Safi Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo Dan Leave On Cream Selesaikan Masalah Wanita Berhijab

Berhijab bukanlah alasan untuk abaikan penjagaan mahkota wanita. Rambut yang sihat, bersih dan wangi sepanjang hari sememangnya menjadi idaman tiap wanita agar mahkota wanita yang satu ini menawan walaupun berhijab.



Bercerita tentang soal Hijab, Safi Shayla bukanlah jenama asing khusus buat wanita yag berhijab. Safi Shayla adalah sub jenama penjagaan rambut di bawah SAFI dan adalah syampu pertama yang khas direka dan dirumus untuk pemakai hijab. Dibangunkan sejak 2013, Safi Shayla turut mendapat perakuan dari pihak JAKIM.


Safi Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo Dan Leave On Cream Selesaikan Masalah Wanita Berhijab


Terkini, SAFI memperkenalkan Safi Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo dan Leave On Cream yang mensasarkan golongan wanita moden berhijab yang aktif dan berkeyakinan.




Diformulasikan dengan Teknologi Hydra Seal Baru yang dilengkap dengan gabungan 11 pati minyak yang kaya dengan nutrien agar rambut kekal lembut dan licin dengan wangian tahan lama sehingga 72 jam.


Selain daripada 11 pati minyak untuk rambut, syampu ini juga diperkaya dengan Minyak Habbatus Sauda Organik yang kaya dengan nutrien untuk menyuburkan rambut. 11 pati minyak yang terkandung di dalam Safi Shayla SUPA ialah ;

  • Pati Minyak Bunga Matahari
  • Pati Minyak Argan
  • Pati Minyak Buah Zaitun
  • Pati Minyak Buah Avocado
  • Pati Minyak Kacang Soya
  • Pati Minyak Chamomile
  • Pati Minyak Lavender
  • Pati Minyak Jojoba
  • Pati Minyak Daun Rosemary
  • Pati Minyak Badam
  • Pati Minyak Kacang Macadamia
Kesemua pati minyak tersebut telah terbukti sejak berkurun lama keberkesanannya untuk kecantikan dan ketahanan rambut. Lebih menarik, kini kesemua pati minyak yang sangat bermanfaat itu digabungkan di dalam sebotol syampu.



SUPA Leave On Cream


Tidak hanya syampu, malah Safi turut memperkenalkan SUPA Leave On Cream 120ml yang datang dalam 2 varian iatu ;


1. SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant Leave OnCream

Gabungan 11 Minyak pati yang kaya dengan nutrien yang dengan serta-merta mengubah rambut keriting menjadi lebih cantik beralun,  selembut sutera dan licin semulajadi. Malah harum berpanjangan sehingga 72 jam (berdasarkan ujian makmal).


2. SAFI SHAYLA Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream

Gabungan 11 Minyak pati yang kaya dengan nutrien yang menguatkan rambut yang rapuh,  menjadikan rambut selembut sutera dan licin semulajadi. Malah harum berpanjangan sehingga 72 jam (berdasarkan ujian makmal).

Hanya perlu digunakan tanpa perlu dibilas. Pemakaian secara teratur pasti akan membuatkan rambut anda mempesonakan.




Peraduan Whatsapp & Menang Vespa Safi Shayla SUPA


Ini pula adalah berita baik buat peminat Safi Shayla. Safi Syahla akan memberikan sebuah SUPA Pink Vespa yang bernilai RM17,000 sebagai Hadiah Utama dan hadiah wang tunai mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna bertuah mereka yang menyertai peraduan Whatsapp & Menang Vespa di seluruh negara bermula 1 Julai sehingga 31 Julai 2021 dengan pembeliam minimum RM15 untuk sebarang produk Safi Shayla SUPA.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan serta produk, anda boleh ke laman sosial ;

Instagram : SafiMalaysia

SUPA Lembut, SUPA Wangi, SUPA Ringan

Post a Comment

1 Comments