Makan Pakai Tangan Jer Di Ombak Kitchen

Siapa penggemar seafood? Memang susahkan kalau kita nak makan ketam ke, lobster ke dikhalayak ramai sebab susah nak makan dengan sopan..hahaha..aku biasa kalau nak makan ketam dan seangkatan dengannya aku lebih memilih untuk beli dan tapau makan di rumah.



Sebab apa? Sebab kat rumah lebih selesa..makan pakai tangan je..tak perlu nak control-kontrol ayu ni! Hahaha..

Tapi kan..baru-baru ni aku pergi lah ke Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam tu. Saja je la pergi sebab dengar kata kat situ famous dan sedap makanannya. Wah..memang menarik beb! Sebab kat sini konsepnya memang ‘Pakai Tangan Jer’..Ha..senang idup i! tak yah nk control-kontrol ayu sebab kat sini semua orang makan pakai tangan jer.



Konsepnya mudah..seafood dilambakkan aje atas meja dan kita makanlah dengan gembira bersama rakan taulan atau sanak saudara..yang penting makan pakai tangan jer! No folk & spoon! No knife! No protocol! Hahaha..


Konsep Shellout di Ombak Kitchen

Ye la..konsepnya, konsep shellout la (bagi memudahkan korang paham konsep makan di sini) atau dalam bahasa mudahnya seafood lambak. Plastik alas akan dibentangkan dimeja pelanggan dan seafood akan dituangkan bersama sos pilihan pelanggan.



Terdapat beberapa jenis sos yang dihidangkan dan pelanggan perlu lah memilih sos pilihan masing-masing. Antara sos yang ada ialah :

  • Ombak Hot Cajun : Untuk penggemar rempah yang berani!
  •  Dark Chili Chocolate : Sos ciptaan Ombak Kitchen dengan resipi yang tersimpan rapi ; pedas   manis, kena dengan jiwa Malaysia!
  • Zesty Lemon Butter with Cheese :  Waduh! Lemak berkrim disukai ramai..penuh rasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Creamy Tom Yum Sauce : Tak payah cross border nak ke Thailand! Dengan rasa santan yang memikat selera serta cili dan rempah yang menusuk ke jantung!
  • Buttermilk Sauce : Yang ni memang Ombak Kitchen punya all-time favourite la kan! Memang sedap sangat!

Kalau tanya pilihan aku, aku lebih suka Zesty Lemon Butter with Cheese! Rasa dia memang padu beb! Hari tu walaupun ada nasi disediakan tapi aku tak sentuh pun nasi tu sebab aku nak menikmati sepuasnya seafood yang segar-segar di sini.


Lagi satu yang menariknya di sini ialah kesemua seafood mereka direbus /dikukus supaya kemanisan dan kesegaran seafood tersebut dikekalkan. Dannnnn..diaorang ni sikit pun tak menggunakan minyak masak tau! Mereka Cuma menggunakan butter sahaja!

·         Kesemua makanan laut kat sini segar dan bersaiz besar! Contohnya udang yang mereka hidangkan di sini ialah bersize XL dan Hamaguri Clam yang mereka hidangkan di sini di import khas dari Jepun sebab Hamaguri Clamp dari Jepun lebih segar berbanding yang tempatan.



Selain seafood yang segar dan sedap, Ombak Kithen juga menyediakan pencuci mulut yang lain dari yang lain! Tak percaya?? Biar gambar berbicara..hehe..


Dessert ni dinamakan ‘Rainbow Dessert’ di mana buah-buahan, durian crepe dan marshmallow dihidangkan dalam cara yang unik dan menarik.


Kalau korang berminat untuk mencuba makanan di sini, korang boleh lah dapatkan maklumat lanjut seperti yang aku sediakan ni :

Alamat : 5.G.01, D’Vida Business Centre,
Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-77344699, 010-2205946
IG : https://www.instagram.com/ombakkitchen
FB : https ://www.facebook.com/ombakkitchen

Post a Comment

4 Comments

  1. Pakai tangan tu lebih terasa nikmatnya. Sedapnya menu tu.. laparrr

    ReplyDelete
  2. sedapnya seafood tu..tak pernah lagi cuba ala shellout ni..nnt nak ajak ensuami kita la mkn dkt Ombak

    ReplyDelete
  3. lama sungguh aida x ber shell out.
    bila makan seafood, terutama ketam, lebih syok dgn tgn.
    elok sgt la tagline nyer :)
    terbaik.

    ReplyDelete