Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Wahhh..banyaknya cuti bulan September ni kan? Bersambung-sambung cutinya. Korang bawak anak-anak ke mana?

Kalau tak ada plan lagi..jom la ke Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak. Aku berani promote sebab aku dah jelajah MAPS ni pada cuti Merdeka yang lepas. Banyak betul tarikan di MAPS ni, jadi tak hairan lah masa aku pergi hari tu sesak dengan orang ramai.

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Apa yang ada di MAPS,Ipoh ni?

MAPS ni agak besar jugak sebenarnya untuk diterokai. Aku difahamkan di MAPS ni ada 23 tarikan interaktif, 5 thrilling rides dan 6 theme zone. Antara zone yang ada ialah Animation zone, Blass off zone, Fantasy forest zone, lakeside zone dan Live action zone.

Hampir kesemua tempat aku dah teroka di MAPS ni kecuali rumah hantu. Teringin sangat aku nak masuk rumah hantu tu sebenarnya tapi tak ada rezeki nak masuk..hehehe..kena repeat lagilah nampaknya.

Macam yang aku terangkan, MAPS ni agak besar dan terbahagi kepada beberapa bahagian atau zone. Zone yang ada terbahagi kepada :

1. Fantasy Forest Zone.

Di Fantasy Forest Zone ni kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun sehingga 12 tahun sangat dialu-alukan untuk meneroka perjalanan mistik tamadun kuno di Cave of Wonders dan banyak lagi. Apa yang ada di Fantasy Forest Zone?

  • Upside Down Pyramid
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

  • The Adventurers HQ Tree House
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

  • Coliseum Water Play
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

  • Coral Kingdom
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

  • Cave of Wonders
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

2. Lakeside Zone

Di Lakeside Zone ada terdapat beberapa permainan dan kebanyakannya dikhususkan untuk orang dewasa. Antara permainan yang ada di sini ialah :

  • Space X-Plorers
Oleh sebab aku ke MAPS hari tu bersama rakan-rakan blogger lain, jadi memang tak bosan lah untuk mencuba semua permainan yang ada di MAPS ni. Hari tu semua ajak untuk naik Space X-Plorers ni jadi aku pun on je la. Sampai atas tu mula la terjerit-jerit hahaha..tapi serious memang best!

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)


  •  Hyperspin

Hahaha..yang ni kelakar. Aku naik sampai dua kali. Lepas tu bila turun mula pening. Tapi sungguh..memang syok!

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

3. The Blast Off Zone

Di Blast Off Zone ni kebanyakannya berkisar tentang Smurfs. Kalau korang peminat Smurfs, jangan lupa untuk datang ke Blast Of Zone. Apa yang ada di sini?


  • The Smurfs Theater 
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

  • The Smurfs Partyland

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)


  • The Smurfs Club Meet & Greet

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

  • The Adventurer Bumper Blast
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Haaa..menarikkan? Sebenarnya ada banyak lagi tapi aku tak nak ceritakan semua sekali..apa kata korang datang dan alami sendiri keriangan di MAPS ni.

Kalau tanya apa yang paling aku suka di MAPS..hurmm..aku paling suka kan Boboiboy 4D Adventure Theater. Sebab apa? sebab di Boboiboy 4D Adventure Theater ni korang akan rasa sendiri pengembaraan Boboiboy dengan rakan-rakannya dan pengembaraan tersebut terasa seakan benar. Hahaha..bayangkan macam mana terasa percikan air di muka, terasa gegaran ketika pengembaraan dan paling best terasa diri seakan benar terkena renjatan elektrik. Memang best dan aku sangat syorkan pada korang untuk bawa anak-anak korang masuk ke Boboiboy 4D Adventure Theater ni.

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Risaukan tempat makan? Jangan bimbang sebab di dalam MAPS ni terdapat banyak sangat tempat makan yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Maklumlah, para pengunjung tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan dari luar.

Antara tempat makan yang ada di sini ialah :
  • Tok Aba Kokotiam
Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)
  • Starship Restaurant

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Hari tu masa di MAPS, kami sempat menjamu selera di Starship Restaurant ni tau. Makanan di sini boleh dikatakan semuanya sedap. Hehehe..haritu aku pilih untuk makan western food, jadi aku pilih steak ni sebagai makanan tengahari aku. Rasa? Perghhh..memang terbaik dan harga kurang daripada RM30 tau!

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)


  • Starport 

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)


  • Monkey Business Candy 

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Pendek kata, kalau korang datang ke MAPS ni jangan bimbang langsung tentang tempat untuk makan dan minum. Segalanya ada di sini cuma korang pilih je di mana tempat yang korang berkenan nak makan. Tapi kalau tanya aku, aku suka kan makanan yang ada di Starship Restaurant tu..hehehe..

Bagi yang berminat untuk datang ke MAPS ni, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket promosi yang akan berakhir pada 17 September ini. Berbaloi ke harga tiket promosi ni? Ye wakkk..sangat berbaloi kerana mereka menawarkan tiket dengan harga :

RM50 (dewasa/kanak-kanak/warga emas) - Jika masuk sebelum pukul 5 petang
RM35 (dewasa/kanak-kanak/warga emas) - Pukul 5 petang sehingga 10 malam

Bagaimana nak dapatkan tiket? Korang boleh klik link ini https://ticketing.mapsperak.com/
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh lah hubungi pihak MAPS di :

Website : http://www.mapsperak.com/
Office : Animation Theme Park Sdn.Bhd
Plot E-BO3, Persiaran Meru Raya 3,
Bandar Meru Raya, 30020,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Call Centre : 05-5015666

Tempat Penginapan Terdekat

Bagi pengunjung dari luar Ipoh mesti mencari penginapan terdekat menjadi keutamaan kan? Hari tu kami menginap di Hotel Casuarina. Memang dekat sangat-sangat, boleh dikatakan cuma bersebelahan dengan MAPS ni. 

Hotel Casuarina menawarkan 186 bilik termasuk 81 buah suites. Bilik di Casuarina memang sangat-sangat selesa. Bagi yang datang bersama keluarga bolehlah menginap di Casuarina ni. Bilik memang tip top sangat.

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Jom Cipta Memori Keriangan di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut mengenai Casuarina@Meru :

Website : http://www.casuarinahotels.com.my/hotel/hotel/hotel-casuarina-meru/
Alamat : No.1-C, Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh
Tel : 05-5299999
Fax : 05-5299998
Email : info@casuarinahotels.com.my

Post a Comment

2 Comments

  1. one day nak singgah la otw balik KL tu.. asyik xdak geng nak temankan pegi hehe.. tergoda sangat dok lalu2 tepi hway tu kena pi jugak nanti =D

    ReplyDelete
  2. Boleh singgah kalau nak balik ke Kedah ni, singgah menginap dan bagi anak-anak main puas-puas

    ReplyDelete