Mindful Muslim Terapi Minda Saat PKP
Penyakit mental berlaku dengan pelbagai faktor kehidupan
seseorang. Pesakit yang cenderung amalan agama juga tidak terkecuali kerana
penyakit mental tidak mengenal sesiapa. Masyarakat kita sering menunding jari dengan mengatakan bahawa mereka yang menghadapi depresi dan stress adalah kerana tiada pegangangan agam. Hentikan stigma bahawa pesakit mental
disebabkan lemah iman kerana penyakit mental adalah penyakit dan apa yang perlu kita lakukan adalah memberikan sokongan dan membantu mereka yang menghadapi masalah dan tekanan ini untuk terus kuat.
Menyedari hakikat itu, Mohd Akhtaar seorang pemuda yang turut menghadapi masalah anxiety selama beberapa tahun mula membangunkan sebuah aplikasi yang dinamakan Mindful Muslim bagi membantu mereka yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan kesihatan mental.
Akhtaar yang pernah berkhidmat sebagai pengurus kepada Mufti terkemuka dunia iaitu Mufti Menk mengakui bahawa bekerja dengan seorang mufti yang dikenali bukanlah mudah malah sedikit sebanyak telah memberi impak kepada dirinya. Beliau mula menghadapi masalah anxiety dan kerana itu beliau memperkenalkan aplikasi Mindful Muslim ini.
Mohd Akhtaar selaku CEO Mindful Muslim mempunyai azam yang kuat ingin membantu masyarakat Islam khususnya bagi menghadapi masalah tekanan, depresi dan anxiety. Tambahan lagi ketika dunia menghadapi segala tekanan hidup berhadapan dengan masalah pandemik Covid 19 yang tidak berkesudahan ini, Mindful Muslim dibangunkan dengan tujuan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Apakah Aplikasi Mindful Muslim?
Buat pengetahuan, aplikasi Mindful Muslim telah memenangi pertandingan Xchallenge tech start up dan menerima tawaran pelaburan sebanyak USD1.6 juta untuk dibangunkan dengan lebih baik dan diterjemahkan dalam semua bahasa. Buat masa sekarang Mindful Muslim masih di dalam bahasa Inggeris namun untuk perancangan masa hadapan, aplikasi ini akan diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Melayu, Arab dan lain-lain.
Aku sendiri telah mula menggunakan aplikasi Mindful Muslim ini dan mendapati bahawa aplikasi ini sangat membantu bukan sahaja mereka yang menghadapi masalah tekanan perasaan dan sebagainya malah sangat membantu buat mereka yang ingin lebih lagi mendalami agama Islam. Ini kerana di dalam aplikasi Mindful Muslim ini disediakan dengan pelbagai surah, doa malah kisah-kisah teladan di dalam Islam.
Apa yang lebih menarik, di dalam aplikasi ini disediakan ruqyah yang berlainan bagi tujuan berlainan misalnya bagi mereka yang menghadapi masalah depresi dan anxiety terdapat doa-doa yang berkaitan dengan masalah tersebut disediakan.
Aplikasi Mindful Muslim ini mula diperkenalkan pada Mac 2020 dan mula menjadi trending #5 aplikasi untuk kesihatan dan fitness di Google Play pada bulan berikutnya dan kini Mindful Muslim semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam sedunia sebagai aplikasi yang mampu membantu meredakan segala tekanan.
Bagaimana Menggunakan Aplikasi Mindful Muslim?
Aplikasi Mindful Muslim boleh dimuat turun menerusi Google Store dan juga Apple Store. Apa yang perlu anda lakukan anda hanya perlu daftarkan alamat email anda dan aplikasi ini tersedia untuk digunakan.
Anda akan 'dialukan' dengan petikan hadis sebelum ke paparan seterusnya ;
- Slow drizzle
- Jungle waterfall
- Soothing rainforest
- Night village
- Sandy beach
- At bus stop
- City life
- Escalator
- Rusty machine
- Night street
- Aircraft
- Bucket drops
- Quite neighorhood
- Rain dribble
- Chirping birds
Sejauh Mana Aplikasi Ini Berkesan?
“Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi pentadbir urusanmu”(Surah Al-Ahzab 33:3)
Mari
sejenak kita berfikir tentang perjalanan yang sedang kita tempuh, tentang usaha
yang diletakkan, tentang kesungguhan yang kita tunjukkan. Pasti setiap satunya
dinilai tinggi di sisi Tuhan.
Untuk memuat turun aplikasi Mindful Muslim ini, anda boleh klik pautan berikut ;
Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim
Pengguna Apple : https://apps.apple.com/us/app/mindfulmuslim/id1503293513
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Mindful Muslim pula, anda boleh klik pautan berikut ;
Facebook : https://www.facebook.com/mindfulmuslimapp
Instagram : https://www.instagram.com/mindfulmuslim.app
#MYMindfulMuslim
#MYMindfulMuslimStory
21 Comments
Terima kasih tuan Akhtaar buat apps yang sangat bagus untuk semua umat Islam sedunia. Malam tadi i tido lena tau.
ReplyDeleteWow.....this is a good app for therapy. I should download it on my phone and iPad. I believe non-muslim can use it too. There are a lot of non-muslim people nowadays use Muslim style therapy to calm themselves. I'm sure they'll like this app too. Thank you for sharing Cik Min.
ReplyDeleteGreat there is such an amazing app that can help one to stay calm, destress and regain our confidence especially during this times of uncertainty.
ReplyDeleteNanti nak suruh kawan download jugaklah, manalah tahu ia dapat membantu terutamanya mereka yang ada masalah anxiety. Baca status dia2 pun sedih. Walaupun orang kata dia mengada-ngada dan hanya nak perhatian pun biarlah, maybe dia memang memerlukan. Tapi dalam masa yang sama dia kena jugak usaha cari camner nak rawat dirinya.
ReplyDeleteMemang terapi betul apps ni, Sis dah download dah Min, memang sebelum tido buka dan dengar sangat menenangkan... kosong rasa minda..
ReplyDeletebagusnya apps ni. sangat bermanfaat kepada semua muslim. insyallah.
ReplyDeleteBagus apllikasi macam ni, at least kalau down ada sometime to fall on and buat pedoman.
ReplyDeletekite suka dengan app ni! sangat tenang dan boleh buat terapi jiwa. pakai pula dengan diffuser. memang ngam soi
ReplyDeleteramai yang terlepas pandang soal mental health. ramai yg terjejas since covid. harap semua ambil tahu tentang saudara dan rakan.
ReplyDeletebaru tahu ttg apps ni..menarik juga terutama di waktu pandemik sekarang ni.. mmg sangat memerlukan
ReplyDeleteBest juga kalau ada apps yang sama macam ni but I can use it... recently in condition yang memerlukan something to ease and relax my mind.. Nak cari juga la..
ReplyDeleteRawlins akan pasang time nak tidur, bantu tenang dan clearkan minda sebelum tidur
ReplyDeletejujur kata mmg la masa PKP ni kadang kepala mmg jd negatif je..bagus betul ada apps yg macam ni...kalau takde someone to talk too pun, apps ni ada utk bantu
ReplyDeleteBagusnya ada app macam ni. pakai eo on apps ni mesti lagi berkesan.
ReplyDeleteBagusnya apps ni. At least dapat tenangkan hati yg mendung bak awan kelabu ni. Rindu dgn kehidupan normal.. Huhu 😚
ReplyDeleteGreat apps! 👍
ReplyDeletesharing yang bagus min.. akak nak clear hp dan nak install jugak
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletePkp ni kadg mood tak tentu.. Kene ade seustu yang boleh bagi tennag dan positif fikiran.. Baus mindfull muslim ni. Nmapak menarik
ReplyDelete