Ecolite Boostick Untuk Kesihatan Menyeluruh

Bercerita tentang kecantikan memang seakan satu kepuasan bagi aku. Untuk kekal cantik berseri kita memerlukan supplement dalaman kerana kulit yang sihat datangnya dari dalaman yang sihat. Sebab itu aku biasanya lebih mementingkan pengambilan makanan tambahan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan kekal remaja.



Namun tak semua supplement sedap ditelan. Ada sesetengah supplemen walaupun bagus untuk kulit namun punya rasa dan bau yang kurang enak. Ini berlainan dengan Ecolite Boostick yang bukan sahaja enak dimakan malah mudah dibawa kemana-kemana.




Ecolite Boostick Untuk Kesihatan Menyeluruh


Datang dalam bentuk stick (sachet) yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana malah boleh diselit di dalam tas tangan, Ecolite Boostick datang dalam 3 jenis untuk 3 fungsi berlainan iaitu ;

  • Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum | Ecolite Boostik Pati Pekat Koji dan Kekwa
Boostick Concentrared Wolfberry + Chrysanthemum ini diperkaya dengan pelbagai nutrient penting seperti Lutein, Anthocyanin, Vitamin A, B1, B2, C, karotin, kalsium dan iron untuk mata yang sihat. Kandungan nutrient ini mampu mengelakkan mata dari letih, mengelakkan mata dari kering  dan memperbaiki penglihatan.




Ia juga berfungsi untuk mencegah katarak, miopia dan presbiopia, mencegah kerosakan cahaya biru, anti-pengoksidaan.

Ianya sangat direkomendasi buat mereka yang terlalu lama menghadap laptop atau telefon dan juga mereka sering mengalami keletihan mata.




  • Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm | Ecolite Boostik Pati Pekat Buah Kurma Merah dan Kurma
Umum mengetahui bahawa terlalu banyak khasiat dan kebaikan kurma merah  dan kurma untuk kecantikan. Justeru itu Ecolite telah mengeluarkan Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm khas buat mereka yang mementingkan kecantikan dan kesihatan.





Ecolite Boostik Pati Pekat Buah Kurma Merah dan Kurma ini dihasilkan daripada buah kurma merah dan kurma arab yang semulajadi dengan menggunakan teknologi terkini dan resipi tradisional. Ia sesuai untuk semua golongan terutama bagi mereka yang sentiasa berasa pucat serta sejuk kaki dan tangan. 




Diperkaya dengan karotin, Vitamin A & C serta Iron, Ecolite Boostik Pati Pekat Buah Kurma Merah dan Kurma ini berfungsi untuk menyuburkan daya hidup dan peredaran darah, meningkatkan fungsi hematopoietik, menyuburkan kulit dan rambut, melegakan sembelit.

Ia juga bertindak bagi mencegah anemia, tangan dan kaki yang sejuk disebabkan oleh kekurangan daya hidup dan darah, mencegah pengumpulan toksin yang disebabkan oleh sembelit.

Produk ini sangat disarankan buat mereka yang sering mengalami tangan dan kaki yang sejuk, peredaran darah yang lemah, atau untuk pemeliharaan selepas haid.


  • Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest | Ecolite Boostik Pati Pekat Buah Pir Dengan Sarang Burung
Sarang burung antara bahan yang sangat berkhasiat. Sarang burung telah digunakan sejak berkurun lama dalam bidang perubatan kuno untuk kesihatan dan kecantikan. Antara khasiat sarang burung yang wajib anda ketahui ialah :


  • Zat kolagen yang terkandung dalam sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
  • Satu daripada 4 kandungan karbohidrat utama terdapat dalam sarang burung walit ialah Asid Sialik, iaitu terdapat dalam susu badan manusia dalam kepekatan yang tinggi dan merangsang penghasilan susu badan ibu.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Menghilangkan batuk dan kahak
  • Pengambilan sarang burung ketika hamil dapat mengurangkan rasa sakit pada punggung, menguatkan paru-paru bayi dalam kandungan dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas melahirkan.
  • Meningkatkan daya metabolisme dan memperlahankan proses penuaan
  • Pengambilan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  • Untuk perokok, pengambilan sarang burung secara teratur dapat mengurangkan kesan yang dihasilkan oleh nikotin dan sekaligus membantu untuk mengurangi risiko barah.



Ecolite Boostik Pati Pekat Buah Pir Dengan Sarang Burung dihasilkan daripada sarang burung tulen dan buah pir segar menggunakan teknologi terkini dan resipi tradisional. Ia sesuai untuk semua golongan terutamanya bagi mereka yang selalu bekerja hingga lewat malam. 

Kandungan air, serat dan nutrien yang tinggi yang terdapat pada pir Cina, digabungkan dengan faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang unik dan asid sialik sarang burung, mendorong pembaharuan sel kulit dan memberi khasiat tambahan.



Dengan pelbagai kebaikan yang terkandung di dalam Ecolite Boostik Pati Pekat Buah Pir Dengan Sarang Burung ini, ia berfungsi untuk menyuburkan & mencantikkan kulit, menyuburkan trakea dan paru-paru, memperbaiki sistem pencernaan.


Ia juga mencegah  tekak kering, bibir sumbing, kulit kering, atau sembelit yang disebabkan oleh panas kering. Sangat disarankan buat mereka yang tidur lewat, perokok, serta  mereka yang ingin meningkatkan, melembapkan dan mencantikkan kulit mereka.


Bagaimana Cara Mengkonsumsi Produk Ini dan bagaimana Untuk Mendapatkan Produk Ini?


Setiap produk Ecolite Boostick ini didatangkan dengan 12g x 10 sachet pada setiap kotak dan mempunyai zip lock bag bagi memudahkan pengguna untuk membawa bersama produk ini kemana-mana. 




Hanya perlu mengambil 2 sachet sehari sudah mencukupi bagi keperluan badan anda. Boleh dimakan secara terus dari sachet atau bancuh dengan air suam.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini pada harga RM38.80 dan anda boleh mendapatkan produk Ecolite Boostick ini di Guardian , Big Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy. Untuk maklumat lanjut mengenai Ecolite Boostick boleh layari ;


Website : https://www.ecolite.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/ecolitemalaysiapage/

Instagram : https://www.instagram.com/ecolite_malaysia/




Post a Comment

0 Comments