Tips Untuk Dapatkan Kulit Berkaca

Menurut Joshua Zeichner, M.D, Pengarah Penyelidikan Kosmetik dan Klinikal Dermatologi di Mount Sinai Hospital, New York "Pembersihan muka yang betul menghalang pertumbuhan jerawat, boleh meningkatkan kesihatan kulit dan mungkin mengurangkan keradangan kulit"

Persoalannya kini, kenapa walaupun kita dah mencuci muka berkali-kali dalam sehari tapi kulit tetap ditumbuhi jerawat? Jawapannya ialah kerana kita tidak mencuci kulit muka kita dengan betul! Walaupun kita merasakan  yang kita sudah betul-betul 'menyental' kulit muka kita namun tahu tak korang yang ada tempat-tempat dibahagian muka kita yang tidak dapat dicuci dengan hanya menggunakan jari?



Jom aku sharekan dengan korang cara mencuci muka dengan lebih bersih sekaligus menjadikan kulit muka kita berkaca :

  • Gunakan produk muka yang bersesuaian dengan kulit. Misalnya kulit muka berminyak tidak boleh menggunakan pencuci muka untuk kulit kering.
  • Gunakan suhu air yang betul
  • Wajib mencuci muka sebelum tidur. Ini kerana sepanjang hari kulit akan mengeluarkan minyak dan segala kotoran yang datang dari persekitaran sepanjang hari akan melekat pada kulit muka, jadi sebelum tidur diwajibkan untuk mencuci muka bagi menanggalkan kotoran yang terkumpul dimuka sepanjang hari
  • Menggunakan produk yang terbukti bebas segala bahan terlarang seperti merkuri dan chemical.

Produk Kecantikan Mary Kay Rahsia kulit Berseri

Menyentuh tentang produk penjagaan kulit yang bebas dari segala bahan terlarang, Mary Kay yang sudah wujud lebih 50 tahun di pasaran terbukti sangat selamat untuk digunakan.

Aku sendiri sekarang mula berjinak-jinak menggunakan produk Mary Kay bagi mendapatkan kulit yang sihat dan bersih. 

Oleh sebab aku mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat jadi aku menggunakan set Botanical Effects F3 yang dirumus khas untuk kulit berminyak. Untuk set ini aku menggunakan :
  • Pencuci Muka
Pencuci muka F3 yang aku guna ini bertindak untuk membuang kekotoran pada kulit wajah dari dalam liang pori hingga ke permukaan serta menganjalkan kulit


  • Mask
Aku paling suka mask ni sebab mask ni sangat berkesan untuk membuang sel kulit mati dengan lebih efisien, mengecutkan jerawat, membuang whitehead dan blackhead serta melembutkan kulit wajah.

  • Freshen
Freshen ni kiranya tonerlah yang bertindak menyegarkan kulit setelah dibersih dan 'disental' dengan mask serta menutup liang pori wajah.

  • Hydrate
Hydrate ni ialah sejenis krim yang bertindak untuk melembapkan kulit wajah, menggalakkan pertumbuhan tisu muka yang sihat, mengelakkan dan mencegah pertumbuhan jeragat, menutup liang liang pori muka dengan lebih efisien serta meremajakan kulit wajah.

Untuk pengetahuan korang, Mary Kay Botanical Effects memang berkesan untuk merawat kulit wajah yang rosak seperti menggelupas, kemerahan, jeragat dan pertumbuhan jerawat. Namun aku nak ingatkan di sini bagi mereka yang mula-mula menggunakan produk ini terutamanya bagi mereka yang pernah menggunakan produk 'kilo' macam aku, untuk atleast 3 bulan pertama korang kena lah bersabar sikit sebab Mary Kay akan 'mengeluarkan' semua kotoran yang melekat di dalam lapisan kulit muka. Tapi jangan bimbang sebab proses itu sebenarnya untuk menyingkirkan segala bahan terlarang yang telah berkumpul lama serta menjadikan kulit muka kita sihat dan berseri.



Tapi aku ada lagi satu RAHSIA yang sangat membantu menjadikan kulit muka benar-benar bersih dan sekaligus menjadikan kulit lebih sihat serta berkaca.

Nak tahu apa rahsia aku tu?? Ha..ni ha..aku guna Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush. Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush ni best sangat sebab dia membantu mencuci muka dengan lebih dalam. Maksudnya ialah mana-mana bahagian muka yang agak susah nak dicuci menggunakan jari tu seperti di bahagian hidung, Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush mampu membantu!



Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush ni sejenis berus yang sangat lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif. Tahu tak? Hujungnya yang membulat membolehkannya digunakan untuk membersihkan kulit wajah dari :

  • Sel-sel kulit mati dengan berkesan sehingga 85%
  • Blackhead dan whitehead pada kulit
  • Sisa-sisa kotoran dan makeup
  • Dapat menjimatkan pencuci muka (sebab gunakan sedikit je dah mampu bersihkan kulit muka dengan mendalam)
  • Lebih bersih dari mencuci menggunakan tangan.

Pengalaman Aku Menggunakan Produk Mary Kay

Aku baru je menggunakan produk Mary Kay lebih kurang sebulan. Jadi sekarang aku dalam fasa 'mengeluarkan segala kotoran di kulit muka'. Aku perasan yang sekarang agak banyak juga lah jerawat yang keluar tapi dalam masa yang sama aku rasa kulit aku lebih bersih.

Mana-mana bahagian kulit yang tak berjerawat tu aku memang agak perasan yang kulit lebih licin dan liang pori lebih kecil tak macam sebelum ini.

Kulit aku yang dulunya berminyak sekarang dah kurang berminyak jadi bila pakai makeup tahan lebih lama berbanding sebelumnya. Paling ketara kat dahi dah tak lagi terlalu berkilat.

Untuk pengalaman menggunakan Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush pula, jelas ketara setiap kali lepas cuci muka memang rasa bersih sampai ke dalam dan kulit terasa lebih lembut. Jadi bila apply krim pun rasa macam krim lebih mudah menyerap dalam kulit. hehehe..itu pengalaman aku la! Tak tahu pulak pengalaman korang macam mana. Apa pun aku sangat sukakan produk ni dan dah tetapkan dalam hati Insyallah nak istiqomah pakai Mary Kay je.



Untuk keterangan lanjut mengenai barangan Mary Kay, terutama bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan boleh lah menghubungi :

Puan Rozita

Facebook : Maryk_Rozita
Instagram : maryk_rozita
Tel : +6012-6802870





Post a Comment

3 Comments

  1. nicee.. kite suka berus pencuci tu =)
    da setahun lebih guna hehe..

    ReplyDelete
  2. takpernah lgi try produk dari marykay

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah try MK ni, memang best dari skincare sampai la ke kosmetiknya.
    Nak kulit berkaca kena la buat investment lebih sikit, kan. ;)

    ReplyDelete