Resipi Apam Nasi Sukatan Cawan

by - Tuesday, June 08, 2021

Secara jujur aku tak pernah pun masak apam. Jadi baru-baru ni bila di group whatsapp ada kongsi resipi apam nasi dan aku tengok resipinya pun mudah jadi tak buang masa terus aku cuba. 

Jom aku kongsikan resipinya di entry kali ini.






Resipi Apam Nasi Sukatan Cawan


Bahan-bahannya ;


1. 1 cawan nasi sejuk
2. 1 cawan tepung beras
3. 1 cawan tepung gandum
4. 1 cawan gula
5. 1 cawan air
6. 1 sudu besar yis/mauripan


Cara-cara Memasak ;


1. Satukan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus dan sebati.
2. Perap selama 3-4 jam.
3. Kukus dalam cawan yang disapu sedikit minyak selama 15-20 minit.


Secara jujur, aku suka apam yang lembut yang merekah apabila dimasak. Namun resipi yang aku cuba ni agak sedikit mengecewakan kerana apam seperti terbantat. Jadi, bagi mereka yang suka apam lembut merekah mungkin ini bukan resipi yang sesuai buat anda.

Namun ada setengah yang sukakan apam sebegini, jadi mereka yang suka apam ala-ala zaman berada di kampung..makan apam dengan kelapa parut sambil menghirup kopi o panas di tengah laman rumah atau di bendang sawah mungkin ini resipi yang sesuai buat anda.

Apa pun selamat mencuba. Aku juga ada sediakan video bagaimana untuk membuat apam nasi mengikut resipi ini. Selamat menonton dan selamat mencuba.






Artikel berkaitan

5 comments

  1. Sedapnyaaaa...akak suka..nak buat la nanti...nampak macam senang je kan...

    ReplyDelete
  2. akak teringin nak buat dh lama duk survey nk buat.. thnaks for sharing

    ReplyDelete
  3. Dah lamanyer tak makan apam nasi

    ReplyDelete