Sering Alami Kebas? Jangan Sesekali Abaikan dan Bertindaklah Segera!

Masalah kebas-kebas dianggota badan bukanlah sesuatu yang asing didengar. Seringkali kita mendengar rungutan kebas atau semut-semut terutama dikaki. Namun, tahukah anda bahawa sering alami kebas bukanlah petanda baik untuk kesihatan kita?

Jika diperhatikan, kita sering alami kebas jika duduk dalam keadaan yang tidak selesa misalnya bersimpuh atau duduk bersila dalam jangkamasa yang agak lama. Ini kerana jika kaki berada pada posisi yang salah, ia akan menyebabkan saraf di bahagian kaki terhimpit dan menyebabkan kebas tersebut berlaku.



Akan tetapi jika ia berterusan sehingga menyebabkan kaki sentiasa merasa kebas, ia mungkin disebabkan beberapa jenis penyakit seperti kencing manis, slipped disc dan kecederaan pada saraf tunjang.

Bagi mereka yang kurang pasti apakah yang dimaksudkan dengan kebas, kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation), Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.


Produk MISG Global Solusi Bagi Masalah di Atas

Prihatin dengan masalah yang dialami oleh kebanyakan orang, MISG Global tampil dengan 2 produk membantu mereka yang mengalami masalah kebas dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Rawatan ubatan alternatif ini Insyallah mampu menyelesaikan masalah yang tidak kronik. Bagaimanapun, anda dinasihatkan juga untuk mendapatkan nasihat dari doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil produk ini.



1. Herba CP Tongkat Ali Plus

Menggunakan bahan utama Tongkat Ali, Patawali dan herba Kayu Manis. Umum mengetahui bahawa 3 bahan utama tadi adalah sangat baik untuk kesihatan. Menyedari hal itu, MISG Global telah mengambil langkah memperkenalkan kapsul CP Tongkat Ali Plus yang mempunyai ketiga-tiga bahan utama yang sangat dikenali dalam bidang perubatan tradisonal iaitu :

i . Tongkat Ali

Tongkat Ali mempunyai terlalu banyak khasiat untuk kesihatan. Jika dahulu, akar Tongkat Ali direbus dan diminum bagi merawat sakit kepala, sengal-sengal tulang belakang dan sakit perut. Di Kemboja, Tongkat Ali digunakan bagi meneutralkan bisa racun dalam badan, merawat demam kuning dan kembung air. Pendek kata, terlalu banyak khasiat Tongkat Ali untuk kesihatan. 


ii . Patawali

Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.


iii. Herba Kayu Manis

Penyelidik merumuskan bahawa manfaat kesihatan di dalam kayu manis diperolehi dari kulit kayunya, minyak pati, serbuk kayu manis, flavonoid, dan antioksidan. Bahan-bahan antioksidan di dalam kayu manis ialah polifenol, asid fenolik, dan flavonoid. Ia sama dengan yang ditemui di dalam makanan berkhasiat lain seperti beri dan dark chocolate.

Bahan-bahan tersebut menjadikan kayu manis rempah terbaik di dunia yang membawa ciri antioksidan, antiradang, antidiabetes, antimikrob, penggalak imun, dan pelindung daripada penyakit jantung dan kanser.


Setelah diterangkan kebaikan dan khasiat Tongkat Ali, Patawali dan herba Kayu Manis.. Pasti anda semua dapat membayangkan bahawa setiap kaplus CP Tongkat Ali Plus keluaran MISG Global ini sangat baik untuk kesihatan. 

Buat pengetahuan, setiap kaplus CP Tongkat Ali Plus berfungsi untuk :

  • Menguatkan sendi dan lutut
  • Merawat sengal-sengal tulang dan sakit badan
  • Melawaskan pembuangan asid urik
  • Merawat urat saraf
  • Membantu mencairkan darah
  • Membersihkan saluran darah tersumbat
  • Memberi tenaga tambahan
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Membersihkan badan daripada toksin
  • Membantu merawat masalah kebatinan untuk lelaki
Dan sekiranya anda mengalami masalah seperti berikut, anda disyorkan untuk mengambil kaplus CP Tongkat Ali Plus ini :

  • Sakit lutut ketika solat
  • Sakit urat ketika melkukan kerja seharian
  • Sengal-sengal tulang
  • Sakit lutut dan kaki ketika mendaki
  • Kencing manis, darah tinggi dan paras kolestrol tinggi dalam darah

2. Garci.PRO Premium Herbal Essence Massage Gel

Sebagai melengkapkan lagi produk kesihatan, MISG Global turut memperkenalkan Garci.PRO Premium Herbal Essence Massage Gel yang bertindak membantu proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi. Jika anda menggabungkan kapsul CP Tongkat Ali Plus bersama Garci.Pro Premium Herbal Essence Massage Gel hasilnya pasti lebih memuaskan.



Gel urutan ini mengandungi minyak kayu putih, epal hijau, teh, minyak argan, lidah buaya dan peppermint. Kelebihan gel urutan ini ialah tidak melekit, menyerap lebih pantas dan ia tidak menyebabkan rasa hangat yang memedihkan kulit.

Antara manfaat Garci.Pro Gel ini ialah :

  • Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan.
  • Membantu proses melancarkan pengaliran darah dan merawat salur darah tersumbat.
  • Membantu proses melegakan kekejangan otot.
  • Membantu proses melegakan sakit sendi dan urat.
  • Membantu proses melegakan pening kepala, selsema dan sakit perut/senggugut.
Cara penggunaannya pula sangatlah mudah, anda hanya perlu memicit sedikit gel dan sapukan pada mana-mana bahagian yang sakit sambil diurut perlahan-lahan. Bagi mereka yang mengalami kebas kurang dari 6 bulan , anda dinasihatkan untuk menggunakan gel ini 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum masuk tidur.


Manakala bagi mereka yang mengalami masalah kebas atau pun stroke, anda dinasihatkan supaya menggunakan gel ini setiap 4 jam sekali.


Pengalaman Aku & Suami Sebagai Pengguna CP Tongkat Ali Plus dan Garci.PRO Gel

Tidak hanya sekadar bercerita, aku dan suami turut menggunakan kedua-dua produk ini. Suami sememangnya mengalami masalah kebas dibahagian tangan kanan dan sering merungut lesu. Manakala aku pula sejak mengalami slipped disc 2 tahun lepas, kaki kiri aku sering alami masalah kekejangan otot.

Risau dengan masalah yang kami alami, kami bersepakat untuk menggunakan kedua-dua produk ini. Suami mengambil CP Tongkat Ali Plus sepenuhnya manakala aku hanya menggunakan Garci,Pro Gel sahaja.


Apa yang aku perhatikan, hari ke-2 suami mengambil CP Tongkat Ali Plus aku tidak lagi mendengar rungutan tentang letih dan kelesuan (biasanya tiap hari dia akan mengadu yang dia alami masalah keletihan dan kelesuan).

Masuk hari ke-5 pula, suami sendiri memberitahu bahawa kebas-kebas yang dialami ditangan kanannya beransur pulih. Menurut beliau, kurang rasa kebas itu mungkin tinggal dalam 40% sahaja lagi. Tapi, pada pengamatan aku sendiri dia sememangnya lebih aktif berbanding sebelumnya.

Malah, selepas 2 minggu pengambilan dia kini sudah mula berkebun dan sedang mengusahakan kebun seluas 1 ekar di Puncak Alam . Masalah kebasnya masih lagi belum hilang sepenuhnya namun sekuang-kurangnya sangat membantu hingga dia kini sudah kembali aktif bekerja berbanding sebelumnya.

Bagi aku pula, aku hanya menggunakan gel urutan Garci.Pro dan menggunakannya setiap kali mengalami kekejangan otot. Apa yang aku suka tentang gel urutan ini ialah ianya bertekstur lembut dan cepat meresap kedalam kulit dan meninggalkan rasa sejuk yang nyaman. Tidak seperti kebanyakan gel urutan yang menyebabkan rasa panas dan hangat dikulit, gel urutan ini sangat selesa dipakai terutama dibahagian tengkuk sebelum masuk tidur. Tidur rasa lebih nyeyak dan selesa.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk keluaran MISG Global ini, anda bolehlah mendapatkan produk ini melalui :

Laman web : https://gelcegahsaraf.com/ (produk gel)
                    : http://www.herbasendimalaya.com/ (produk kapsul)

Facebook : Garci Pro Malaysia (Produk Gel)
                 : Herba Penawar Sendi & Urat Saraf (produk kapsul)

Instagram : garcipro_malaysia

Post a Comment

1 Comments

  1. hi..cantik blog.. bw here done follow, follow me back :)

    ReplyDelete