Gabungan Rasa Lipton Nitro Tea & Makanan Mewah di High Line Roof Top Market Cipta Kelainan Pada Setiap Hidangan

Siapa sangka teh yang kenal sejak lahir berwarna kekuningan kini dihidang dengan penuh elegan dengan warna yang berbeza!

Tak percaya? Pergilah sekarang ke High Line yang terletak di Resort World, Genting Highlands. Tentu korang pun teruja macam aku bila dapat merasa Lipton NitroTea iaitu sejenis minuman teh yang pertama seumpamanya dihidangkan di Malaysia!

Minuman yang dihasilkan oleh kajian Unilever Food Solutions (UFS) dan Monin iaitu penghasil sirap terbesar di Perancis telah membuat kajian tentang Mixtealogy pada tahun 2017 dengan mencampurkan teh dengan Monin syrup.

Inilah Monin Syrup yang dicampurkan ke dicampurkan ke dalam teh

Ternyata gabungan antara teh Lipton dan Monin syrup ini berjaya menghasilkan minuman yang bukan saja unik malah elegan dan eksklusif sekali!


Bagaimana minuman hebat ini terhasil? Melalui demonstari yang ditunjukkan oleh pakar, teh dicurahkan ke dalam silinder gas nitrogen gred makanan dan dicampur selama 7 jam. Daripada cecair, kehadiran nitrogen serta merta akan menggelapkan minuman dan terciptalah minuman yang mengagumkan ini.


Bila dituangkan ke dalam gelas, terdapat gelembung nitrogen yang mikro jauh lebih halus dan lembut dan tidak memberikan kesan keras pada minuman seperti minuman berkarbonat tu. Jadi walaupun nampak macam minuman bergas tetapi sebenarnya tidak! Korang boleh tengok video yang aku share ni..


Lipton Nitro Tea ni telah dicipta dengan 2 perisa berbeza iaitu Blue Owl Nitro Tea dan Spice Bloom Nitro Tea. Kedua-dua minuman ini direka khas untuk dipadankan dengan makanan. Blue Owl Nitro Tea sangat sesuai dipadankan dengan hidangan laut manakala Spice Bloom Nitro Tea sesuai dipadankan dengan hidangan berasaskan daging.


Aku dah cuba kedua-dua minuman ini dengan padanan makanan yang dicadangkan. Aku lebih sukakan rasa Blue Owl Nitro Tea sebab rasanya lebih ringan berbanding Spice Bloom Nitro Tea yang rasanya agak tajam bagi aku. Mungkin kandungan halia di dalam campuran Spice Bloom Nitro Tea tu yang menyebabkan minuman ini terasa agak tajam bagi aku..ehehe..

Mencuba Lipton Nitro Tea Dengan Hidangan Mewah di High Line Roof Top Market

Aku antara yang bertuah sebenarnya bila berpeluang untuk menikmati minuman hebat Lipton Nitro Tea dengan hidangan mewah yang dihidangkan di High Line Roof Top Market yang terletak di aras 4 si Sky Avenue. 


Dengan keluasan 13,094 kaki persegi, High Line Roof Top Market telah menyediakan 7 kiosk dengan pelbagai pilihan menu buat pelanggan. Antara kiosk yang disediakan di sini ialah Jon Bing, Brooklyn Brewery, Back In Time, Seafood Market, Asian Heroes dan Burgers & Shots. Pelanggan boleh membeli makanan dari mana-mana kiosk pilihan sambil menikmati pemandangan indah.


Antara menu yang sempat aku makan dan padankan dengan minuman Lipton Nitro Tea hari tu antaranya ialah Nasi Lemak dan Mee Udang yang dihidangkan dengan lobster dari Asian Heroes



Hidangan burger dari Burgers & Shots


Dan pelbagai lagi hidangan-hidangan menarik yang membuatkan korang kecur air liur.



Jika korang ke Genting Highlands, jangan lupa untuk merasai gabungan minuman unik Lipton Nitro Tea dan makanan hebat di High Line Roof Top Market. Untuk keterangan lanjut boleh la ke website www.rwgenting.com atau hubungi talian 03-61011118


Post a Comment

0 Comments