Zaman sekarang adalah zaman bisnes online. Kebanyakan peniaga-peniaga tidak lagi hanya bergantung pada bisness offline semata-mata. Zaman sekarang..andai kata peniaga ketinggalan untuk berniaga secara online maka perniagaannya agak sukar untuk berkembang! Itu hakikatnya..
Lihat saja lah bagaimana Dato' Aliff Syukri mempromosikan bisnes beliau dan lihat saja lah bagaimana perniagaan online memberi impak kepada bisnes beliau.
Aku juga seorang usahawan dan sudah semestinya aku tak ketinggalan untuk mempromosikan bisnes aku secara online dan sudah pasti Instagram menjadi platform utama aku untuk mempromosikan perniagaan aku.
Jom aku kongsikan 7 teknik sempoi promote bisnes di Instagram
1. Gambar Cantik & Kemas
Gambar sangat-sangat memainkan peranan untuk menarik minat pembaca dan followers di Instagram. Gambar yang berkualiti tingi akan menjadi daya penarik prospek sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli. Sebab itulah gambar sangat-sangat memainkan peranan yang penting untuk menarik pelanggan.
Pastikan gambar yang korang letak di Instagram kemas dan jelas. Janganlah pulak letakkan gambar-gambar yang kabur dan kurang menarik!
Ni contoh gambar produk aku yang aku letakkan di Instagram bisnes aku.. |
2. Video Kreatif & Santai
Selain daripada layan gambar, ramai orang suka layan video secara santai. Cukup dengan video pendek tentang produk yang kreatif, juga dapat menarik minat pembeli. Video pendek yang penuh informasi sudah memadai..tak perlu buat video yang panjang meleret. Yang penting maklumat sampai pada pengguna!
3. Guna Hashtag Tepat
Hashtag juga perlu relevan. Contohnya jika korang menjual tudung bawal, letak la hashtag #tudungbawal bukan #sayajualtudungbawal atau tiba-tiba letak hashtag #prayforbieber hahaha.. macam aku memang aku akan letak hashtag jenama aku hehehe #minzsambalhitampahang dan #sambalhitampahang untuk memudahkan carian.
4. Giveaway atau Contest
Guna teknik ni untuk tarik lebih ramai orang yang bukan followers kita untuk join bersama dan seterusnya promosikan lagi jualan yang dijual. Aku biasa buat macam ni untuk produk aku. Contohnya cuba buat contest like dan tag 3 rakan. Secara tak langsung bila followers korang tag 3 rakan diaorang, maka lebih ramai yang tahu. Macam aku..seperti biasa pemenang bertuah akan memenangi produk aku la.. jadi secara tak langsung makin ramai yang tahu dan yang pernah rasa Min'z Sambal Hitam Pahang tu..hehe..
5. Caption Yang Memukau
Jangan lupa untuk letak caption yang menarik dan memukau pembaca. Ulas produk atau servis yang ditawarkan secara ringkas tapi padat.
6. Linkkan Instagram Post
Setiap posting di Instagram boleh juga di link ke Facebook atau Twitter. secara tidak langsung boleh mempromosikan produk atau service di tiga medium media social yang lain. Jadi dapatlah jimatkan masa kan?
7. Konsisten
Ha..Ini point paling penting yang korang kena ambil tahu! Sebagai peniaga online, perlu sentiasa konsisten mengemaskini Instagram. Kalau tiada produk baru atau risau konten berulang..boleh juga kongsi tips, testimoni atau kata-kata motivasi yang bermanfaat kepada pelanggan.
Tak ada masa untuk maintainkan bisnes online korang di social media? Jangan bimbang sebab Rekamotion mampu membantu korang!
Rekamotion adalah salah satu agensi digital milik bumiputera di Malaysia yang menyediakan service pengiklanan dan pemasaran digital termasuklah Instagram. Servis promote bisnes melalui Instafamous, atau servis Instagram Ads juga dikendalikan oleh Rekamotion.
Servis lain yang disediakan oleh Rekamotion ialah website design, corporate branding, poster, Augmented Reality & Virtual Reality. Untuk maklumat lanjut boleh layari mereka di :
Facebook : Rekamotion
Instagram : @rekamotion.my
Website : www.rekamotion.my
Email : admin@rekamotion.my
No. Tel : 03-76240836
1 Comments
Waaa bagus tips ni semua..mana tau akan datang nk bt biz, boleh refer sini..
ReplyDeleteTq Cik Min..