Beli 1 Percuma 1 Sempena Hari Nasi Lemak MB

Nasi Lemak dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Sinonim dengan nama hidangan kebangaan Malaysia, rakyat Malaysia sesungguhnya memang tidak boleh hidup tanpa nasi lemak. Buktinya, cuba sahaja anda bermastautin ke luar negara pastinya anda akan merindui hidangan nasi lemak dan teh tarik sebagai sarapan anda.



Aroma harum yang terbit dari bau nasi yang dimasak sempurna dengan santan kelapa dan pandan, ditambah dengan sambal pedas yang enak, dihiasi pula dengan ikan bilis digoreng rangup serta kacang goreng dan timun serta tidak lupa telur rebus pastinya akan membuka selera sesiapa sahaja. Nasi lemak sememangnya menjadi menu sarapan paling popular dikalangan kita rakyat Malaysia.



Menyedari hakikat itu, Marrybrown telah mengabadikan tarikh 1 Ogos setiap tahun sebagai Hari Nasi Lemak MB. Marrybrown yang kini sudah beroperasi selama 40 tahun ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk memeriahkan jualan atas talian melalui aplikasi Shopee, dengan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB yang disediakan menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1! Jangan tunggu lagi, berkongsilah dengan kawan-kawan, keluarga, dan rakyat Malaysia pada Hari Nasi Lemak MB. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

 

Tarikh: Ahad, 1 Ogos 2021

Masa: Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya

Platform: Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit)

https://shopee.com.my/universal-link/localservice/brands/158923?deep_and_deferred=1&dp_from_source=XX

 





Setiap tahun, 1 Ogos adalah merupakan Simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown, akan tetapi anda juga boleh mendapatkan tawaran menarik di setiap 1 hari bulan di bulan berikutnya. Seperti hidangan Marrybrown yang lain, hidangan Nasi Lemak MB ini juga tidak mengecewakan. Dihidangkan dengan 1 ketul Crispy Chiken, sambal asli Marrybrown, kacang goreng, ikan bilis, papadom dan hirisan timun memang sangat menyelerakan.





Jadi, jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa beli 1 percuma 1 sempena Hari Nasi Lemak MB hanya di Shopee. Untuk maklumat lanjut tentang Hari Nasi Lemak MB atau tawaran dan servis penghantaran Marrybrown, sila kunjungi:

 

Website: https://harinasilemakmb.marrybrown.com/

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my

Post a Comment

2 Comments

  1. adakah saya akan makan nasi lemak MB 1 Ogos ni??hahaha...murah tu bila buy 1 free 1 :)

    ReplyDelete