AnCasa Hotels & Resorts Raikan 35 Orang Anak Yatim

"Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya". (Hadis Riwayat Tabrani)

Semperna bulan ramadan yang mulia ini, pihak AnCasa Hotels & Resorts turut mengambil peluang untuk meraikan anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan Ramadan Buffet bertemakan "Kampung Boy"


Program ni sebenarnya adalah agenda tahunan yang dianjurkan oleh pihak AnCasa Hotels & Resorts dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut ramadandan hari raya tak lama lagi.

Pada tahun ni, ADABI telah berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa.


Seawal 10.00 pagi lagi sebenarnya acara memasak bubur lambuk telah diadakan secarabergotong royong antara kakitangan AnCasa Hotels & Resort dan wakil dari ADABI dalam menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan AnCasa Hotel & Spa termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock yang telah diagihkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), YBhg Ahmad Abu Bakar diiringi oleh Pengurusan Kanan AnCasa Hotel.

Selain itu, pihak AnCasa Hotels & Resorts turut menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di JAKEL MALL Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang.


Gambar Kredit www.sallysamsaiman.com
Bukan main seronok lagi anak-anak yatim yang comel tu terima duit raya. Tersentuh sungguh hati aku bila tengok anak-anak kecil di majlis tersebut. Bayangkan diusia yang masih kecil lagi mereka dah tak mengenali siapa ibu bapa mereka. 

Sayu pulak hati aku bila tengok anak-anak kecil ini gigih menghabiskan puasa mereka dengan jayanya. Syukur sangat bila tengok mereka menikmati makanan yang enak-enak yang disediakan oleh pihak AnCasa Hotels & Resorts ni. Tahniah pihak AnCasa Hotels & Resort serta pihak yang terlibat dalam meraikan anak-anak yatim ini.

Alaa..kesiannya tengok anak-anak yang 'melepek' tunggu waktu berbuka puasa ni tapi kagum dengan semangat mereka







Bagi mereka yang ingin mencuba masakan ala kampung bertemakan Kampung Boy di AnCasa Hotels & Resorts, bolehlah hubungi 03-20266060. Harga buffet cuma RM68 sahaja untuk dewasa dan RM40 sahaja untuk kanak-kanak. Kalau nak tengok details untuk menu buffet boleh lah klik entri aku mengenai buffet bertemakan Kampung Boy ni yang terdahulu http://www.bebelancikmin.com/2018/04/tema-kampong-boy-di-ancasa-hotel-spa.html



Post a Comment

0 Comments