Rahsia Kulit Berseri Dalam Masa 30 Hari Dengan JeanC Collagen + Astaxanthin Malaysia

by - December 16, 2019

Dalam kesibukan menguruskan kehidupan kadang-kadang kita terlepas pandang dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Sudahnya kulit akan tampak lebih kusam dan tidak berseri. Aku tak terkecuali, kadang memang sibuk dan selebihnya malas!

Tapi mujurlah baru-baru ni aku diperkenalkan dengan 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink dari jeanc.my iaitu campuran serbuk jus anggur dengan kolagen, Vitamin C, Astaxanthin dan ekstrak Ligonberi yang sangat bermanfaat untuk kulit.



Kebaikan JeanC Collagen

Apa yang membuat aku tertarik hati dengan JeanC Collagen ni sebenarnya ialah kandungan yang ada dalam serbuk minuman yang mudah dibancuh ni. Jom aku kongsikan apa yang terkandung dalam 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink ni.

Astaxanthin  (Antioksidannya 6,000 kali lebih berkuasa dari vitamin C, 800 kali lebih berkuasa dari CoQ10, 550 kali lebih berkuasa dari Teh Hijau, 550 kali lebih berkuasa dari Vitamin E, 75 kali lebih berkuasa dari Alpha Lipoic Acid, 40 kali lebih berkuasa dari Beta-Carotene & 17 kali lebih berkuasa dari ekstrak biji anggur)

·         Mengurangkan kedutan & tompok penuaan.
·         Merangsang system imuniti
·         Membantu mencegah serangan jantung.
·         Membantu mencegah permulaan sel-sel kanser
·         Mencegah penyakit gusi
Kolagen Peptida (Ikan)
·         Anti penuaan
·         Menghidrat
·         Mengembalikan keanjalan kulit
·         Melicinkan & menyuburkan kulit
·         Mencerahkan kulit
·         Menegangkan kulit

Lingonberi
·         Menentang radikal bebas & melambatkan proses penuaan
·         Merangsang penghasilan sel-sel darah merah
·         Menggalakkan pertumbuhan enzim untuk memberi nafas baru hati
·         Membaiki tisu rosak & menyihatkan sel saraf darah.


Cabaran 30 Hari 

Bila dan study dan dah tahu segala kebaikan yang terkandung dalam JeanC Collagen ni barulah aku mulakan cabaran untuk diri sendiri iaitu untuk menyahut cabaran 30 hari pengambilan JeanC Collagen yang penuh khasiat dan manfaat pada kulit.

Memandangkan JeanC Collagen ni datang dalam bentuk serbuk yang dipekkan dalam sachet, jadi memang mudahlah! Cuma tuangkan dalam segelas air (150ml) dan kacau sebelum minum. Rasanya pun sangat sedap..rasa seakan jus anggur.



10 hari selepas penggunaan sejujurnya aku belum melihat sebarang perubahan pada kulit aku. Pada yang biasa berdepan dengan aku pasti perasan yang kulit aku sejenis yang berminyak dan aku mempunyai parut jerawat yang agak jelas kelihatan selain pori yang terbuka selain banyak bintik hitam di muka.

Tapi pada hari ke 20 aku mula meyedari yang kulit aku agak ok berbanding sebelumnya di mana kulit aku beransur menjadi semakin cerah dan kulit terasa lembap. Namun parut-parut jerawat masih juga kelihatan jelas namun pori kelihatan agak baik.

Namun pada hari ke 30 aku mula nampak perubahan jelas dimana pori agak tertutup, parut jerawat semakin pulih dan bintik hitam dimuka semakin berkurangan dan yang paling ketara kulit lebih cerah berbanding sebelum pengambilan JeanC Collagen.

Korang boleh tengok dan bandingkan sendiri perubahan pada kulit aku. Gigih ye aku tanda kalendar bagai untuk memudahkan aku ambil gambar semata-mata nak berkongsi pengalaman aku mengambil JeanC Collagen ni..hahaha..


Wah..serious la korang, aku memang happy sangat sekarang dan nak bergambar pun kemain rasa lebih confident..hahaha..sebelum ni kurang sikit rasa confident sebab rasa cam tak lawa je..


Hahaha..nampak tak muka confident giler bila dah consumed 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink ni

Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut tetang JeanC Collagen ni, korang boleh terus ke :

Website : https://jeanc.my/

Yang penting 3000mg Kolagen Peptida (Ikan) yang terkandung dalam ni tau!


You May Also Like

0 comments