Adesss.. Semalam hampir seharian jugak aku menguruskan bab kehilangan Kad pengenalan.
Tak pernah hilang kad pengenalan selama ni. Hari Rabu kebetulan aku kena uruskan pengambilan sticker permit pekerja asing, diwajibkan untuk bagi kad pengenalan..baru perasan IC hilang. Gelabah aku. Kemurungan 1 hari.
Tak pernah hilang kad pengenalan selama ni. Hari Rabu kebetulan aku kena uruskan pengambilan sticker permit pekerja asing, diwajibkan untuk bagi kad pengenalan..baru perasan IC hilang. Gelabah aku. Kemurungan 1 hari.
Cari punya cari tak jumpa. Selongkar dompet..selongkar bag tangan..balik umah selongkar lagi semua tempat. Arghh..serammm..Memang tak jumpa!! Aku pulak memang jenis yang cermat bab barang-barang penting. Memang tak pernah letak merata tempat.
Habis semua tempat yang aku pernah pergi buat urusan yang memerlukan IC, aku call. Semua kata tak ada. Memang kemurungan aku seharian disebabkan IC hilang ni.
Semalam (Khamis) pagi-pagi lagi aku dah ke Balai Polis untuk buat report. Selesai buat report, hajatnya terus nak ke UTC terdekat, sekali dapat call kena pergi ke pejabat semula sebab urusan berkenaan pekerja asing. Aku dah nak marah masa tu sebab aku dah arrange awal dan bagitau sejak hari Rabu yang aku kena uruskan pasal kehilangan IC aku ni.
Sampai pejabat, uruskan apa yang patut. Sekali bos tak bagi keluar pulak. Bertekak jugalah aku dengan bos dan mengamuk jugalah aku sekejap semalam di pejabat. Jenis aku memang pantang kalau aku dah arrangekan masa sekali orang sailang. Dan sejenis aku ni pulak ialah suka buat kerja awal pagi. (Oh ye..aku sejenis yang sangat punctual ye..kalau nak berjanji dengan aku jangan buat janji melayu memang aku akan pangkah terus)
Dalam pukul 12 lebih jugak aku keluar dari pejabat semalam selepas aku mengamuk..haha..dari pejabat terus ke UTC Keramat. Dalam pukul 1 juga aku sampai ke sana. Pertama kali aku jejak kaki ke UTC Keramat ni, so untuk yang kali pertama faham-faham je la..tercari-cari jugaklah tempat.
Sampai sana, terus ambil angka giliran di kaunter luar. Di kaunter aku diterangkan tentang denda dan bayaran yang akan dikenakan tapi untuk kes kali pertama macam aku, borang rayuan untuk dikurangkan denda dan bayaran diberikan untuk aku isi..dah serahkan borang rayuan baru diberi angka giliran..ada 23 orang lagi di depan aku menunggu giliran. Bertabah aku menunggu turn aku sampai sambil dalam hati masih rasa marah dekat bos dan pejabat yang tak sailang masa aku. Padahal kalau pagi-pagi buat, tengah hari aku dah boleh masuk pejabat.
Tiba giliran, terus ke kaunter 11. Staff yang berkhidmat sangat ramah. Rupanya baru aku tahu yang kalau kita kehilangan Kad Pengenalan/IC..untuk kali pertama akan dikenakan bayaran beserta denda sebanyak RM110, Kali kedua RM310 dan untuk kali ketiga..tidak dibenarkan untuk membuat IC di mana-mana UTC..kena terus pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara dan akan dikenakan denda sebanyak RM1,010.
Pada aku bagus juga lah denda dan bayaran dikenakan supaya kita lebih cermat menjaga kad pengenalan kita. Korang tau tak yang menjadi satu kesalahan jika korang tak bawa kad pengenalan korang bersama-sama? Untuk makluman, TIDAK MEMBAWA BERSAMA KAD PENGENALAN ADALAH MERUPAKAN KESALAHAN YANG BOLEH DIDAKWA MENGIKUT PERATURAN 25(1)(n) PERATURAN NEGARA 1990 YANG MANA APABILA DISABITKAN KESALAHAN BOLEH MEMBAWA KEPADA HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA (3) TAHUN ATAU DENDA TIDAK MELEBIHI RM20,000 ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI
Selepas dah siap urusan untuk buat kad pengenalan baru, kena tunggu lebih kurang 1 jam untuk dapatkan kad pengenalan..yeayyy akhirnya dapat gak kad pengenalan baru..
Bagi yang tak pernah ke UTC Keramat macam aku ni, jangan bimbang kalau menunggu lama. Kat sini pelbagai gerai makanan ada..malah perpustakaan pun ada. Bagi yang suka membaca, boleh la lepak dulu kat perpustakaan.
Waktu urusan di Jabatan Pendaftaran Negara cawangan mini UTC Keramat ni adalah seperti berikut :-
Isnin - Ahad : 8.30 pagi - 9.30 malam
Cuti Umum : Ditutup
Waktu Rehat
Isnin - Ahad : 7.00 malam - 8.00 malam
Jumaat : 12.15 tgh - 2.45 ptg
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..
19 Comments
Ai pernah hilang mykad, tapi sebab kena curi... Masa tu kena bayar RM20 kot... Lamaaaaa duluuuu
ReplyDeletemurah lagi time tu..sekarang dah mahal
Deletemahalnye...yang back link tu automatik ke...ke, kena setup masa tulis blog..
ReplyDeletebacklink kena letak sendiri..
Deleteskrg dah mahal cas. Lynda pernah pergi UTC Keramat. Syok je takde orang sgt. Mudah je urusan
ReplyDeleteThank you for sharing , i will share it to my malaysian friend. Lovely one
ReplyDeleteharitu nyaris nak buat IC baru.. hihhihi.. sebab sikap clumsy ina.Rupanya, anak duk geledah purse ina..nasiblah jumpa
ReplyDeletePenah hilang ic sebab kena ragut,masa nak buat ic ,bawa report polis n jumpa pwgawai terus free hehehhe
ReplyDeleteIQ pernah hilang sekali tapi jumpa ic tu balik? achaner? nak kena declare sebagai hilang ke camne?
ReplyDeleteUTC lain ada library jugak ke kak? Btw, nasib la kita dulu tak kena denda lagi masa hilang. Kadang2 tertinggal juga kalau lupa bawak purse. So, apa lagi, share lah pic IC baru? Lawo ke tidak??? Hahaha
ReplyDeleteNasib baik dapat buat MyKad baru walaupun ada banyak challenges. Kena cermat sikit lah kita semua.
ReplyDeleteLosing our IC can be a pain... and now a super expensive affair... huhuh
ReplyDeleteOmg is this real? Being fine for 1000 just for an IC?? Thats crazy tho
ReplyDeleteOh!! Losing our Identity card is so stressful. But paying RM 1010 can be more stressful. lol!!!
ReplyDeleteGood tips to know! :D Mei www.ccfoodtravel.com
ReplyDeleteThanks for sharing this information. Will share this to my friends and be aware of this.
ReplyDeleteRawlins faham perasaan kehilangan pengenalan diri seperti ini. Mohon la jangan ganggu emosi sebab memang boleh buat perang dunia meletus kan. Syukur urusan dipermudahkan. Kena peringat diri Rawlins juga sebab kadang-kadang tu lalai.
ReplyDeletepernah hilang tapi sebenarnya dirompak.. so tak perlu bayar jika bawa laporan polis. memang bukan sengaja hilang. denda tu memang patut untuk mereka yg selalu hilang ic
ReplyDeletePernah sekali hilang. Tapi masa tu free lagi. Legaaaa.
ReplyDelete