Tips Travel : Apa Yang Perlu dibawa Bersama Ketika Melancong

by - October 18, 2019

Tahun 2019 makin menuju ke penghujung. Dan aku pasti, aktiviti hujung tahun yang paling digemari adalah MELANCONG. Aku juga tak terkecuali.


Namun, untuk merancang sesuatu perjalanan dan barang-barang yang perlu dibawa bersama adalah sesuatu yang sangat penting yang perlu dititikberatkan. Jom aku kongsikan beberapa tips tentang barang keperluan yang korang perlu pastikan sentiasa ada bersama sepanjang perjalanan korang.

Tips Travel : Apa Yang Perlu dibawa Bersama


1. Passport

Passport adalah 'nyawa' yang korang perlu bawa kemana-mana. Pastikan korang sentiasa membawanya bersama waima hanya untuk ke kedai seberang jalan hotel tempat yang korang tinggal. Passport sangat penting dan sentiasa diperlukan ketika membuat urusan keluar masuk negara. Tertinggal passport bermaksud korang dalam MASALAH BESAR!


2. Matawang negara yang dilawati

Pastikan korang membawa wang mencukupi ketika berada di luar negara dan pastikan korang membuat persediaan awal dengan menukar matawang negara yang ingin dilawati. Ingat! matawang berbeza untuk negara yang berbeza jadi jangan ingat RM boleh digunakan di mana-mana.


3. Pakaian yang sesuai mengikut musim

Buat kajian terlebih dahulu tentang musim negara yang korang ingin lawati. Misalnya jika korang merancang untuk ke Korea pada akhir tahun ini pastikan korang membawa baju sejuk kerana ketika itu Korea sedang mengalami musim sejuk.



Ingat! Sejuk di negara orang bukan sejuk main-main. Malah sejuknya hingga menusuk ke tulang. Aku pernah alaminya ketika di Beijing ketika musim sejuk dahulu. Tasik pun membeku! Jadi pastikan korang membawa baju bersesuai mengikut musim. Jangan pula bawa sejuk ketika musim panas!


4. Ubat-ubatan/First Aid Kit

Ini sangat penting! Aku dah alami beberapa kali ketika melancong dimana aku demam, sakit kepala dan terbaru ketika di Jogjakarta 2 minggu lepas kaki aku melecet.

Jadi, persediaan ubat-ubatan sangatlah penting ketika melancong. Bak kata orang tua-tua "sediakan payung sebelum hujan".


5. Sunscreen

Ini pun salah satu benda yang korang kena sentiasa bawa kemana-mana. Sunscreen mampu melindungi kulit dari pancaran sinar UV. Jangan ingat ketika musim sejuk tiada pancaran sinar UV.


6. Pocket Wifi : Travel Recommends

Ini juga adalah benda yang wajib yang korang perlu bawa ketika melancong. Pocket wifi juga adalah seakan nyawa ketika berada di luar negara agar kita sentiasa dapat berhubung dengan keluarga tanpa sempadan!

Jenama pocket wifi yang menjadi pilihan aku dah tentulah Travel Recommends sebab bukan hanya menyediakan kadar yang murah malah Travel Recommends mempunyai liputan yang meluas hingga ke 100 buah negara.


Apa Itu Travel Recommends?

Travel Recommends adalah pocket wifi yang akan memastikan kita sentiasa dapat berhubung menggunakan internet walau di mana kita berada. Pendek kata,Travel Recommends ini dapat menghubungkan kita dengan dunia luar tanpa sempadan.

Jadi tak kira ke negara mana pun kita pergi, selagi ada 'internet coverage' selagi itu lah Travel Recommends akan menghubungkan kita dengan dunia luar! 



Bagaimana Cara Menyewa Travel Recommends

Mudah je untuk menyewa Travel Recommends ni. Yang penting korang merancang perjalanan korang dan pastikan korang membuat tempahan online sekurang-kurangnya sehari sebelum korang memulakan perjalanan korang.

Selepas membuat tempahan secara online, korang akan menerima email dan cara-cara membuat pembayaran secara online. lakukan pembayaran dan tadaaaa..korang akan menerima email pengesahan tempahan. Mudahkan? Tapi langkah ni belum habis lagi. Semasa membuat tempahan, korang boleh membuat pilihan bagaimana cara nak ambil router Travel Recommends ini.

1. Ambil dan hantar sendiri di beberapa cawangan mereka.
2. Menggunakan perkhidmatan courier (caj penghantaran RM20 sehala)

Boleh rujuk gambar dibawah ini bagi memudahkan korang untuk lebih faham.



Berikut adalah senarai lokasi di mana korang boleh mendapatkan Travel Recommends di Asia :

1. Malaysia

  • KLIA
  • Gateaway@klia2
  • Penang Airport
  • Johor Bharu City Counter
  • Sabah City Counter
2. Thailand
  • Suvarnabhumi Airport
  • Bangkok City Counter
3. Japan
  • Fukuoka Airport
4. Vietnam
  • Hanoi City Counter
  • Ho Chi Minh City Counter
5. Philippines
  • Manila City Counter
  • Cebu City Counter
6. Indonesia
  • Jakarta City Counter
  • Surabaya (Delivery Only)
  • Alfamart /Alfa Express in Jakarta Airport (Return Only)
  • Alfamart / Alfa Express / Alfamidi/ Dan + Dan stores in Jabodetabek and Surabaya (Retun Only)

Dan sekiranya korang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Travel Recommends ni, korang boleh la layari :

You May Also Like

4 comments

  1. jangan lupe bawa handphone. nanti tertinggal handphone camana ank guna pocket wifi tu .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha alaaa lupa nak letak handphone sekali wakakaka

      Delete
  2. bestnya travel..thank sharing k.min..:)

    ReplyDelete