Marrybrown Perkenalkan Menu Baru Salted Egg Meal Yang Berasaskan Telur Masin

Siapa penggemar telur masin? Ini ada berita gembira yang aku nak sampaikan kepada mereka yang sukakan telur masin.

Marrybrown kini tampil memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Salted Egg Meal yang dibuat khusus bagi mereka yang gemarkan hidangan berasaskan telur masin macam aku. Memang aku agak teruja bila dengar Marrybrown perkenalkan menu ni, maklum la..pada aku, apa-apa pun yang berasaskan telur masin memang enak dimakan.



2 Menu Menarik Salted Egg Meal

“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan!” tambah Dato’ Joshua.

Untuk menu Salted Egg Meal, Marrybrown telah memperkenalkan 2 set hebat dengan harga yang istimewa iaitu :

Salted Egg Burger
*Harga Bermula Dari RM15.00
·         Kentang Goreng (Fries)
·         Heaven & Earth Ice Lemon Tea

Salted Egg Ayam Meal
*2 Ketul : Harga Bermula Daripada RM15.90
*3 Ketul : Harga Bermula Daripada RM18.80
·         Kentang Lenyek (Mashed Potato)
·         Coleslaw
·         Heaven & Earth Ice Lemon Tea



Bagi penggemar burger, anda bakal dihidangkan dengan Salted Egg Burger yang sangat enak yang turut didatangkan bersama kentang goreng dan minuman Heaven & Earth Ice Lemon Tea. 


Manakala bagi penggemar ayam goreng pula, Marrybrown menghidangkan anda Salted Egg Ayam Meal yang didatangkan dengan kentang lenyek, coleslow dan juga minumam Heaven & Earth Ice Lemon Tea yang ditangkan dalam 2 set berbeza iaitu hidangan 2 ketul ayam dan hidangan 3 ketul ayam.


Pengalaman Aku Menikmati Kedua-dua Hidangan Hebat Ini

Buat pengetahuan, aku telah pun merasai kedua-dua hidangan hebat dari Marrybrown ini. Dan secara jujurnya aku sangat sukakan kedua-dua hidangan ini iaitu burger dan ayam goreng kerana hidangan ini disaluti dengan sos telur masin yang sangat enak.


Limpahan sos telur masinnya bukan sahaja kaya dengan rasa lemak berkrim malah keenakannya susah nak digambarkan. Apa pun ini adalah antara hidangan berasaskan telur masin yang paling enak pernah aku rasa dan seperti biasa hidangan-hidangan dari Marrybrown tidak pernah menghampakan.


Jadi, bagi penggemar telur masin..Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati menu baru Marrybrown iaitu Salted Egg Meal. Apa pun, pastikan anda menjaga jarak anda atau membuat tempahan secara online ya!


Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV

Post a Comment

2 Comments

  1. wahh menarik.. boleh try ni..
    jarang sgt masuk marrybrown tp boleh try kot yg ni.. hihi

    ReplyDelete
  2. Sos telur masin dia memang padu kak.

    ReplyDelete