Aku sering tertarik dengan negara pengeluar teh Dilmah iaitu Sri Lanka. Tertarik sebab aku selalu tertanya apakah hidangan istimewa di negara kepulauan kecil yang terletak di bahagian Benua Asia bahagian Asia Selatan ini.
Sebelum aku pergi lebih mendalam, suka aku nak ceritakan serba sedikit tentang Sri Lanka. Ibu negara Sri Lanka ialah Colombo. Majoriti penduduk Sri Lanka adalah daripada etnik Sinhala, Tamil Sri Lanka dan Moor Sri Lanka. Negara ini menggunakan dua bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Sinhala dan Bahasa Tamil. Manakala agama rasmi bagi negara ini ialah Buddha.
Yarl Restaurant Hidangkan Makanan Asli Sri Lanka dari Daerah Jaffna
Jaffna adalah sebuah daerah yang terletak di Sri Lanka. Terkenal dengan hidangan yang enak, Jaffna sering menjadi tumpuan pelancong bagi mendapatkan hidangan istimewa dari daerah tersebut.
Mengambil peluang tersebut, Yarl Restaurant yang terletak di Brickfields telah memperkenalkan hidangan asli Jaffna dari Sri Lanka ini pada penduduk Malaysia sejak 10 tahun lepas. Bermula dengan warung kecil tepi jalan, kini Yarl Restaurant mula menjadi tumpuan pelanggan setiap hari.
Yarl Restaurant menghidangkan pelbagai jenis menu vegetarian dan non-vegetarian setiap hari. Bermula seawal 7 pagi Yarl Restaurant menghidangkan pelbagai menu sarapan dan menamatkan operasi pada pukul 10 malam setiap hari.
Buffet Makan Tengahari di Yarl Restaurant
Yarl Restaurant konsisten menghidangkan 15 jenis menu vegetarian dan 8 jenis menu non-vegetarian setiap hari. Di Yarl Restaurant merek menitik beratkan 6 jenis rasa masakan yang dikenali sebagai "Arusuvai" dalam Bahasa Tamil. 6 rasa masakan tersebut ialah manis, masam, masin, pahit, pedas dan astringent (kering). Gabungan 6 rasa ini melahirkan rasa masakan yang unik dan enak. Sebab itulah Yarl Restaurant sentiasa dipenuhi pengunjung terutama ketika makan tengahari.
Aku dah mencuba hampir keseluruhan masakan di sini. Memang sedap dan jika ditanya pendapat peribadi aku, masakan asli Jaffna ni tak banyak bezanya dengan hidangan masakan India. Mungkin kerana pengaruh masakan entik Tamil Sri Lanka yang menjadi antara etnik majoriti di sana.
Harga makanan di sini pula sangat berpatutan. Jika menu sarapan pagi, harga serendah dari RM1 sahaja! Tak percaya? Nah aku kongsikan sedikit menu sarapan di sini :
- Idli (RM1)
- Puttu (RM2.50)
- Puttu Pirattal Veg (RM5)
- Idiyappam Pirattal Veg (RM5)
Ha..murah kan? Kalau korang nak merasa sendiri masakan asli Jaffna dari Sri Lanka ni korang boleh la ke Yarl Restaurant yang terletak di :
50 Jalan Padang Belia,
Brickfields, 50470
Kuala Lumpur,
Malaysia.
Jika datang ke Yarl Restaurant ni, korang jangan lupa untuk mencuba appam dan teh masala di sini. memang superb! Aku dah cuba appam gula melaka..sedap weiii..aku balik ke rumah pun masih teringat-ingat lagi keenakan rasa appam tu. Hahaha..memang sedap namatey!
Yarl Restaurant ini beroperasi setiap hari (Isnin hingga Ahad) seperti berikut :
Sarapan : 7.00 pagi hingga 11.00 pagi
Makan Tengahari : 11.30 pagi hingga 6.00 petang
Minum Petang : 3.30 petang hingga 6.00 petang
Makan Malam : 7.00 malam hingga 10.00 malam
Untuk tempahan boleh la menghubungi mereka di talian : +6010 360 6624
Atau boleh layari mereka di :
Facebook : https://www.facebook.com/YarlRestaurant
Instagram : https://www.instagram.com/yarlrestaurant/
19 Comments
Wowww... Saya suka lauk asli dari sana... Kalau yg dekat mamak sdri banyak dah adapt dengan tekak orang sni.. Kalau kt Penang ni ada satu mmg kawan India saya cakap rasa purely dari India sana.. Saya pun memang suka gila kedai tu
ReplyDeleteNampak makanan ni banyak berasaskan kari kan?. Teh masala ni saya pernah minum kat Perth. Macam tak boleh nak masuk la. Lain2 ok. Macam makanan ala mamak juga tapi mungkin ada kelainan sikit.
ReplyDeleteMakanan orang sebegini memang terbaik . Resipi utama adalah rembah ratus yang keyword utama di dalam masakan mereka
ReplyDeleteWah! Menariknya makanan dia. Cara hidangan pon unik. Seronok dapat rasa dan makan makanan tradisi orang luar.
ReplyDeletewow. uniknya. baru iza tau makanan sri lanka macam ni. maklumlah tak pernah sampai pun. sekarang ni macam-macam makanan negara luar ada. senang. tak payah travel jauh kalau nk merasa.
ReplyDeleteberuntung nyer dpt makan gitu, min.
ReplyDeleteaida ni, hampir semua makanan la aida nak cuba.
sri lanka ni sebiji indian food, kan.
pernah la dulu kerja berdekatan dgn indian street. area melaka tu.
sebelah jalan bunga raya.
ada satu restaurant, selvam restaurant, hidangan nyer gini.
got few lauk dlm mangkuk kecik gitu.
aneka kuah indian version.
nasi atas dulang yg dilapik dgn daun pisang.
sedap nyer lah, min. tuang plak kuah bagi nasi banjir, kan... heaven!
Fuyo. Restoren pun buka dari pagi sampai ke malam tu. Harga pun berbaloi sgt. Mesti best ni. Klu ada rezeki utk cuba, harap tekak bagi kerjasama la. Tekak anak jawa lah katekan
ReplyDeleteCerita jak pasal Sri Lanka ni mesti akan teringat Caylon...bukan apa, kayu manis terbaik dan termahal datangnya dari Caylon Sri Lanka. Hampir setiap hari wife akan buatkan bubur tambah serbuk kayu manis caylon ni..harga 12gm cuma RM7.90 tapi sangat baik untuk darah dalam tubuh badan kita..tapi tu la, kenala guna kayu manis dari Caylon Sri Lanka ni..
ReplyDeleteMak aiiiiii banyaknya menu dia tu. Camne nk makan tu. Mmg jenis derang makan dgn banyak lauk ye. Saya stakat makan atas daun pisang biasa lah. Ehhehhe knapelah baru tau dekat brickfields ada restoren cmni. Alahaiiii dap dap pulak dibuatnya.
ReplyDeleteWah, tak terfikir nak makan makann india macam ni.. Selalu mamak je.. Boleh cub ni, sebab nak rasa juga macam manan rasa makanan serupa dari sana kan.. Harga pun murah..
ReplyDeleteNampak sedap. Warna ya sangat menyelerakan. Tak sangka ada dkt bricks field. Bolehlah terjah lepas ni. Harga pun mcm murah ja.
ReplyDeleteuih, lagi pure dia punya rasa tu agaknya ye. mek suka nasi nasi kari india ni. hahah. makan lapik daun pisang pulak. aduhaiiii.
ReplyDeletewah2. banyak nye kuah diorang sediakan. Mesti tak tahu nak pilih yang mana kan.
ReplyDeletelepas makan ni, konfirm tertido haha
Banyaknya menu dia Kak Min! Semua nampak sedap. Tengok macam ala masakan india pun ada juga sebab banyak guna rempah ratus. Nanti boleh la terjah kedai ni. Kat Ipoh xde masakan macam ni.
ReplyDeleteAwas yer makan sampai Sri Lanka tak ajak kita hehehe best ker makana sana kita tak pernah cuba lagi makan makanan mamak jer wakakaka.. Nanti kak min belanja kita tengok lauk-pauk dan kuah-kuah tu menarik sini konsep macam mamak ker...
ReplyDeleteAlamak...nampak sedap sungguh aih appam gula melaka tu. Kalau kat Penang, appam manis memang buat mimpi terganggu. Menu yang lain pun nampak best belaka.
ReplyDeleteWahhh menariknya tengok makanan dia. Mira tak berapa suka Indian food tapi sekali sekala teringin jugak nak makan. Bolehlah bawak suami nanti cuba sini.
ReplyDeleteya Allah nampak sedap betul lauk-pauk yang ditawarkan di sini ya. teringin nak cuba menu2 dari sri lanka. macam manalah agaknya rasa dia. adakah sama dengan menu masyarakat india
ReplyDeletesedap ke kak min. kalau sedap nanti boleh la bawak dan belanja saya makan kat sini nanti, tengok macam sedap tu.
ReplyDelete