Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Kulit muka yang terlalu berminyak menjadi igauan ngeri buat golongan wanita terutama yang mementingkan penampilan. Aku tak terkecuali. Kulit aku sejenis yang sangat berminyak dan ini sangat menyukarkan aku untuk memastikan make-up tahan lama.

Lebih menyedihkan, bila kulit terlalu berminyak maka jerawat mudah hinggap di wajah. Keadaan ini lebih merunsingkan berbanding memikirkan make-up yang tak tahan lebih lama. Mana taknya..bila kulit berjerawat, muka juga akan dipenuhi oleh parut-parut jerawat dan mengambil masa untuk pulih.


Bagaimana Minyak Terhasil Pada Manusia?

Kelenjar sebaceous adalah kelenjar mikroskopik pada kulit yang merembeskan bahan berminyak/berlilin, dikenali sebagai sebum, bagi melicinkan kulit dan rambut pada mamalia. Pada manusia, ia terdapat banyak di muka dan kulit kepala, sungguhpun ia tersebar diseluruh kulit kecuali pada tapak tangan dan kaki. Pada kelopak mata, Kelenjar sebaceous meibomian merembeskan sejenis sebum khas yang membentuk air mata. Terdapat beberapa keadaan perubatan berkait dengan sebum, termasuk jerawat, cyst sebaceous, hyperplasia sebaceous, adenoma sebaceous, dan carcinoma kelenjar sebaceous (lihat seksyen di bawah: Pathologi).

Kelenjar sebum atau kelenjar minyak terletak di seluruh tubuh badan. Kelenjar ini banyak terdapat di bahagian muka, kepala dan bahagian kulit yang berbulu. Setiap kelenjar terbina daripada gelembung-gelembung yang mempunyai tisu epitelium di sekelilingnya.
Salur dari gelembung ini menuju ke kulit luar melalui liang roma. Kelenjar sebum juga didapati di lubang telinga (kelenjar cerumen/kelenjar lilin) dan di kelopak mata (kelenjar meibomian). Kelenjar sebum berfungsi dalam:
  • Merembeskan bahan berminyak yang dikenali sebagai sebum. Sebum adalah campuran lemak, kolesterol, protein dan garam tak organik.
  • Sebum mencegah rambut menjadi kering dan rapuh.
  • Membentuk sistem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah dari berlakunya penyejatan air yang berlebihan daripada kulit.
  • Membantu kulit menjadi halus dan lembut.
  • Mencegah pertumbuhan beberapa bakteria di kulit.
Kelenjar sebum ini mula berfungsi semasa baligh dan dikawal oleh hormon androgen. Kelenjar sebum adalah salah satu contoh kelenjar holokrin kerana selepas sebum dirembeskan, sel kelenjar menjadi kosong dan mati. (Sumber :  Wikipedia)


Tips Berkesan Untuk Hilangkan Kulit Berminyak


1. Gunakan pembersih muka yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit.

Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid.

Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

Macam aku, sekarang aku gunakan pencuci muka Botanical Effect dari Mary Kay. Memang sesuai dengan kulit muka aku yang sangat berminyak ni.


2. Cuci Muka 2 Kali Sehari

Elakkan mencuci muka dengan teralu kerap kerana ia akan mengaktifkan lagi pengeluaran minyak di muka. Seelokknya mencuci muka ketika bangun tidur dan sebelum tidur. Ia akan menstabilkan pengeluaran minyak pada kulit.

Gambar Kredit : Google

3. Tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi antara penyebab keseimbangan kulit pada wajah. Tidur yang cukup ternyata sangat berkesan untuk penjagaan kecantikan.
Gambar kredit : Google
4. Banyakkan minum air kosong

Minum air kosong sebanyak mungkin kerana air membantu membuang toksin dalam badan yang menyebabkan penghasilan minyak berlebihan dan pertumbuhan jerawat.

Gambar Kredit : Google

5. Gunakan pelembab muka yang sesuai.
Elakkan pelembab muka yang mengandungi petroleum kerana ia akan menambahkan lagi minyak di muka. Jadi, pastikan korang membaca label dengan teliti sebelum membeli. Oleh sebab itu aku memilih  pelembab Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay.


Antara manfaat dan keistimewaan Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay ini ialah :
  • Diserap dengan mudah untuk menyejuk dan menyegarkan kulit.
  • Menghidrasi kulit sehingga 10 jam
  • Memulihkan seimbangan lembapan untuk wajah tampil halus, lembut dan lebih muda.
Ini kerana bahan-bahan yang terkandung dalam Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay ini ialah :
  • Dimethicone iaitu (perapi) memperbaiki penampilan kulit dan (emollient) mengekalkan kelembutan, kehalusan kulit wajah.
  • Ekstrak teh hijau (camellia sinesis) yang bertindak sebagai (antioksidan) pemusnah radikal bebas dan melindngi kulit daripada kesan-kesan negatif radikal bebas dari persekitaran, (agen penyegar) mampu menenangkan dan melegakan kulit.
Ciri-ciri Oil-free Hydrating Gel dari Mary Kay ini ialah :
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Diuji secara klinikal untuk kerengsaan dan alergi kulit.
  • Bebas daripada pewangi
  • Bebas daripada minyak
  • Tidak komedogenik
  • Diuji oleh ahli ophthalmologist
  • Sesuai untuk pemakai kanta lekap
Sejak menggunakan Oil-free Hydrating Gel keluaran Mary Kay, kulit aku dah tak terlalu berminyak. Malah make-up juga tahan lebih lama. 

Cuma sapukan Oil-free Hydrating Gel pada wajah selepas muka dicuci. Macam aku, aku gunakan pada setiap pagi dan malam. Juga sebelum mengenakan make-up pada wajah sebab Oil-free Hydrating Gel ini mampu menjadikan make -up tahan lebih lama.

Untuk keterangan lanjut mengenai barangan Mary Kay, terutama bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan boleh lah menghubungi :

Puan Rozita

Facebook : Maryk_Rozita
Instagram : maryk_rozita
Tel : +6012-6802870





Share
Tweet
Pin
1 comments
Seringkali kita mendengar dan menyebut tentang sinar UV. Tapi tahukah korang apa maksud sebenar sinar UV?


Apakah Sinar UV?

Kalau merujuk kepada wikipedia, Sinaran ultraungu (atau lebih tepat ultralembayung) atau disebut ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 200-400 nm, dan bertenaga dari 3 eV hingga 124 eV. Ia dinamakan sedemikian kerana spektrum terdiri dari gelombang elektromagnetik dengan frekuensi lebih tinggi berbanding apa yang manusia kenali sebagai cahaya ungu. Frekuensi ini adalah halimunan tidak kelihatan pada pandangan manusia, tetapi kelihatan pada sebilangan serangga dan burung. Ia juga kelihatan secara tidak langsung, dengan menyebabkan bahan floresen bercahaya dengan cahaya nampak.

Cahaya Sinar ultraungu UV terdapat dalam cahaya matahari dan dihasilkan melalui gerbang eletrik dan cahaya khas seperti cahaya hitam. Ia mampu menyebabkan tindak balas kimia, dan menyebabkan banyak bahan bercahaya atau floresan ("fluorescence"). Kebanyakan sinar ultraungu dikelaskan sebagai pancaran tidak mengion. Tenaga lebih tinggi pada spektrum sinar ultraungu dari gelombang cahaya sekitar 10 nm hingga 120 nm (sinar ultraungu 'melampau') adalah sinaran mengion, tetapi jenis sinar ultraungu ini pada cahaya matahari disekat oleh dioksigen normal pada udara, dan tidak sampai ke tanah. Bagaimanapun, keseluruhan spektrum sinar ultraungu memiliki sebahagian ciri sinaran mengion, dari segi menyebabkan kerosakan lebih banyak pada molekul pada sistem biologi berbanding yang dilihat melalui pemanasan ringkas (sebagai contoh terbakar matahari (mengelupas)). Ciri-ciri ini terhasil akibat kuasa foton ultraungu bagi mengubah ikatan kimia pada molekul, sungguhpun ia tidak memiliki cukup tenaga bagi mengionkan atom molekul.


Bahaya Sinaran UV Pada Kulit

Tahu tak korang yang sinaran UV sebenarnya sangat bahaya untuk kulit? Jom aku kongsikan apakah bahaya yang terjadi jika terdedah dengan sinaran UV :

1. Sunburn

Jika terlalu terdedah pada cahaya matahari, kulit akan sunburn dimana kulit akan menjadi kemerahan, menggelupas dan kegatalan.

2. Kulit menjadi gelap

Kalau kita sering terdedah dengan sinaran UV, sel-sel kulit mati akan melepaskan pigmennya. Melepaskan pigmen adalah proses semulajadi kulit. Perkara ini terjadi kerana kulit berusaha membangunkan sistem pertahanan baru dengan cara membentuk lapisan perlindungan tambahan. Bila hal ini terus menerus terjadi, warna kulit akan menjadi lebih gelap.

3. Kulit nampak lebih tua.

Terdedah dengan banyak sinaran UV akan merosakkan kolagen dan elastin pada kulit. Kulit akan nampak kendur, berkedut dan pori pori membesar. Jadi tidak mustahil  lah bila kita akan nampak lebih tua dari usia sebenar.

4. Kanser kulit

Ini adalah perkara yang paling ditakuti. Pancaran sinar UV yang berlebihan akan merosakkan materi genetik pada sel-sel  kulit. Bila kerosakan ini berlanjutan, pertumbuhan sel kulit akan menjadi tidak terkawal dan akan menyebabkan kanser kulit terjadi. 

Bagaimana Kita Menjaga Kulit Agar Tidak Terdedah Pada Sinaran UV Merbahaya

Pada siapa yang sellau follow post-post aku mesti tahu yang aku agak sering travel. Jadi, bila terdedah dengan sinaran matahari tu memang dah biasa sangatlah terutama kalau ke pulau-pulau.




Jadi, untuk melindungi kulit dari pancaran sinaran UV yang berlebihan, aku meletakkan syarat wajib pada diri aku sendiri untuk mengenakan sunblock atau sunscreen lotion yang mempunyai SPF 50++. Tau tak, bila sering terdedah pada pancaran matahari, kulit juga akan menjadi kering. Sebab itulah aku agak cerewet dalam memilih sunblock sebab aku akan teliti kandungan yang terdapat dalam sunblock tersebut.


Sincerity Sunscreen Lotion SPF+ dengan Vitamin E

Aku pilih jenama Sincerity sebab suncreen lotion keluaran Sincerity ni mempunyai SPF 50+ dan vitamin E yang sangat bagus untuk mencegah kekeringan kulit.



Sincerity adalah jenama dari Australia dan pengasasnya adalah Mr. Micheal Sperber seorang graduate dari Rhodes University dalam bidang Pharmacy & Chemistry. Beliau juga seorang ahli The Australian Society of Cosmetic Chemist. 

Aku suka Sincerity Sunscreen Lotion ni sebab ia tak berminyak macam kebanyakan sunblock. Ia juga mudah meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit. Teksturnya juga sangat lembut.

Cara penggunaanya pula sangat mudah, cuma perlu digunakan setiap hari tanpa mengira suhu dan cuaca. Ia sesuai digunakan setia hari kerana ia mempunyai SPF 50+  ianya spektrum yang luas dan SPF50+ bermaksud ia menapis sinar ultraviolet A & B bagi melambatkan proses penuaan, mencegah pigmentasi dan kedutan sambil membantu mengurangkan risiko kanser kulit.


Sapukan Sincerity Suncreen Lotion SPF+ 20 minit sebelum terdedah dengan sinaran matahari. Kalau korang pakai ketika ke pulau dan snorkling atau mandi manda, pastikan korang sapukan lagi lotion ni bila dah naik ke darat dan baru mandi lagi tau! hehe..

Minggu lepas aku ke Damai Laut, paham-paham je la macam mana panas terik kat sana maklumlah kawasan pantai kan? Jadi sememangnya Sincerity Suncreen Lotion SPF+ ni tak tinggal la! Sangat-sangat membantu sebab kulit aku tak menggelupas.



Selasa baru ni pulak aku berlepas ke Terengganu pun tak tinggal aku bawa Sincerity Suncreen Lotion SPF50+. Nasib aku bawak sebab semalam aku ke Muzium Negeri Terengganu, Ya Allah..panas terik sangat-sangat.




Jadi, kalau korang berminat untuk dapatkan Sincerity Sunscreen Lotion SPF50+ ni boleh la dapatkan di Mplus Farmasi Subang Jaya, Bangsar Village dan Shine Farmasi, Kuching.

Atau korang terus whatsapp ke 016-9237439. Juga boleh layari :

Website :  http://www.sincerity.my/

FB Page : Sincerity Treatment Skincare

Alamat :  9-3A, Ukay Boulevard, Jalan Ulu Kelang MRR2, 68000 Ampang, Selangor

Email : info@sincerity.my





Share
Tweet
Pin
4 comments
Biasa la..hujung-hujung tahun ni lah jadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan bersantai bersama keluarga. Kebetulan cuti sekolah juga memang di akhir tahun, jadi senang lah untuk ibu bapa habiskan cuti tahunan sekali.

Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut Tawarkan Penginapan Terbaik

Hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk bercuti selama 3 hari 2 malam di Damai Laut, Lumut, Perak. Selama ni aku asyik dengar orang sebut Damai Laut tapi tak pernah sampai lagi ke sini. Jadi, memandangkan aku tak pernah jejakkan kaki ke Damai Laut..maka destinasi percutian kali ni aku memilih Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut sebagai tempat percutian.

Perjalanan dar KL ke Damai Laut mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Kami menggunakan laluan lebuhraya NKVE dan seterusnya kami keluar ikut susur Sungkai sebelum meneruskan perjalanan mengikut jalan dalam.

Untuk pengetahuan korang, Swiss-Court Holiday Apartment ni terletak agak dalam..kira-kira 7 km jika dari arah jalan besar yang ada sign board 'SWISS GARDEN' tu. Jalan agak berliku tapi lebar jadi memang tak menjadi masalah tambahan pula bila dapat lihat pemandangan yang cantik.

Sepanjang perjalanan korang akan nampak monyet-monyet comel berkeliaran tapi jangan bimbang sebab monyet-monyet tu tak akan mengganggu perjalanan korang pun.

Untuk penginapan kali ni, aku memilih untuk menginap di studio apartment di Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA). Pada korang yang mempunyai keluarga kecil seperti pasangan suami isteri dan 2 orang anak, aku cadangkan korang untuk mengambil studio apartment ni sebab studio apartment di SCHA ni mampu memuatkan 4 orang dalam 1 bilik. Harganya pula cuma RM250/per malam

Melangkah masuk ke dalam studio apartment SCHA ni mata memang terpaku dengan konsep bilik yang sememangnya 'damai' dan lengkap dengan segala keperluan termasuk kelengkapan memasak tau! Jom aku sharekan apa yang tersedia di studio apartment SCHA ni.

1. Ruang bilik yang sangat luas, canti dan selesa. 


2. Katil queen untuk pasangan yang sememangnya selesa. Macam aku hari tu, aku cuma datang sorang sebab suami tak ikut..jadi apa lagi..memang leh berguling-guling la..


3. Sofa bed. Sofa ni sebenarnya korang boleh tarik dan jadikan katil. Di setiap bilik disediakan sofa ni dan disertakan sekali arahan penggunaannya. Jadi bagi korang yang ada anak, boleh lah tempatkan mereka di sini.


4. bantal dan selimut extra. Macam yang aku bagitahu, bilik ni mampu memuatkan 4 orang dalam satu masa. Selimut dan bantal extra juga disediakan bagi keselesaan pengunjung.




5. Ruangan bersolek dan menonton tv.


6. Meja makan yang juga turut disediakan minuman untuk 4 orang


7. Peti sejuk, dapur dan kelengkapan memasak turut disediakan selain terdapat pinggan mangkuk dan gelas untuk kegunaan tetamu.
Memang cantik dan lengkap kan bilik ni? Jadi bagi korang yang nak datang ke Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA) ni aku cadangkan untuk korang bawa sedikit bekalan sperti mi segera atau pun benda yang boleh masak sebab kat sini segala kelengkapan memasak disediakan tambahan pula macam yang aku bagitau di awal tadi yang Damai Laut ni terletak agak jauh ke dalam. Kalau korang nak jimat berbelanja dan malas nak keluar cari makan jauh-jauh baik korang bawa la apa yang patut untuk makan sekeluarga.

Bagi yang tak kisah untuk berbelanja lebih, sebenarnya tak jadi masalah pun tentang makanan sebab di Swiss Garden Beach Resort pula memang terdapat makanan dihidangkan. Oh ye, sebelum korang keliru aku nak terangkan sedikit yang di Damai Laut ni terdapat 3 jenis penginapan iaitu :

  • Swiss Garden Beach Resort
  • Swiss-Villa
  • Swiss-Court Holiday Apartment
Untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam semuanya disediakan di Swiss Garden Beach Resort iaitu di The Garden Terrace.



Ni antara hidangan yang disediakan untuk para tetamu di Swiss Garden Beach Resort

Aktiviti & Fasiliti Yang Terdapat di Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA)

Apa yang seronoknya bercuti di Swiss-Court Holiday Apartment ni ialah terdapat banyak aktiviti dan fasiliti yang disediakan khas untuk para tetamu mereka. Antaranya ialah :

  • Sauna room
  • Darts, Table Tennis, baskelball, soccer, American Pool Table, Monopoly & Chess
  • Karaoke
  • Mini-Water Theme Park 
  • Swimming pool dengan pelbagai pilihan pelampung
  • Jungle Trekking
  • Night Fun Fishing
  • BBQ pit rental
  • Sunset view at the beach
  • Golf view at the beach
Pemandangan pagi dari The garden Terrace


Pemandangan Sunset dari The Garden Terrace

Memang banyakkan aktiviti yang boleh dilakukan di sini? Anak-anak tambahan di musim cuti sekolah ni mesti suka dengan segala aktiviti yang disediakan di sini.

Sedikit Tentang SGI Vacation Club

Memandangkan Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA) ini adalah di bawah SGI Vaction Club, jom aku ceritakan serba sedikit tentang SGI Vacation Club dan kelebihan menjadi ahli SGI Vacation Club ni.

SGI Vacation Club adalah anak syarikat OSK Holdings Berhad yang menyediakan vacation club programmes and services sebagai sebahagian daripada OSK's Group Hospitality Division. Ia telah dibagunkan sejak September 2001.

Dengan menjadi ahli SGI Vacation Club korang akan dapat menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan khas untuk ahli SGI Vacation Club: 

1. Effective cost-saving on accommodation
  • Room rates starting from RM81++ per night worldwide
2. Opportunity to travel to over 3,000 quality hotels and resorts
  • Through our affiliate partner, Interval International, members can enjoy endless holiday options in metropolitan, historical or entertainment city hotels, peaceful lakeview or beach resorts or even vacation homes in a luh suburban area according to their travel needs.
3. Hedge against inflation
  • Secure today's accommodation prices for all future vacations.
4. Hedge against currency exchange
  • Enjoy 15 years of overseas travelling without worrying on currency fluctuation. Estimated price per night remain unchanged even though currency fluctuates.

Maklumat Lanjut Mengenai Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai percutian dan pakej-pakej yang disediakan di Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA) ni, korang boleh la terus menghubungi pihak SCHA di :-

Alamat : Hala Damai 3, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200, Lumut, Perak.

Tel : +605 6181133/1409/1100


Alang-alang dah datang jauh-jauh ke Damai Laut ni, aku cadangkan beberapa tempat yang korang boleh singgah.

1. Nasi Bamboo Sungai Klah.

Restoran ni sangat famous tau jadi rugi kalau korang tak singgah. Paling aku suka kat sini ialah Nasi Panggang Ayam Serunding dan sambal tempoyak dia..pergh..memang mabeles. Hari tu sebab kami memang dah kekenyangan sebab dah lunch kat hotel maka kami cuma singgah untuk bungkus makanan je la.

Nasi Bamboo Sungai Klah ni memang terletak betul-betul tepi jalan sebelum keluar tol Sungkai (kalau dari arah Perak) dan semestinya lah terletak selepas keluar tol Sungkai sekiranya korang dari arah Kuala Lumpur.


2. Roti Benggali Bakar Kayu. 

kami singgah di sini masa perjalanan menuju ke Damai Laut hari tu. Kebetulan masa tu hari hujan, apa lagi..pekena roti benggali yang dibakar secara tradisional ni memang betul-betul nikmatlah jawabnya!



3. Kedai Hasil Laut Anak Kampung

Sebelum balik ke KL, sempat kami ke Kedai Hasil Laut Anak Kampung yang terletak cuma 3 km dari simpang besar menuju ke Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA). Kalau korang nak beli ikan bilis yang segar dan cantik, sotong gula dan pelbagai lagi hasil laut boleh la singgah ke sini.




4. Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin ni antara tarikan yang menjadi tumpuan di Lumut, Perak ni. Terletak kira-kira 3 km sahaja dari simpang besar menuju ke Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA).


Itu la serba sedikit perkongsian aku tentang tempat percutian aku kali ni. Insyallah dalam masa terdekat aku kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati sepanjang musim cuti sekolah ni.

Apa pun, rancang percutian korang dengan bijak.

Share
Tweet
Pin
10 comments
Setiap kali travel benda yang paling aku concern ialah wifi..maklumlah kerja sebagai blogger ni memang memerlukan wifi setiap masa untuk update kerja di media sosial kan? Selain tu wifi sangat penting untuk aku kekal berhubung dengan suami. Kalau tak ada wifi rasanya macam tak senang duduk hehe..ye la..kita di perantauan, suami pula di tanah air..jadi untuk kekal berhubung aku sangat-sangat perlukan wifi.

Roamingman Poket Wifi Penyelesai Masalah

Siapa yang follow aku mesti tau yang 23-25 November lepas aku berada di Padang, Indonesia. Memandangkan aku memang tak beli sim kad sana maka aku sangat-sangatlah memerlukan wifi. Macam aku cakap tadi, tugas aku sebagai blogger memang sangat-sangat memerlukan wifi untuk aku update semua kerja di media sosial.

Mujurlah Roamingman ada sebagai penyelamat keadaan. Memang kena sangat dengan tagline Roamingman sendiri iaitu 'Always be your wifi hero'. Dengan adanya Roamingman pocket wifi dapatlah aku sentiasa update tempat-tempat menarik di Padang tanpa sebarang masalah. Tak percaya? Boleh baca di sini TEMPAT TERBAIK DI PADANG, INDONESIA YANG WAJIB DILAWATI


Apakah Itu Roamingman?

Roamingman adalah poket wifi dan misi dan visi Roamingman sendiri adalah semata-mata untuk meningkatkan kebebasan dan keberkesanan untuk berhubung dengan wifi 4G di seluruh dunia di lebih daripada 130 buah negara dan rantau termasuk Jepun, Korea, Thailand, Eropah & Amerika semasa perjalanan.




Kenapa Memilih Roamingman?

Kenapa aku pilih Roamingman? Sebab :


  • Roamingman menghubungkan kepada rangkaian 4G terpantas
  • Booking & confirmation yang pantas
  • Baterinya tahan sehingga 12 jam
  • 1 device untuk 138 negara
  • Deposit free for Malaysian
  • Wifi hotspot boleh dikongsi seramai 5 pengguna.
Oleh sebab hari tu aku ke Padang berenam dengan Aryl, Hasif, Afzal, Ainny dan Nisa Kay maka poket wifi kami memang cukup-cukup dan kebetulan Hasif pun bawa Roamingman juga jadi kami tiada masalah untuk terus berhubung menggunakan wifi sepanjang di sana.


Untuk dapatkan poket wifi Roamingman ni pun mudah sangat caranya, cuma perlu ke cawangan mereka yang sememangnya ada di airport. Macam aku haritu, oleh sebab aku menaiki Air Asia jadi cuma perlu menyewa poket wifi Roamingman ni di aras 3, KLIA 2. Korang cuma perlu tunjukkan IC dan bagitahu ke negara mana korang nak pergi.



Untuk keterangan lanjut mengenai Roamingman ni korang boleh la menghubungi mereka :-

Website : https://www.roamingman.my/
Facebook : roamingmanmy
Instagram : roamingmanmy
Email : enquirymy@roamingman.com
Whatsapp : +60163038380 (24 hours)
Telephone : +60327159971 (Isnin - Jumaat 9.30am - 6.30pm)
Outlet : Lot 12, Level 5, Departure Hall, KLIA
Outlet : Level 3, Public Concourse Area, Departure Hall, KLIA 2


Share
Tweet
Pin
1 comments
Mendapat zuriat adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Namun tak semua pasangan bernasib baik. Macam aku, dah 10 tahun bina mahligai namun belum rezeki untuk menimang cahaya mata. Mujurlah aku seorang yang sangat optimis tentang zuriat dan rezeki.

Pada aku, Allah tak janji yang setiap pasangan berkahwin mesti ada anak tapi Allah janji tiap hamba yang menurut perintahNya mendapat balasan syurga. Pengertian rezeki pada aku adalah luas..mempunyai masa untuk selalu travel macam aku pun dikira rezeki kan? Tak semua orang rezekinya sama. Sebab tu aku sangat terbuka dan optimis tentang zuriat.

Tipu lah andai kata terkadang aku tak terusik dengan pertanyaan dan kata-kata sinis. Pernah aku dilabelkan mandul oleh seorang makcik ketika ditanya berapa anak yang aku dah ada sekarang. Jujur, saat tu memang rasa terguris sangat. Tahu tak korang yang berapa banyak usaha yang aku dah lakukan? berapa banyak doktor yang aku dah jumpa dan berapa banyak wang yang aku habiskan untuk perubatan? Jadi mohon sangat orang di luar sana untuk tidak membuat andaian melulu atau terus je ajukan soalan 'tak pergi berubat ke?' 'tak jumpe pakar ke?'.. Terus terang dah beberapa doktor pakar yang aku jumpa dan semua sahkan aku sihat dan subur.

Pernah satu ketika, ketika menjalani perubatan IUI..doktor sangat teruja dengan saiz 'telur' dan doktor ketika itu (berbangsa India) sangat-sangat teruja dan pasti yang kali ini kami berjaya. Tapi masih terngiang-ngiang di telinga nasihat doktor tersebut "Puan, kalau kali ini pun puan tak berjaya ini maksudnya semua sudah ditentukan Tuhan". Dan ye.. Aku masih gagal tapi kata-kata doktor tersebut aku masih ingat sampai sekarang. Siapalah kita untuk mempertikaikan rezeki Allah kan?

Soal usaha, aku tak pernah berhenti untuk berusaha dan baru-baru ni aku diperkenalkan dengan susu kambing iHamil Premium keluaran MyMila. Kebetulan salah sorang stokist MyMila ni adalah kawan sekolah aku dulu. Jadi, bila diterangkan tentang kebaikan susu kambing iHamil Premium ni yang terlintas difikiran aku ialah 'tak salah untuk mencuba, selainnya berserah pada kuasa Allah'.



iHamil Premium Ikhtiar Untuk Dapatkan Zuriat

Sebenarnya apa yang lebih membuatkan aku tertarik ialah MyMila ni sebenarnya telah membantu sebanyak 1379 pasangan untuk hamil sejak tahun 2014.


Jadi, aku cuba study apa yang terkandung dalam susu kambing iHamil Premium ni. Rupanya antara kandungan susu kambing iHamil Premium ni ialah :

1. Susu Kambing Holland

Holland terkenal sebagai negara pengeluar susu kambing organik berkualiti tinggi. Kambing tenusu di Holland diberi kebebasan untuk meragut rumput dan berinteraksi dengan alam semulajadi dan susu yang dihasilkan oleh kambing tenusu di sini memang terkenal menghasilkan susu secara semulajadi tanpa sebarang penggalak susu.

Gambar Ihsan Google

2. Madu

Madu telah terbukti sangat berkhasiat untuk kesihatan dan ia juga makanan sunnah yang sering disebut di dalam Al-Quran.

Gambar Ihsan Google

3. Kurma

Juga makanan sunnah yang kaya dengan tenaga dan khasiat-khasiat yang lain.

Gambar Ihsan Google

4. Delima

Makanan sunnah yang pernah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang berbunyi "Makanlah buah delima dengan isinya, kerana ia dapat mencuci penghadaman" - Riwayat Imam Ahmad

Gambar Ihsan Google

5. Biji Anggur

Antara kebaikan dan khasiat biji anggur adalah tinggi oksidan dan dikatakan lebih baik dari minyak zaitun.

Gambar Ihsan Google

Sebab itulah susu kambing iHamil Premium keluaran MyMila ini 4 dalam 1 iaitu tinggi dengan kandungan acid folic, antioksidan, iron dan calcium. 

Penyediaan susu kambing iHamil ini juga mudah, cuma perlu tuangkan serbuk susu kambing iHamil Premium ke dalam cawan dan tambahkan 100ml air suam dan kacau hingga larut. Rasanya memang sedap. Langsung tak rasa susu kambing tu (aku sebenarnya tak boleh minum susu kambing sebab baunya yang hamis) sebab susu kambing iHamil Premium ni rasa anggur. Memang sedap sangat!



Yang paling aku suka, dengan setiap pembelian susu kambing iHamil Premium ni, korang turut dibekalkan dengan asid folic tau.


Sebagai manusia, kita wajib berusaha namun segalanya adalah ketentuan Allah. Andai masih gagal, aku yakin itu yang terbaik yang Allah dah tetapkan untuk aku. 

Amalan & Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Berikut aku kongsikan sedikit tips sebagai amalan dan doa

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran.

* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin kita semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Juga boleh diamalkan sebelum meminum susu kambing iHamil :

  • Baca Bismillah
  • Niat ingin zuriat
  • Selawat 3 kali
  • Baca Al-Fatihah
  • Baca Doa supaya dikurniakan Anak dari surah Al-Anbiya ayat 89 yang bermaksud "Wahai Tuhanku! Jangalah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"
Untuk maklumat lanjut mengenai susu kambing iHamil Premium MyMila boleh la ke :

Website : www.mymila.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ihamil.bunda
Instagram : https://www.instagram.com/ihamil.hq
Hotline iHamil Premium : 01132982017 atau klik wasap.my/601132982017/ihamilpremium

Stokis iHamil Premium

Nurul Terengganu
+60169573020

Jue Bangi
+601114790648

Munira Seri Kembangan
+601132538434





Share
Tweet
Pin
25 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates