Narsistik : Kenali Ciri-Ciri Dan Tanda-Tandanya

Kebelakangan ini ramai yang mula cakna tentang Narsistik Disorder. Tambahan lagi bila ada sebuah artikel dikeluarkan yang mengaitkan seorang artis ternama tanah air dengan penyakit ini. Namun tahukah anda apakah itu Narsistik?

Definisi Narsisisme

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) narcissism atau narsisisme bermakna perihal atau keadaan yang terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. Narsistik secara umumnya merupakan keadaan minda yang membuatkan seseorang individu berasa bahawa kewujudan mereka adalah lebih penting dan berharga berbanding orang lain.


Adakah Narsistik Ini Normal?

Tidak! Narsistik adalah tidak normal dan dikategorikan didalam salah satu penyakit yang perlu dirujuk kepada pakar psikologi. Namun begitu, kecelaruan personaliti Narsistik ini hanya terjadi kepada 1-2% sahaja pada populasi dunia. Dan menurut kajian kaum lelaki lebih cenderung untuk memiliki penyakit ini. Harus diingatkan bahawa Narsistik tidak boleh 'self-claimed' ia mestilah di diagnose oleh pakar!



Apakah Personaliti Narsistik?

Berikut adalah personaliti Narsistik yang tertulis di dalam Manual Diagnostik dan Statistik edisi kelima Persatuan Psikatrik Amerika (juga boleh rujuk di laman web Public Health Malaysia)

  • Mempunyai perasaan diri penting. Pencapaian, bakat diharapkan dapat diiktiraf sebagai unggul tanpa pencapaian yang setimpal.
  • Percaya bahawa dia istimewa dan unik dan hanya boleh bergaul dengan orang istimewa dan setaraf.
  • Tingkahlaku yang sombong dan angkuh
  • Keseronokan untuk selalu dipuja dan dipuji selalu.
  • Dibelenggu kejayaan, kecemerlangan, keindahan dan hubungan cinta yang ideal.
  • Mempunyai rasa kelayakan iaitu mahukan layanan dan pematuhan yang berlebihan.
  • Kurang rasa empati, tidak mengenali dan peduli perasaan dan keperluan orang lain.
  • Percaya orang lain iri hati kepadanya.


Jenis Narsisisme


Terdapat 2 kategori atau jenis Narsistik iaitu ;

1. Grandiose Narcissism


Grandiose Narcissism mempunyai tanda-tanda klasik yang dikaitkan dengan narsisisme. Ini termasuklah sikap extrovert, terdesak mahukan perhatian dan kecenderungan untuk menjadi dominan dalam apa jenis perhubungan. Seseorang yang mengalami Grandiose Narcissism lebih cenderung untuk memilih kerjaya yang mempunyai kuasa dan perhatian seperti ahli politik dan selebriti.



2. Vulnerable Narcissism


Berbeza dengan Grandiose Narcissism, mereka yang menghidap Vulnerable Narcissism cenderung untuk tidak banyak bercakap dan pendiam namun mereka sejenis yang mudah terhina jika ada pihak membangkang pandangan mereka dan akn bertindak dalam diam. Dari segi perhubungan pula, mereka yang menghidap Vulnerable Narcissism sukar untuk bertahan dalam perhubungan yang sihat kerana mereka sentiasa mencari kesempurnaan daripada pasangan mereka.




Kedua-dua jenis narsisime ini ternyata mempunyai kesan yang negatif dalam kehidupan. Mereka yang mempunyai gejala Grandiose Narcissism cenderung untuk membuat keputusan yang lebih berisiko dan merbahaya dan kurang rasa belas kasihan terhadap orang lain.

Manakala mereka yang mempunyai Vulnerable Narcissism pula kebiasaannya tidak setia dalam perhubungan kerana mereka sering mencari kesempurnaan dan merasakan mereka berhak untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik.


Narsistik Dalam Konteks Islam


Jika dilihat dari sudut agama Narsistik adalah sifat mazmumah yang terlahir dari hati yang tidak sihat iaitu ujub dan takbur. Ianya merupakan suatu sifat yang tidak boleh dikembangkan kerana ianya adalah sifat iblis .

Ingat tak tentang kisah iblis yang enggan tunduk sujud kepada Nabi Adam A.S kerana merasakan dirinya lebih baik dari Adam yang diperbuat dari tanah sedangkan ianya diperbuat dari api? Begitulah analoginya. 

Riak tergolong dalam syirik kecil kerana ia cenderung berbuat sesuatu bukan kerana Allah malah kerana ingin mendapatkan pengiktirafan dari manusia. Di dalam Surat Luqman (31) ayat 18,  Allah subhanahu wa ta’ala berfirman ;

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Manakala ujub dalam konteks ini narsis, mengurangkan rasa berempati karena terlalu fokus pada diri sendiri. Orang-orang narsis termasuk kepada mereka yang memalingkan muka dari manusia. Maka dari itu, ayat ini menjadi peringatan bagi orang narsis ;

 

Ayat ini diperkuat dengan hadits riwayatAth Thabrani yang berbunyi:

 

ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ

 

“Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan, 1) tamak lagi kikir, 2) mengikuti hawa nafsu (yang mengajak kejelekan), dan 3) ujub (takjub pada diri sendiri).”

 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua. Dengan menulis artikel ini aku juga dapat bermuhasabah diri agar terhindar dari Narsistik Personaliti Disorder (NPD) yang ternyata bukan sahaja tidak baik dari segi psikologi malah buruk di sisi agama. 

Post a Comment

16 Comments

  1. tak pernah dengar lagi nampak penyakit ni..tapi memang tahu ada je orang jenis macam ni.

    ReplyDelete
  2. Thank you sharing this info. Benda-benda psikologi ni kengkadang kita tak sedar, jumpa lah yang pakar ☺️

    ReplyDelete
  3. tau pasal narsistik tapi taktau pulak ada jenis2. artikel bagus. banyak info. tapi kannn isu narsistik lani ramai orang bincangkan sebab isu viral tu kan kak min? hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this good information Kak Min.. If recently tak keluar word ni memang tak tahu pun kewujudan penyakit ni... Good to know..

    ReplyDelete
  5. Minta dijauhkan kita dari riak mahupun mengidap penyakit ini kan Kak Min. Kalau Rawlins riak, mohon Kak Min sound setepek tau hahaha

    ReplyDelete
  6. Baru tahu ada disorder macam ni di dunia..dan ramai yang menghidapnya. Apa-apa pun kita kena positif bila ada yang mengalami penyakit macam ni. Doakan mereka yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg menarik. Saya tau tentang narcissism tapi tak tau jenis2 nya. Presiden US yg ke 45 tu mmg contoh tepat org yg narcissistic.

    ReplyDelete
  8. wah terbaiklah kak min, mengikut peredaran topik semasa. sebelum ni saya pun tak tahu jugak apa majsud narsistik tu. :)

    ReplyDelete
  9. thank you for sharing about this disorder. first time dengar pun sebab yang viral kait dengan sorang artis tu huhu

    ReplyDelete
  10. sebenarnya ramai org yang ada simpton ni..samada kecil atau besar, sedar ataupun tidak...

    ReplyDelete
  11. Ohh Ya Allah doa moga aku jauh daripada Narsistik ni hehehe takut juga baca yer terlebih confident dan tidak perduli pada orang sekeliling mereka hehehehe bagus kita baca sini baru tahu tentang penyakit ni terima kasih awak berkongsi ilmu berguna ini..

    ReplyDelete
  12. Kewujudan saya pn penting juga. Awak tak penting. Eh hahaa

    ReplyDelete
  13. wow, just found out that there are actually so many different types of narcissism. a very interesting read indeed

    ReplyDelete
  14. nice sharing kak min. baru tahu jugak term ni. hehe. semoga Allah perlihara kita dari ujub dengan diri sendiri

    ReplyDelete
  15. Kadang kalau perasan, bukan sbb penyakit, tapi ramai antara kita bersikap ujub gini kan.. lagi plak tanpa sedar.. moga dijauhkan kepada kita dari penyakit ini.. takut dalam diam orang menyampah dan menjauhkan diri kann..

    ReplyDelete
  16. Moga dijauhkan dr symptom n miliki sifat2 seperti ini.. bagus bila ada kawan yang leh tegur menegur sbb kadang2 kita tak perasan khilaf yg kita lakukan.. terima kasih atas perkongsian yg bermakna ini

    ReplyDelete