8 Tarikan di Negeri Kelantan Darul Naim Yang Wajib Anda Ketahui

by - Saturday, September 26, 2020

Kelantan Darul Naim sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik, makanan yang sedap dan keramahan penduduknya yang rata-rata masih mengekalkan adat dan budaya Kelantan.


Jika ditanya secara peribadi, Kelantan adalah antara negeri yang tak jemu aku kunjungi meskipun aku pernah menetap selama 5 tahun di negeri serambi Mekah ini. Jatuh cinta dengan tradisi dan makanan Kelantan antara sebab kenapa negeri ini sentiasa dekat di hati.

Jom aku kongsikan 8 tempat yang wajib anda terokai di Kelantan, bukan hanya kerana tempat tetapi juga supaya anda lebih mengenali tradisi 


1. Pasar Siti Khadijah

Aku pasti rata-rata yang bercerita mengenai Kelantan pasti perkara pertama yang muncul ialah mengenai Pasar Siti Khadijah yang terkenal sejak zaman berzaman. Tidak dinafikan, menjejakkan kaki ke Pasar Siti Khadijah adalah seperti satu kewajipan jika berkunjung ke Kelantan.

Di sini, bukan hanya terdapat sayuran dan hasil laut yang segar malah di sini terdapat pelbagai barangan dari makanan hinggalah ke pakaian malah mainan. Pendek kata jika hanya berhajat untuk singgah selama 1 jam di sini, sila lupakan hajat tersebut kerana anda memerlukan lebih dari sejam untuk menerokai Pasar Siti Khadijah.

Menurut petikan dari laman web Majlis Perbandaran Kota Baru Bandar Raya Islam (MPKBBRI) nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.

gambar ihsan Google

Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.



Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.

Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.



Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.

 

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.


2. Dataran Rehal 

Dataran Rehal adalah antara tarikan yang menjadi mercu tanda bandar Kota Bharu. Seringkali jika di kaca tv atau pun di majalah mahupun iklan komersil, pastu Dataran Rehal akan menjadi subjek utama. Datan Rehal dibina sempena bandar Kota Bharu didekrelasikan sebagai 'Kota Budaya' pada tahun 1990-an.

Jadi, jika datang ke Kelantan singgahlah sebentar di Dataran Rehal dan abadikan gambar kenang-kenangan di sini.


3. Pantai Kundur 

Selain pantai-pantai yang sedia terkenal seperti Pantai Cahaya Bulan (PCB) atau Pantai Irama, kini terdapat tarikan baru di Kelantan iaitu Pantai Kundur. Pantai ini terletak di Kota Bharu dan tidak terlalu jauh dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Yang menjadikan Pantai Kundur ini menarik ialah kerana Pantai ini seakan-akan Pantai Nami yang kini semakin viral. Jika anda tak berkesempatan untuk ke Pantai Nami (viral kerana pemandangan seakan Pulau Nami di Korea), singgah la ke Pantai Kundur.





4. Galeri Wau Pak Sapie & Sons

Terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Galeri Wau Pak Sapi & Sons ini dibuka kepada orang ramai setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Galeri Wau Pak Sapie & Sons ini adalah bengkel pembuatan wau dimana ianya adalah warisan turun temurun. Umum mengetahui yang Kelantan sangat sinonim dengan permainan wau terutama wau bulan yang menjadi identiti negeri Kelantan Darul Naim.


5. Tempat Membuat Keropok

Terdapat banyak tempat pembuatan keropok yang terdapat di negeri Kelantan ini. Tapi yang sempat aku pergi adalah tempat pembuatan keropok yang terkenal di Kelantan iaitu Keropok Cap Kapal. Jika datang ke Kelantan, kenali juga budaya dan makanannya. 

Selain budu, keropok keping dan keropok lekor adalah antara makanan yang memperkenalkan Kelantan kepada penduduk luar. Jadi jika anda berkunjung ke kelantan, ambil la kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana keropok lekor ini dihasilkan. 




6. Kilang Laksam, Tempat Pembuatan Serunding & Kuih Akok

Aku pasti akan ada yang tertanya kenapa aku masukkan kilang-kilang ni sebagai tarikan di negeri Kelantan? Tetapi secara jujur aku memang merasakan tempat ini adalah tarikan yang pengunjung boleh melawat dan melihat sendiri bagaimana proses pembuatan makanan yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan ini.

Misalnya, aku pasti tak banyak terdapat kilang pembuatan laksam yang terdapat diluar atau boleh dikatakan tiada selain yang berada di Kelantan. Sangat menarik bila aku berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana Kilang Laksam Salwati Maju Jaya Enterprise yang terletak di Tumpat ini beroperasi menghasilkan laksam




Tidak hanya kilang laksam, malah di daerah Tumpat, Kelantan turut terdapat pelbagai kilang berkaitan makanan seperti serunding dan kuih akok. Apa yang lebih menarik, kebanyakan dari kilang-kilang ini masih mengekalkan cara pembuatan secara tradisional.





Lihat sahaja kuih Akok ini, pembuatan kuih Akok ini masih dibuat secara tradisional dimana kuih Akok ini masih dibakar menggunakan kayu api dan sabut kelapa. Maka tidak hairanlah kenapa sehingga kini kuih Akok asli Kelantan ini tidak dapat ditandingi.



7. Ayu Fashion Batik

Jika ke Kelantan tak sah jika tidak pulang bersama batik. Antara tempat yang aku syorkan adalah Ayu Batik Fashion yang terletak di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan. Terkenal kerana menghasilkan batik secara tradisional, sehingga kini Ayu Batik Fashion mempunyai keseluruhan 6,000 blok yang coraknya sangat eksklusif.




8. D'Istana Baloh Jembal

Buat pengetahuan, D'Istana Baloh Jembal adalah sebuah tempat makan yang klasik. Selain menghidangkan makanan yang enak (menu utamanya adalah hidangan tradisi negeri Kelantan), D'Istana Baloh Jembal turut 'menghidangkan' suasana klasik.

Anda diberi pilihan untuk makan bersila seperti orang di zaman silam atau duduk makan di meja. Dekorasi di D'Istana Baloh Jembal ini sangat menghidupkan suasana seperti berada di istana zaman silam.

Gambar kredit Mawardi Yunus




Jika anda kali pertama menjejakkan kaki ke Kelantan dan agak kebingungan untuk ke tempat-tempat yang aku syorkan di atas, jangan bimbang! Kerana sekarang anda boleh menerokai Kelantan dan antara tempat-tempat yang aku sebutkan di atas terdapat di dalam pakej Seightseeing Tour anjuran kerajaan negeri Kelantan dengan Pusat Penerangan pelancongan Negeri Kelantan sebagai penggerak utama, Tourism Malaysia Wilayah Timur/Kota Bharu bahagian promosi, Majlis Perbandaran Kota Bharu sebagai kawalan dan kebersihan kawasan lokasi pelancongan, Jasa Teratai Holidays dan Asia Travel & Tours sebagai ground handler. Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca di sini https://www.bebelancikmin.com/2020/09/kelantan-sightseeing-tour-usaha-murni.html

Bermula 10 September 2020 sehingga 31 Disember 2020 harga promosi Pakej Sightseeing yang telah ditetapkan dengan potongan sebanyak 50% iaitu :

  • Dewasa | RM40/pax
  • Kanak-kanak | RM20/pax
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun | Percuma
Jika anda berminat untuk mengikuti pakej-pakej yang ada bolehlah membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lebih lanjut di :

Tel : +6012 9016373

Artikel berkaitan

12 comments

  1. kelantan pun banyak rupanya tempat menarik

    ReplyDelete
  2. Saya pertama kali ke Kelantan masa zaman sekolah tingkatan 3 ada school trip kak. Memang terpesona la dengan apa yang ada di negeri ini. Awal pagi bangun dah semua aktif berniaga. Macam-macam makanan ada. Biasanya kalau dengar sesiapa ke Kelantan, mesti nak berbelanja. Beli toto Narita, tiffin, pengukus, periuk, keropok, barang tradisional utk majlis perkahwinan dan macam-macam lagi. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Tambahan, jeram pasu, kolam air panas tok bak, dan kuih akok fizo omar yang ada di Pasir Puteh juga antara tempat menarik di Kelantan. Pasar Pasir Puteh pun banyak benda menarik juga. Pantai tok bali pun antara yang menarik juga di Kelantan

    ReplyDelete
  4. Sisyat ore kelate tapi x semua tempat yang cikmin share ni sisyat sampai. Belum bkesempatan nak p sebab dah kerja luar kelate 😊

    ReplyDelete
  5. So many places to visit and things to see and do in Kelantan. Yeah, Negeri Kelantan mempunyai Budaya yg unik.

    ReplyDelete
  6. love it and now i know where to lepak in kelantan. thanks for sharing this informative article! :)

    ReplyDelete
  7. kite suka anggap kelantan ni sbg syurga makanan tradisi! suka makanan2 kat sini. kalau gi kelantan wajib makan akok gn nasi kerabu oooh sedap dooh!

    ReplyDelete
  8. Memang betul lama gile kita tak sampai Kelantan ni hehehehe bestnya kat sana masih tetap menarik dan banyak tempat hebat untuk kunjungi dengan makanan yang enak-enak belaka ni hehehe suka makanan sana sedap rindunya...

    ReplyDelete
  9. Kelantan ni memang syok sebab banyak tempat menarik dan tempat makan sedap. Harga pun sangat berpatutan. Ok, ada masa nanti nak ke sana la.

    ReplyDelete
  10. Wow macam best, banyak tempat boleh explore kat Kelantan. I hope i can go there soon.

    ReplyDelete
  11. Banyaknya tempat menarik kat Kelantan ni..paling suka yang buat laksam tue.. Hopefully sempat grab package ni and visit Kelantan..

    ReplyDelete
  12. Am mmg plan nak jenjln ke pantai timur pas pkpb nie.. leh la refer tmpt yg kak meen sarankan nie

    ReplyDelete