Berbelanja di atas talian bukanlah sesuatu yang asing disaat ini. Malah berbelanja di atas talian sudah menjadi trend terkini terutama apabila dunia mula dilanda pandemik Covid-19.

Tidak mahu ketinggalan, Kleenso sebuah jenama rangkaian produk penjagaan rumah turut melancarkan platform membeli belah secara atas talian. Jika anda pembaca setia blog aku pasti anda perasan yang aku memang pengguna setia produk Kleenso. Aku suka sebab rangkaian produknya memang sesuai untuk kegunaan seisi rumah.




Produk Kleenso sangat meluas, tidak hanya terbatas pada produk penjagaan rumah seperti pencuci lantai dan sebagainya malah produk-produk Kleenso terbahagi kepada ;

  • Home Series
  • Eco Pest Series
  • Car Care
  • Health Hygiene
  • Disposable Ware




Mudahnya Berbelanja di kleenso.my


Jika dahulu nak dapatkan produk-produk keluaran Kleenso ini aku terpaksa pergi ke kedai yang menjual barangannya, tapi kini tidak lagi!

Untuk dapatkan rangkai produk kleenso kini aku hanya perlu ke laman web https://kleenso.esyshop.co/ dan hanya perlu berbelanja secara atas talian dan dapatkan kembali pulangan wang tunai sehingga 15%. 


Bagi mereka yang pertama kali menggunakan website ini, anda hanya perlu ke laman web mereka dan daftar sebagai pengguna. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu klik pada 'registration' dan paparan seperti gambar yang dilampirkan di bawah ini akan keluar. 

Anda hanya perlu masukkan nama anda, alamat e-mail, nombor telefon dan password dan kemudian anda sudah sedia untuk membeli belah segala peralatan penjagaan rumah keluaran Kleenso.








Pengalaman Aku Berbelanja di kleenso.my


Seperti yang anda sedia maklum, kebanyakan produk penjagaan rumah yang aku gunakan ialah produk-produk keluaran Kleenso. Jadi, apabila mendapat tahu yang kini Kleenso telahpun melancarkan platform pembelian secara atas talian maka tanpa membuang masa aku terus mendapatkan segala produk yang aku inginkan. Kebetulan pula memang banyak produk penjagaan rumah yang mula kehabisan di rumah ini.

haha..nampak tak muka sis happy terima sekotak penuh barang dari kleenso.my


Hanya perlu login dan pastikan anda ingat nombor telefon yang anda daftarkan beserta passwordnya sekali.




Akhirnya dah boleh membeli belah di kleenso.my. Menariknya kerana terdapat beberapa tawaran istimewa antaranya ;

Plastik sampah Bio-D hanya dijual pada harga RM28.80 berbanding harga biasa RM43.20 iaitu terdapat sebanyak 30% diskaun yang telah ditawarkan. Buat pengetahuan aku sangat suka guna plastik sampah jenis ini kerana plastiknya yang tebal dan selamat pada alam sekitar.



Sis borong banyak ye wakaka..

Tapi apa yang lebih menarik dari itu ialah untuk setiap pembelian aku terima kembali pulangan wang tunai sebanyak 15%. Jadi memang la seronok aku membeli belah barangan keperluan rumah aku di laman web ini. Tengok je la bill kat bawah ni..hahaha..






Oh ye! Tapi pulangan wang tunai tak dapat serta merta tau! Anda akan dapat tengok pulangan wang tunai akan muncul di dashboard hanya selepas 2 hari dari tarikh pembelian.



Penghantaran pula memang cepat. Walaupun tak la sepantas kilat namun dalam 2 hari dari tarikh pembelian barangan dah selamat sampai ke depan pintu rumah. Mudahkan?! Dah la senang, ada tawaran diskaun, pulangan wang tunai dan jimat masa pula tu.


Jika anda berminat untuk mendaftar dan dapatkan pulangan wang tunai macam aku, anda bolehlah mendaftar di ;

https://kleenso.esyshop.co/referral/MY95949558