke tepung oat dan kemudian gaul rata.
  • Hancurkan pisang dengan garpu dalam mangkuk besar.
  • Masukkan telur ke dalam pisang dan gaul sebati, diikuti dengan minyak zaitun, madu dan esen vanila.
  • Kacau sehingga semua bahan sebati.
  • Tuangkan campuran basah ke dalam mangkuk bahan kering, dan kacau perlahan hingga sebati.
  • Letakkan pelapik muffin ke dalam tin muffin.
  • Sendukkan adunan dengan sudu ais krim dan masukkan ke dalam semua acuan muffin.
  • Letakkan beberapa blueberry Oregon & Washington dan taburkan sedikit rolled oat diatasnya untuk hiasan.
  • Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190 ° C selama 20 minit.
  • Uji kelembutan dengan tusuk gigi, Apabila sudah matang sepenuhnya, tidak akan ada adunan basah di atasnya.


Selamat mencuba!



Maklumat Pemakanan (1 hidangan)

Tenaga (Kcal) 323

Karbohidrat (g) 35.8

Protein (g) 6.1

Lemak (g) 17.2

Serat (g) 4.3


Mencuba Sendiri Resipi Muffin Oatmeal Oregon & Washington Blueberries Dari Georgen 


Siapa yang memang follow aku dari dulu pasti tahu hobi aku adalah memasak. Jadi, tidak mahu ketinggalan aku turut mencuba resipi Muffin Oatmeal Oregon & Washington Blueberries dari Georgen ni. 



Kebetulan kebanyakan bahan memang dah ada jadi terus je la buat. Cara penyediaannya sangat mudah tanpa perlu menggunakan mixer dan sebagainya, hanya gaul sebati semua bahan tanpa mixer. Untuk resipi yang sama tapi sebab aku menggunakan acuan muffin yang lebih kecil maka adunan tersebut menghasilkan lebih kurang 15 biji muffin yang sangat enak dan berkhasiat.





Untuk melihat sendiri bagaimana cara membuat muffin yang berkhasiat ini, anda boleh terus layari channel Youtube Georgen seperti berikut ;



https://youtu.be/PCGzO-i9iZg

Juga boleh layari video Georgen yang lain untuk dapatkan idea menggunakan blueberries dalam masakan ;




Post a Comment

1 Comments