Ringkasan SOP PKP MKN 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021

Berikutan pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuatkuasa bermula hari ini iaitu 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021, masih ramai yang keliru tentang SOP PKP pada kali ini. Berikut adalah ringkasan SOP untuk rujukan anda ;





Tidak Dibenarkan


1. Kawalan Pergerakan

  • Merentas negeri dan daerah
  • Pasangan jarak jauh
  • Pelawat perniagaan jangka pendek *Kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa*
  • Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak *Kecuali ibu bapa yang kedua-duanya bekerja di dalam perkhidmatan yang dibenarkan oleh kerajaan mengikut kapasiti kenderaan*

2. Pendidikan 

  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah selain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pusat tahfiz dan isntitusi-institusi pendidikan lain.
  • Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar di bawah KPM
  • Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) *Kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan.

3. Perniagaan dan Perkhidmatan


  • Dine-in dan perkhidmatan park & dine
  • Pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu
  • Operasi kafe siber dan pusat siber
  • Aktiviti fotografi
  • Agendi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino
  • Operasi spa, refleksologi, pusat urut
  • Wellness dan salun kecantikan
  • Perkhidmatan pedicure dan manicure
  • Kedai gunting rambut
  • Kedai perabot
  • Pusat cuci kenderaan
  • Kedai barang kemas
  • Kedai buku dan alat tulis
  • Kedai aksesori kenderaan
  • Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
  • Kedai alat maianan
  • Kedai peralatan sukan
  • Kedai bunga/nurseri

4. Operasi Perkhidmatan Swasta

  • Sektor Swasta *Tidak dibenarkan bagi sektor swasta yang tidak disenaraikan dalam perkhidmatan perlu*

5. Mesyuarat

  • Mesyuarat bersemuka 

6. Sektor Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi

  • Aktiviti memancing *Kecuali bagi tujuan sara hidup*

7. Taska, Tabika dan Tadika

  • Taska, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda kanak-kanak besuia 4 hingga 6 tahun  *Kecuali hanya untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan petugas barisan hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu*

8. Sukan dan Riadah

  • Program latihan berpusat termasuk kejohanan atau pertandingan tertutup secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) *Kecuali dengan menggunakan konsep Camp Based Training*
  • Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL)*Kecuali dengan menggunakan konsep Camp Based Training*
  • Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi
  • Penganjuran kejohanan atau pertandingan atau perlawanan tempatan dan antarabangsa.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa

9. Industri Kreatif

  • Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik *Kecuali bual bicara dan live streaming secara individu*
  • Penyiaran secara rakaman atau secara langsung*Kecuali program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti berita, forum dan bual bicara*
  • Pawagam dan pawagam pandu masuk
  • Persembahan di lounge hotel
  • Aktiviti indoor atau outdoor busking

10. Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan Ceramah

  • Latihan dalam perkhidmatan*Kecuali dengan menggunakan konsep Camp Based Training*
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, pameran, ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka
  • Institut latihan memandu dan pusat latihan maritim
  • Pusat Latihan Penerbangan

11. Aktiviti Hiburan

  • Aktiviti di kelab malam atau pub
  • Aktiviti di panggung wayang

12. Majlis Sosial

  • Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial
  • Menerima tetamu atau pelawat di kediaman kecuali kes-kes kecemasan dan perkhidmatan penghantaran (delivery)

13. Aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan

  • Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain
  • Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga
  • Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing.

Post a Comment

0 Comments