Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter

"Tiada bintang..dapat menerangkan hati..
yang telah tercela bagai ku lumpuh
tak mampu berdiri aku tetap begini
tak kan berubah kerna aku tetap aku
dan alur hidup mu bukanlah aku..."

Siapa yang tak tau kan lagu Meet Uncle Hussain yang telah menaikkan nama Azlan (Typewriter). Tapi kali ni aku bukan nak bercerita tentang 'Lagu Untukmu' tu tapi nak cerita tentang Azlan sekarang dah menjadi duta sebuah produk minuman tenaga yang dinamakan TURBO 3

Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter
Bertempat di WOW KL baru-baru ni, aku berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3.

Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter



Menariknya tentang minuman tenaga Turbo 3 ini ialah produk ini adalah keluaran usahawan bumiputera kita dan lengkap dengan sijil Halal & MESTI. Satu hasil usaha yang sangat membanggakan rakyat Malaysia sekaligus dapat mencipta nama sebaris minuman tenaga keluaran antarabangsa. Yang pasti ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia bagi mendapatkan produk halal keluaran bumiputera.

Minuman tenaga Turbo 3 ini dimiliki oleh Maxfinity Ventures (M) Sdn.Bhd iaitu sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang diketuai oleh En Mohd Muhaimin (Pengarah), En. Mohd Nazrul Shah (Pengarah), En Kamarul Malimshah (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Azlan (Typewriter) sebagai duta rasmi Turbo 3

Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter

Nama Turbo 3 sendiri adalah simbolik kepada 3 bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina & India. Satu pendekatan yang menarik bagi aku untuk menyatukan semua bangsa dengan 1 jenama minuman tenaga keluaran bumiputera. Satu hasil yang sangat membanggakan!

Di majlis pelancaran tersebut turut dilancarkan muzik video promo minuman tenaga Turbo 3 nyanyian Azlan feat King Lotha seorang penyanyi kelahiran Senegal bertajuk Turbo.

Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter

Pelancaran Single Terbaru Azlan Bertajuk Kukuh

Selain pelancaran minuman enaga Turbo 3 dan video promo Turbo 3, di majlis yang penuh meriah ini Azlan turut melancarkan Single terbarunya yang bertajuk KUKUH.

Pergh memang mantap nyanyian Azlan, macam biasa la kan..Azlan tak pernah mengecewakan dan single terbaru beliau yang bertajuk Kukuh ni memang best dan dijangkakan hit! Tahniah buat Azlan atas pelancaran single terbaru 'Kukuh' dan juga untuk pelancaran Turbo 3.

Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter

Nah aku belanja teaser sket ye untuk single 'Kukuh' ni.


Untuk mereka yang tertanya-tanya macam mana rasanya Turbo 3 ni, aku dapat gambarkan rasanya sama seakan minuman tenaga lain yang ada di pasaran. Memang sedap! aku sukakan rasanya yang wangi, masam-masam manis dan betul-betul bagi aku kesegaran dan tenaga. Korang boleh dapatkan di pasaran sekarang dengan harga cuma RM3.50-RM3.80 untuk minuman bersize 325ml ini.

Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter

Majlis Pelancaran Minuman Tenaga Turbo 3 & Pelancaran Single Terbaru Azlan Typewriter

Untuk keterangan lanjut mengenai minuman tenaga Turbo 3 boleh la layari mereka di :

Laman web : www.turbo3energybooster.com
Facebook : https://www.facebook.com/turbo3energybooster/
Instagram : https://www.instagram.com/turbo3energybooster/

Post a Comment

1 Comments