Varian Baharu Covid-19 Dijangka Meningkatkan Angka Kematian Pada Tahun 2021

by - Saturday, December 26, 2020

Saat kita masih berjuang dalam mengekang penularan wabak Covid-19, dunia kini dikejutkan dengan berita kemunculan varian baru Covid-19 di Britain sehingga mereka mengisytiharkan tiada sambutan Krismas kerana varian baharu tersebut.


Dijangka Akan Meningkatkan Angka Kematian Pada Tahun Depan

Berdasarkan unjuran yang dibuat oleh sebuah pusat kajian di London School of Hygiene and Tropical Medicine, varian Covid-19 yang sudah bermutasi dan menular di Britain adalah 70 peratus lebih mudah berjangkit berbanding dengan varian asal virus tersebut.

Menurut laporan, varian baharu itu menular dengan cepat di tenggara England dan dijangka akan meningkatkan jumlah individu yang dimasukkan ke hospital dan angka kematian pada tahun hadapan.

Penyelidik menjangkakan angka kematian pada tahun 2021 akan meningkat berbanding tahun 2020. Mereka juga turut memberi amaran bahawa sekatan pergerakan tidak akan membantu mengekang penularan varian baharu itu tanpa pentupan sekolah dan universiti.


Disebabkan varian baharuan yang berkembang dengan cepat ini, kebanyakan negara di dunia mula menyekat kemasukan penerbangan dari United Kingdom. 


Kenyataan Menteri Kesihatan Mengenai Varian Baharu Covid-19

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai varian baharu Covid-19 ;

VUI 202012/01 mutasi baru dari UK;

- Pada saat ini, kami diberitahu tentang kemunculan varian baru SARs-CoV-2 VUI-202012/01 (Varian Under Investigation, tahun 2020, bulan 12, varian 01) di mana mereka telah melihat peningkatan 70% kadar penghantaran dan peningkatan kes tiga kali ganda dalam tempoh pemberitahuan 14 hari.

- Varian baru mempunyai mutasi baru dalam protein lonjakan, termasuk perubahan asid amino dan penghapusan 3 asid amino.

- Pada masa ini SARs-CoV-2 VUI 202012-01 tidak dijumpai di Malaysia. IMR akan terus melakukan penjujukan keseluruhan genom untuk memantau varian ini dan juga varian lain 

Gambar menunjukkan keadaan varian di Malaysia

Keadaan Semasa di Malaysia

Bagi pandangan peribadi aku, keadaan semasa di Malaysia agak membimbangkan kerana kes baharu yang dicatat setiap hari melebihi 4 angka. Misalnya angka jangkitan Covid-19 baru 25 Disember 2020 mencecah sehingga 1,247 kes manakala jumlah kematian meningkat sehingga 449 kes. Angka keseluruhan pula sudah menjangkau sehingga 101,565 kes sejak virus ini mula dikesan di Malaysia.

 



Kluster Baharu Yang Dikenal Pasti Pada 25 Disember 2020

Mengikut laporan KKM, terdapat 4 kluster baharu telah dikenal pasti sejak 25 Disember 2020 iaitu ;


KLUSTER  CASSIA DIAMOND

Kluster ini melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-99203) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 

KLUSTER POMPOD

Kluster ini melibatkan daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82544) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 

KLUSTER TAPAK BINA KIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 372 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 

KLUSTER  TAPAK BINA PERKASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 25 Disember 2020, sejumlah 451 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Apa pun keadaan yang sedang melanda sekarang, kita disarankan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ingat! Sentiasa memakai pelitup muka, membasuh tangan dengan kerap dan sentiasa membawa sanitizer walau ke mana.







Artikel berkaitan

3 comments

  1. Naizubillah, ramalan manusia kdg tidak tepat juga...mengharapkan 2021, kehidupan lebih baik..

    ReplyDelete
  2. Scary la kak sebab mcm xde menunjukkan kes membaik. Lepas tuh skg dah ada kluster baru. Dengan kes dekat uk lg. Hmm. Semoga kita semua dilindungi

    ReplyDelete
  3. Tak tau nak ckp apa. Harap dijauhkan dr penyakit ni.

    ReplyDelete