Tidak seperti zaman dahulu, kini pengguna mula mengkaji setiap kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk penjagaan kulit dan ini menyebabkan pengeluar produk penjagaan kulit semakin teliti dalam memilih bahan untuk produk mereka.
Ramai antara kita mula sedar tentang kepentingan ilmu dalam penjagaan kulit dan bagaimana untuk mengelakkan dari skin barrier menjadi rosak.
Ketahui Apa Itu 'Skin Barrier'
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, suka untuk aku kongsikan tentang skin barrier. Skin barrier atau dikenali sebagai acid mantle/moisture barrier/lipid barrier merupakan lapisan permukaan kulit yang bertanggungjawab melindungi kulit dari kehilangan kelembapan, bakteria dan pengaruh persekitaran luar seperti cuaca dan pencemaran
Apa Puncanya Skin Barrier jadi Bermasalah?
1) Faktor Umur
Makin umur meningkat, skin barrier kita akan beransur lemah.
2) Over-Exfoliation
Guna Scrub yg terlalu kasar atau chemical exfolaint/clay mask secara berlebihan.
3) Cuci Muka Berlebihan
Mencuci muka terlalu kerap. Mencuci muka adalah disarankan maksima 2 kali sehari (cuci menggunakan pencuci muka). Mencuci muka terlalu kerap akan menyebabkan hilang minyak asas pada kulit wajah.
4) Guna Produk yang Mengandungi Harsh Ingredients
Menggunakan produk yang tinggi peratusan alkohol & SLS/SLES
5) Tidak menggunakan sunscreen
Terdedah dengan cahaya UV tanpa menggunakan sunscreen sebagai pelindung.
6) Pencemaran dan terdedah pada persekitaran
Habuk/Asap/Debu (Free Radicals) dan perubahan cuaca atau suhu yang terlampau panas/sejuk juga boleh memberi kesan kepada skin barrier.
Kesilapan Dalam Langkah Penjagaan Kulit Harian
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita di dunia ialah tidak melakukan exfoliation pada kulit dan kesalahan yang paling besar adalah tidak memakai sunscreen.
Ini adalah kesalahan paling besar yang dilakukan oleh kebanyakan wanita. Meninggalkan pemakaian sunscreen hanya akan mempercepatkan penuaan kulit anda.
Sunscreen wajib dipakai walaupun ketika anda berada di rumah atau walaupun ketika hari hujan dan mendung.
Pemakaian sunscreen pada setiap hari mampu melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya sekaligus mengelakkan risiko terkena kanser kulit.
Sunscreen hendaklah dipakai dalam rutin penjagaan kulit di siang hari. Cara pemakaian yang betul mengikut pakar dermatalogist adalah sebanyak 2 jari penuh dan hendaklah sentiasa disapu semula (reapply) setiap 2 jam sekali.
New.bie Skincare Produk Penjagaan Kulit Yang Selamat Tanpa Bahan Terlarang
Memahami betapa ramai antara kita yang sering melakukan kesilapan dalam melakukan rutin penjagaan kulit seharian, The New.bie Skincare tampil dengan memperkenalkan 2 produk penjagaan kulit yang selamat tanpa bahan terlarang malah bahan-bahan yang terkandung didalam produk mereka sememangnya disokong oleh sains.
Dilancarkan sejak Ogos 2020, The New.bie Skincare memperkenalkan ;
1. New.bie Hydrating Glow Essence
Umum mengetahui bahawa terdapat 3 jenis exfoliate iaitu ;
- Physical exfoliate
- Enzymatic exfoliate
- Chemical exfoliate (menggunakan AHA dan BHA)
New.bie Hydrating Glow Essence merupakan jenis yang ketiga iaitu chemical exfoliate yang mengandungi 3 jenis AHA iaitu Glycolic acid, Lactic acid, Citric Acid yang sememangnya disokong oleh sains.
Oleh kerana hydrating glow essence ini bersifat untuk membuang segala kulit mati dan mengandungi AHA, maka pemakaian yang disarankan hanya 2-3 kali seminggu dan masa yang terbaik dipakai ketika malam.
Cara pemakaiannya pula sangat mudah iaitu sama ada tuang ke atas kapas dan sapukan keseluruh muka atau tuangkan ke atas tapak tangan dan sapukan keseluruh muka. Di datangkan dalam bentuk cecair, New.bie Hydrating Glow Essence sangat lembut pada kulit wajah kerana pHnya hanya 4-5.5
Penggunaan secara teratur mampu membuang kulit mati secara lembut dan akan meninggalkan kesan berikut :
- Hyperpigmentation semakin pudar
- Parut jerawat semakin pudar
- Meratakan kulit yang tidak sekata
- Memudarkan garis halus
- Mengecilkan liang pori
- Menghaluskan kulit
- Kulit akan tampil lebih cerah
2. New.bie Hydrating Everyday Sunshield
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, kombinasi, sensitif dan melasma, New.bie Hydarating Everyday Sunshield adalah sunscreen pilihan anda! Bukan hanya mempunyai pelindung Uv SPF 50/PA++++ malah New.bie Hydarating Everyday Sunshield turut mengandungi 8% calamine (zinc oxide + iron oxide).
Umum mengetahui bahawa calamine bersifat menenangkan kulit serta anti radang yang sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat.
Pengunaan yang teratur dan berterusan bukan hanya mampu melindungi kulit anda dari masalah penuaan malah kulit akan tampil lebih sihat dan bercahaya.
Didatangkan dalam 2 size yang berbeza iaitu 15ml dan 50ml, New.bie Hydarating Everyday Sunshield dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM29 (WM), RM32 (EM) untuk yang bersize 15ml dan RM69 (WM), RM72 (EM) untuk size 50ml.
Pendapat Peribadi Aku Mengenai New.bie Skincare
Secara jujur mempunyai pengalaman ngeri dengan produk kecantikan tempatan, aku sedikit ragu ketika diperkenalkan dengan rangkaian produk New.bie Skincare ini.
Namun setelah diteliti bahan-bahan yang terkandung di dalam produk ini, hati sedikit lega dan mula terbuka untuk mencuba. Datang dalam packaging yang ada aku simple, ternyata produk ini berjaya menambat hati aku pada percubaan pertama.
New.bie Hydrating Glow Essence misalnya, cecairnya tidak pekat dan terus meresap ke dalam kulit ketika dipakai (aku gunakan kaedah letak diatas tapak tangan dan tepuk-tepuk ke seluruh muka).
Manakala New.bie Hydarating Everyday Sunshield pula tidak seperti kebanyakan sunsreen lain yang teksturnya yang agak berat dan berminyak, New.bie Hydarating Everyday Sunshield berjaya membuat aku jatuh cinta kerana tekturnya yang ringan dan langsung tidak berminyak pada kulit.
Sangat sesuai untuk aku yang mempunyai kulit jenis berminyak! Walau selepas 1 jam pemakaian ianya langsung tidak membuatkan kulit aku berminyak dan juga tidak mengeringkan kulit. Malah kulit terasa sentiasa lembap.
Dan yang paling penting ianya tidak memutihkan kulit wajah ketika disapukan ke muka seperti kebanyakan sunscreen yang ada dipasaran.
Secara keseluruhannya aku sangat sukakan New.bie Hydrating Glow Essence dan New.bie Hydarating Everyday Sunshield ini. Repeat beli setelah habis? Pasti !!
Untuk maklumat lanjut mengenai New.bie Skincare, anda boleh layari ;
0 Comments