Bahaya Kekurangan Kalsium Dalam Badan

by - Sunday, December 27, 2020

Seringkali kita dicanangkan tentang keperluan kasium dalam tubuh. Tapi adakah kita benar-benar faham tentang kepentingan kalsium atau kita biarkan apa yang dicanang itu berlalu pergi? 




Untuk artikel kali ini aku ingin berkongsi  tentang kepentingan kalsium untuk kesihatan.

Tahukah anda yang kalsium penting untuk :

  • Kesihatan tulang dan gigi
  • Mencegah osteoporosis (tulang reput)
  • Membantu pengecutan otot jantung
  • Penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah
  • Melegakan pedih ulu hati
  • Membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Sebenarnya sebahagian besar kalsium dalam badan kita ialah terkandung di tulang dan gigi. Sebab tu selalu doktor tekankan tentang tulang dan gigi yang cepat mereput sekiranya kita kekurangan kalsium dalam badan. Masa muda mungkin tak rasa sangat tapi bila usia makin meningkat kita akan mula merasai akibat kekurangan kalsium tu.

Sebahagian kecil kalsium pula terdapat dalam aliran darah yang membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme.

Tahukah anda yang kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah yang membolehkan ia menjalankan tugasnya? Jika paras kalsium dalam darah tak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang dan keadaan ini sebenarnya sangat bahaya kerana jika ia berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis.



Berikut adalah antara kepentingan kalsium dalam badan :


  • Menguatkan tulang - kalsium membantu menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporsis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet, badan akan cenderung melepaskan hormon paratiroid yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah untuk mengimbanginya. Dari segi lain hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya yang sekali lagi boleh membuat kita gemuk.
  • Melindungi otot jantung - kalsium melindungi otot jantung kita. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem pisaraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic
  • Mengelakkan kanser kolon
  • Mengurangkan gejala-gejala pra-haid
  • Mencegah batu karang
  • Mengekalkan gigi dan gusi yang kuat
(kredit kepada juraidahrahman.blogspot.com)


Antara golongan yang berisiko mengalami masalah kekurangan kalsium ialah:


  • Wanita yang sudah putus haid

Wanita yang sudah putus haid mengalami risiko kekurangan kalsium kerana kekurangan hormon estrogen yang berperanan dalam penyerapan kalsium.

 

  • Wanita yang ketiadaan haid

Wanita yang ketiadaan haid pada usia muda (child bearing age) akan turut mengalami masalah kekurangan kalsium. Ini adalah kerana, hormon yang tidak stabil menyebabkan proses penyerapan kalsium turut terganggu.

 

  • Golongan yang alah kepada laktosa di dalam susu

Golongan yang tidak boleh minum susu kerana masalah tidak toleran kepada laktosa juga mengalami risiko kekurangan kalsium. Ini adalah kerana, mereka tidak dapat memperolehi kalsium secara semulajadi daripada susu yang merupakan sumber kalsium.

 

Jenis suplemen kalsium

Terdapat beberapa jenis sebatian kalsium yang digunakan dalam suplemen kalsium. Setiap sebatian mengandungi kandungan mineral kalsium yang berlainan dan dirujuk sebagai elemen kalsium. Terdapat beberapa suplemen kalsium iaitu:

 Kalsium karbonat (40% elemen kalsium)

Kalsium sitrat (21% elemen kalsium)

Kalsium laktat (13% elemen kalsium)

Kalsium glukonat (9% elemen kalsium)

Pengetahuan mengenai kandungan elemen kalsium adalah penting semasa memilih suplemen berasaskan kalsium. Ini adalah kerana jumlah kalsium yang sebenarnya terkandung dalam suplemen itu berbeza mengikut elemen yang terkandung dalam suplemen berkenaan. Jumlah elemen inilah yang diserap oleh badan dan bukan jumlah seperti tertera atas label suplemen. Sebagai contoh, label suplemen menyatakan satu biji tablet mengandungi 1,250mg kalsium karbonat. Oleh kerana kalsium karbonat hanya mengandungi 40% elemen kalsium, maka kalsium yang sebenarnya dapat diserap oleh badan hanyalah 500mg. Oleh itu, adalah penting untuk merujuk kepada cadangan pengambilan tablet seharian yang dinyatakan di atas label bagi menentukan jumlah kalsium yang sebenarnya diambil. 

Suplemen kalsium yang biasa diperolehi dalam formulasi ialah kalsium karbonat dan kalsium sitrat. Kalsium karbonat perlu diambil dengan makanan kerana penyerapan kalsium karbonat dibantu oleh asid dalam perut.  Suplemen kalsium juga boleh diperolehi dalam formulasi kalsium glukonat, kalsium laktat dan kalsium fosfat.

 

Kesan sampingan dan dos kalsium berlebihan

Kesan sampingan pengambilan suplemen kalsium termasuklah sembelit, perut kembung dan batu karang dalam buah pinggang. Pengambilan kalsium yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai kesan yang tidak diingini. Kalsium yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan rasa muntah, mulut kering, sakit perut, denyutan jantung tidak sekata, kekeliruan dan kematian. Hal ini lebih ketara dalam sesetengah golongan yang berisiko tinggi seperti mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, jantung dan tumor tulang. Jadi, berbincanglah dengan doktor/ahli farmasi anda sebelum anda mula mengambil sebarang suplemen termasuk kalsium terutamanya jika anda mempunyai masalah seperti dinyatakan di atas.

 

Pengambilan dan pemilihan suplemen kalsium

Terdapat pelbagai bentuk dosej suplemen kalsium, contohnya tablet, kapsul, tablet kunyah, cecair dan serbuk. Kalsium dalam bentuk dosej cecair, serbuk dan tablet kunyah lebih mudah untuk diserap oleh tubuh. Tubuh badan kita juga dapat menyerap kalsium dengan lebih baik jika ia diambil dalam dos yang kecil seperti 500mg atau kurang untuk setiap pengambilan. Pengambilan suplemen kalsium dalam dos yang kecil untuk setiap interval juga boleh mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit dan perut kembung.

Pilihlah suplemen kalsium yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Suplemen yang berdaftar adalah dijamin keselamatan dan kualitinya, manakala suplemen yang tidak berdaftar dikhuatiri dicemari dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri. 


Cara aku mendapatkan kalsium tambahan

Bagi aku sendiri, untk mendapatkan kalsium tambahan aku consume OsteMatrix dari Shaklee. Aku mula consume OsteMatrix ni dari 3 tahun lepas selepas aku mengalami masalah slipped disc (boleh baca di sini pengalaman aku kena slipped disc https://www.bebelancikmin.com/2017/12/aku-dan-slipped-disc.html)


Sejak diserang slipped disc badan sama sekali dah tak seperti waktu betul-betul sihat. Kaki disebelah kiri memang sering mengalami kekejangan terutama ketika malam hari ditambah jika cuaca sejuk. Keadaan ini bukan hanya menyakitkan malah membimbangkan kerana serangan tersebut agak kerap berlaku boleh dikatakan hampir setiap hari.

Hinggalah aku diperkenalkan dengan OsteMatrix oleh seorang rakan. OsteMatrix yang mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D3, Zinc, Copper, Manganese & Boron ini ternyata serasi dengan aku. Biasanya aku ambil 3 biji tablet OsteMatrix ini sebelum tidur dan Alhamdulillah bukan sahaja tidur nyenyak tanpa serangan kekejangan otot malah badan agak bertenaga bila bagun dari tidur.


Biasanya jika aku alami lenguh-lenguh atau sengal-sengal badan, Alhamdulillah semua rasa itu akan hilang bila aku makan OsteMatrix ni. Selain itu apa yang aku perasan setiap kali aku makan OsteMatrix sebelum tidur, esoknya pasti aku akan membuang air besar dengan sangat lawas dan lancar.


Alhamdulillah setelah 3 tahun aku amalkan pengambilan OsteMatrix 3 biji sebelum tidur pada setiap hari kini tiada lagi masalah kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Jika anda sering alami kekejangan otot, lenguh-lenguh badan ataupun sembelit jangan abaikan! Aku sangat merekomendasikan OsteMatrix ini sebagai supplement tambahan bagi membantu masalah yang anda alami. Untuk dapatkan OsteMatrix anda boleh klik link ini https://bit.ly/3ppoDGx atau boleh dapatkan maklumat lanjut di ;






Artikel berkaitan

23 comments

  1. betul tu bahaya kalau kekurangan kalsium dalam badan. ida pun amik supplement kalsium shaklee..kalau sakit2 bdn tu insyaallah kurang

    ReplyDelete
  2. Waaa maybe saya kena consume suplemen la sebab selalu jgk kejang2 otot n sakit badan. Maybe kurang kalsium nih.

    ReplyDelete
  3. Ya kalau tak dapat daripada pemakanan biasa, kenalar dapatkan daripada supplement kan? Yes I agree that sometimes we have no choice but to obtain the essential nutrients from other sources.

    ReplyDelete
  4. Lepas bersalin Dahlia, Yaya memang ada ambil pil kalsium sebab memang badan rasa tak larat and sakit-sakit agaknya sebab anak menyusu habis dia sedut kalsium kita kan haha

    ReplyDelete
  5. kami pun sekarang kurang makan kalsium..patutlah naik tangga dan berdiri pun dah tak larat..lutut pulak selalu sakit2..berapa harga ostematrix ni..mcm nak trylah

    ReplyDelete
  6. I agree with everything you said Cik Min. Calcium is super important. That's why I take yogurt drink. Thank you for sharing this good information.

    ReplyDelete
  7. jenama yg dipercayai..ida pun pengguna shaklee jugak. suka ostematrix ni..insyaallah sakit2 badan pun kurang

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak makan supplement. Bila lah nak start balik ni. Awak jd ejen juga ke ni? Hehe

    ReplyDelete
  9. Perempuan memang bahaya kalau kurang kalsium.cuma bila makan pil ni kena hati2 juga boleh sebabkan batu karang. minum air byk2 sikit kalau makan supplement.

    ReplyDelete
  10. Supplemen nie sekarang dah jatuh wajib kan, terutama di zaman semuanya nak cepat dan Covid nie. Jika ada yang serasi, elok terus amalkan

    ReplyDelete
  11. Bagus Ada supplement macam ni. Kadang pemakanan tak seimbang jadi tak perasan badan kurang kalsium. Consume kalsium terus lebih baik

    ReplyDelete
  12. Betul awak kita pun ada baca pasal kekurangan kalsium tambah yang dah makin meningkat usia macam kita ehhh kita ker wakakakaka. Tapi ada produk yang bagus macam ni senang nak ambil tak perlu bancuh macam susu hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Ni umur dah 44thn ni rasa macam kurang gak kalsium ni, otot asyik sakit aje adeii.. nak cubalah nanti shaklee ni..

    ReplyDelete
  14. calcium taking is very important but best taking with magnesium so can avoid constipation... good calcium can let u walk far

    ReplyDelete
  15. Nell pun kena start amalkan pengambilan Kalsium la macam ni.. at these age, everything kena mencukupi kan... masuk golden age nanti takde sakit sini sakit sana.. mudah2an..

    ReplyDelete
  16. Selalu orang minum susu untuk dapatkan kalsium. Tapi tak semua orang boleh telan susu. Bagus ada supplement macam ni. Telan je terus

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing about this piece of information and sharing more awareness on the importance of having sufficient calcium intake for a healthy, functioning body!

    ReplyDelete
  18. Betul tu kak. Kalsium ni penting. Lagi kita makin berusia.. Mesti ada sakit sana sini. Nasib ade jenis tablet.. Produk ni nad baru tau.. Kongsi share kak.. Bagus kalau akk makan serasi dekat akk..

    ReplyDelete
  19. Saya memang jaga tentang pengambilan kalsium ni. Takut juga kan, sebab wanita lebih berisiko menghidap osteoporosis di hari tua. Setakat ni saya amalkan susu/produk tenusu, dan weight-bearing exercises.

    ReplyDelete
  20. Kepentingan kalsium bukan sahaja utk org dewasa tapi kanak2 juga..

    ReplyDelete
  21. I agree, we need sufficient calcium in our body and i will check out this product soon.

    ReplyDelete
  22. Tetiba macam nak cari jugak pil kalsium. Dulu makan time pregnant jer. Laa ni susu pun dah jarang minum. Adoii patutlah ada rasa tulang mula tak kuat. Harap tak terlambat nak consume balik.

    ReplyDelete
  23. Menarik ilmu ini, sangat bermanfaat! Terima kasih.

    intisar

    ReplyDelete