Serangan
pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lalu telah
meninggalkan kesan yang cukup besar dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.
Paling ketara, sudah tentunya ramai dilaporkan telah kehilangan pekerjaan
apabila syarikat yang menjadi tempat bergantung kebanyakannya kini sudah gulung
tikar.
Dalam keadaan serba kusut
memikirkan apakah peluang pekerjaan yang boleh dilakukan untuk kembali bernafas
seperti biasa, perkhidmatan e-hailing dan ekonomi gig dilihat mampu memberikan
pendapatan lumayan sekiranya anda bijak meraih peluang tersebut.
Antara pekerjaan yang 'laku keras' di kala ini sudah tentunya perkhidmatan penghantaran makanan yang juga diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan. Penghantar makanan adalah frontliner! Ye benar, jangan abaikan hakikat bahawa penghantar makanan yang banyak berkorban demi kita terutama ketika berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saat kita berjuang membanteras penularan wabak COVID 19, penghantar makanan turut berjuang menyediakan perkhidmatan terbaik buat kita.
#LekLuMcDBelanja Bukti McDonald's Malaysia Prihatin Terhadap Penghantar Makanan
Menyedari hakikat bahawa penghantar makanan juga adalah frontliner yang patut dihargai pengorbanan mereka, pihak McDonald's Malaysia rai penghantar makanan dengan membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurut Azmir Jaafar selaku Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia ;
“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.
Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”
“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.”
Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang, pada 12 Julai 2021, di restoran McDonald’s seluruh negara.
Inisiatif murni pihak McDonald's Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu penghantar makanan untuk menikmati hidangan mereka tatkala bergelut menjalankan tugas mereka bagi memastikan rakyat Malaysia menerima tempahan mereka tepat pada waktunya.
Perkara ini sangat menggembirakan para penghantar makanan. Menurut Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.
“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”
McDonald's Malaysia belanja penghantar makanan bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana McDonald's Malaysia memang terkenal sangat prihatin dan murah hati kerana sering membantu golongan yang memerlukan baik anak-anak yatim, golongan yang terkesan dan frontliner.
Dalam keadaan dunia tenat dilanda wabak pandemik yang meragut banyak nyawa ini, ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang menyakitkan memang memaksa rakyat Malaysia untuk bekerja lebih keras terutama mereka yang mempunyai keluarga.
Inilah yang terjadi kepada Penghantar Makanan McDelivery, Roslina Talhad. Ibu kepada lima anak, ini perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.
“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”
Manakala bagi William Quah pula yang merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun ;
“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”
“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”
Buat pengetahuan, menjadi penghantar makanan sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. Terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan serta terpaksa berhadapan dengan kemungkinan menerima jangkitan virus COVID 19 dek kerana kekerapan bertemu dengan pelbagai golongan. Jadi, dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak McDonald's Malaysia sedikit sebanyak membuatkan diri frontliner ini terasa istimewa dan disayangi.
Diharapkan agar usaha murni pihak McDonald's Malaysia mampu membuka mata ramai pihak sekaligus menjadi teladan untuk terus membantu mereka yang memerlukan serta lebih menghargai penghantar makanan yang telah diiktiraf sebagai frontliner ini.
16 Comments
Alhamdulilah. Rakyat Malaysia memang baik hati sebenarnya. Tahniah Mekdi atas usaha murni sebegini. Pasni boleh pertimbangkan pengambilan plan insurans yang lebih tinggi untuk penghantar makanan gak kot hehe
ReplyDeleteinisiatif yang sangat menghargai para foodpanda , diorang pun forntliner juga berkorban untuk hantar makanan yg customer tempah sampai ke depan pintu rumah
ReplyDeleteYeah, this is a good campaign and program by Mekdi. Front liners really need extra care. Thank you for sharing.
ReplyDeletebagus juga program macam ni, sekurang-kurangnya dapat membantu dan menjaga kebajikan semua riders :)
ReplyDeleteInisisiatif y baik.. mengenangkan kita berada di zaman pandemik ni.. sedikit sebanyak kita memerlukan servis penghantaran makanan.. khidmat mereka sangat dihargai..
ReplyDeleteBagus inisiatif Mekdi kalini, semoga abang/kakak rider penghantar makanan lebih semangat lepas ini. At least mereka rasa dihargai, kalau takde mereka orang Malaysia pasti susah juga nanti.
ReplyDeleteBagus lah! McD selalu ada initiative belanja frontliner and keep them motivated.
ReplyDeleteSokong 100% usaha MCD membantu para rider. Kalau nk ikutkan rider pun frontliner yg bnyk membantu saat kite semua berhadapan dgn covid 19 ni.
ReplyDeleteBagus sangat kempem ni. Memang mcd prihatin dengan keadaan sekeliling dan rider .. good job mcd
ReplyDeletealhamdulillah la kalau syarikat mcm ni hargai pekerja die
ReplyDeleteBagusnya initiative McDonalds ni... good one and encourage more to grab this opportunity to earn at the same time! Betul laku keras kan job ni skrg... kempen ni will make them feel appreciated too!
ReplyDeleteRider yang tidak selalunya dihiraukan diberi sumbangan oleh Mekdi sekarang. This proves on their contribution as a frontliner as well so always respect your riders even though they messed up a bit.
ReplyDeleteMekdi baguskan, tak pernahnya tak membantu, ada je dia pun kebajikan buat mereka yang memerlukan.. tahniah buat mereka yang terlibat.. kita baru je makan medi Spicy tadi hahahaa
ReplyDeleteRajin betul mekdi buat amal kebajikan sepanjang pandemik begini. Semoga terus melakukan inisiatif murni ni. Bila mekdi nak belanja ruby plak kak min?
ReplyDeleteTersenyum gembira abang kakak penghantar makanan tu. Terbaik McD kerana menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka. Terbaikk
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Hargailah jasa dan pengorbanan para rider. Sometime kesian tengok bawa motor waktu tengah hujan lebat, berpanas terik. Dengan adanya inisiatif McD ini mesti dorang rasa seronok sikit! TQ Mekdi!
ReplyDelete