Kebelakangan ni rakyat Malaysia memang suka betul makan kunafa. Kunafa (sebutannya kanafeh - كنافة ) merupakan pencuci mulut tradisional Timur Tengah yang dibuat dengan pastri berputar dipanggil kataifi, direndam dalam sirap manis berasaskan gula yang dipanggil attar, dan biasanya dilapisi dengan keju, atau dengan bahan lain seperti krim beku, pistachio atau kacang, bergantung pada kawasan. Ia popular di dunia Arab, terutamanya Mesir dan Levant, dianggap sebagai pencuci mulut Palestin yang paling representatif dan ikonik . Ia juga terdapat di Turkiye, Greece, dan Balkan .
Yang paling viral di Malaysia sekarang ialah Kunafa Crisp yang terletak di Bukit Bintang. Setiap hari memang orang akan beratur panjang. Jadi, Sabtu lepas aku dan kawan-kawan gigih la beratur di Kunafa Crisp sebab kami nak juga rasa sama ada berbaloi atau tak mencuba kunafa yang viral ni.
Asalnya kami merancang untuk 'take away' tetapi barisan untuk 'take away' terlalu panjang jadi kami ke outlet di seberang jalannya pula iaitu outlet Kunafa Crisp yang untuk 'dine-in'.
Walaupun panjang tetapi tidaklah terlalu panjang hingga berjam-jam beratur. Jika tak silap kami beratur kurang dari setengah jam.
Di Kunafa Crisp ni terdapat 3 jenis kunafa iaitu;
✅ Crisp Cheese Kunafa (RM18.90)
✅ Cheese Kunafa Slice (RM12.90)
✅ Creamy Kunafa Slice (RM12.90)
Untuk Crisp Cheese Kunafa bentuknya bulat dan ianya yang paling digemari. Namun bagi aku pula, aku lebih sukakan Creamy Kunafa Slice kerana teksturnya lebih lembut, berlemak dan kurang manis.
Tapi bab kurang manis tu, semua kunafa di sini memang rasanya tidak terlalu manis dan sebab itu aku rasa kenapa Kunafa Crisp ni viral walaupun sebenarnya banyak lagi kunafa yang ada di Malaysia ni.
Oh ya! Bagi anda yang memilih untuk order Crisp Cheese, anda turut boleh memilih topping namun ada harga tambahan ;
✅ Nutella (RM5.00)
✅ Ice Cream (RM3.60)
✅ Lotus Biscoff (RM6.00)
Selain kunafa, ada juga manisan-manisan lain seperti baklava dan lain-lain. Bagi peminat ais krim pula, anda wajib mencuba ais krim yang dijual di sini ;
✅ Honey Ice Cream - RM10.90 (s), RM12.90 (m), RM14.90 (L)
✅ Honey Nuts Ice Cream - RM12.90 (s), RM14.90 (m), RM16.90 (L)
✅ Crisp Ice Cream - RM13.90 (s), RM15.90 (m), RM17.90 (L)
Bagi yang berminat untuk mencuba Kunafa Crisp, boleh la berkunjung ke mana-mana cawangan Kunafa Crisp yang beroperasi dari pukul 2 petang hingga 2 pagi setiap hari. Sebelum berpisah, saksikan video yang aku sediakan untuk anda semua.
@bebelancikmin Pada aku memang berbaloi la sebab sedap dan tak terlalu manis #crispkunafa #crispkunafabukitbintang #kunafaviral #kunafa #fyp #foodie #myfoodie #myfoodiesharing #kunafacrisp #kunafacrispbukitbintang #bebelancikmin ♬ I Ain't Worried (From "Top Gun Maverick") - Sunset Anthemz
7 Comments
Dah try Kunafa Crisp ni 2 minggu lepas mmg sedap! Saya suka yg ada cheese. Saya scan QR code yg dieorg letak depan kedai tu, dalam 15 minit dah boleh ambik order. Mungkin sis boleh try kunafa Chef Faez lain kali, saya rasa prefer lagi kunafa Chef Faez sbb lembut & cheese dia pun boleh tarik panjang2 :)
ReplyDeleteQR code untuk order dn bayar ke ?
DeletePerghhh kalau dah semua kata sedap, beratur panjang pun takde hal.. janji dapat rasa... nanti sila bawa ke JB hahahaha
ReplyDeletenyum! sedap!
ReplyDeleteteringin nak try, tak sempat lagi, nampak macam sedap. nantilah saya pergi dgn gf :)
ReplyDeleteWaah, dah makin viral dah Kunafa Crisp ni. manis tapi sedap. mesti beli!
ReplyDeletewow nampak mcm bestje! tapi skrg kunafa mcm jadi viral. byk tempat start ada
ReplyDelete